:: RALAT APLIKASI

Pihak sekolah yang telah memuat turun aplikasi Sistem Pengurusan Biasiswa v3.1 sebelum pada 18 Mac 08 jam 5.30pm, sila muat turun semula aplikasi tersebut kerana terdapat sedikit ralat semasa proses import data. Ini adalah disebabkan oleh ralat permarkahan. Import semula data.
Harap maaf kesulitan amat dikesali.

:: PENGEMASKINIAN BKP ONLINE

Pihak sekolah telah boleh untuk mengemaskini permohonan Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP) bermula 17 - 29 Mac 2008. Sila lawat laman http://apps.emoe.gov.my/biasiswa/bkp/ untuk pengemaskinian.

Kementerian Pelajaran Malaysia menggunakan data SMM kutipan Januari 2008 yang lalu. Hanya pelajar-pelajar yang layak sahaja iaitu pendapatan ibubapa RM1000 dan ke bawah sahaja boleh memohon. Maklumat-maklumat ini diperolehi dari pihak sekolah sendiri (Data SMM)yang dihantar kepada pihak PPD/JPN. Pihak sekolah dikehendaki menyemak semula data SMM jika terdapat pelajar yang layak tetapi tiada dalam senarai layak. Pihak Jabatan Pelajaran Pulau Pinang tidak dapat berbuat apa-apa jika ada pelajar yang tercicir.

Pihak sekolah perlu mengemaskini semula maklumat pengguna peringkat sekolah kerana semua maklumat yang dibuat terdahulu telah dihapuskan. Jika terdapat sebarang masalah berkenaan aplikasi online, sila muatturun panduan pengguna atau hubungi pihak KPM seperti nombor yang diberikan di laman tersebut.

:: BIASISWA KECIL NEGERI

SUK Pulau Pinang telah mengeluarkan bayaran kepada tawaran baru bagi tahun 2007 yang sepatutnya dibayar pada tahun lepas. Pihak sekolah yang terlibat boleh mengambil cek di Unit HEM bermula pada 5 - 6 Mac 2008.
Bagi murid tertanggung 2008, pihak sekolah boleh mengambilnya mulai 17 Mac 2008. Pihak SUK tidak akan membuat bayaran lagi kepada pelajar tercicir tahun ini kerana ia telah pun dilakukan pada tahun lepas. Pihak jabatan telah pun memaklumkan perkara tersebut kepada pihak sekolah. Pihak sekolah diminta lebih berhati-hati apabila menyenaraikan pelajar tertanggung kepada pihak jabatan supaya tidak berlaku keciciran. Jika masih terdapat keciciran, pihak sekolah diminta untuk menguruskannya sendiri.