:: APLIKASI SISTEM PENGURUSAN BIASISWA (SPB)

Aplikasi Sistem Pengurusan Biasiswa (SPB) versi 3.1 adalah aplikasi yang terbaru yang telah diubahsuai mengikut pembahagian markah terbaru - Manual Prosedur Kerja. Sila muat turun aplikasi berkenaan di bahagian Muat Turun Fail. Sebelum menginstall, sila pastikan membuat backup / eksport data terlebih dahulu.

:: MANUAL PROSEDUR KERJA


Manual Prosedur Kerja ini telah dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Pihak sekolah telah diperuntukan 2 buah buku setiap sekolah. Buku tersebut boleh diambil mulai 18 Februari 2008 di Unit HEM, JPNPP . Terdapat beberapa perubahan terutama semasa membuat pemilihan pelajar.
Pemarkahan:
Prestasi akademik - 55%
Latarbelakang Keluarga & Kewangan - 40%
Kokurikulum - 05%

Sila download fail di bahagian muat turun fail dengan klik kanan dan "save as".

:: PEMBAYARAN TERTANGGUNG 2008

Jabatan Pelajaran telah membuat pembayaran kepada semua pelajar tertanggung BKP / BKPU bagi tahun 2008. Pembayaran telah dibuat pada 11 Januari 2008. Pihak sekolah boleh membuat semakan kepada semua pelajar yang terlibat. Jika terdapat pelajar yang tidak menerima bayaran sila maklumkan kepada Unit HEM.

:: APLIKASI PERMOHONAN BKP ONLINE


Pada tahun 2008, Permohonan tawaran baru bagi Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP) dan Biasiswa Kelas Persediaan Universiti, KPM telah melancarkan Modul Permohonan Biasiswa Persekutuan secara online dengan menggunakan data SMM berasaskan 31 Januari 2008 ini. Ini adalah bertujuan bagi memantapkan lagi data SMM. Sistem Maklumat Murid (SMM) telah menjadi satu sumber KPM untuk mendapatkan maklumat murid bagi tujuan penyaluran bantuan kepada murid-murid yang layak.

Pihak sekolah dikehendaki mengemaskini data SMM dengan lebih teliti dan berhati-hati agar murid-murid yang layak boleh ditawarkan biasiswa terutamanya bagi maklumat pendapatan, tanggungan dan kokurikulum. Sekiranya data yang dihantar oleh pihak sekolah mengandungi ralat data, kemungkinan murid yang layak dan benar-benar memerlukan bantuan biasiswa akan tercicir. Pihak sekolah perlu untuk mengemaskini data awal bulan April bagi pelajar-pelajar yang layak sahaja. Permohonan di peringkat sekolah berjalan seperti biasa, dengan menggunakan borang yang telah dibekalkan kepada pihak sekolah.

Sila lawati : http://apps.emoe.gov.my/biasiswa/bkp/

Sila muatturun fail panduan penggunaan biasiswa online pada bahagian muat turun fail.

SUBUNIT BIASISWA

Subunit Biasiswa terletak di bawah Unit Hal Ehwal Murid yang diketuai oleh En. Abdul Rahman Zakaria.
Pegawai biasiswa terdiri daripada 2 orang itu :
1. Abdul Nasir b. Salleh
2. Amat Sazali b. Abu Hassan