:: PENERIMA BKP / BKPU 2008

Pada tahun 2008, Kementerian Pelajaran Malaysia telah meluluskan permohonan lebih 4000 pelajar seluruh sekolah Negeri Pulau Pinang untuk menerima BKP / BKPU yang melibatkan peruntukan kewangan lebih RM 3.5 juta. Permohonan pada tahun ini dibuat secara atas talian/online.

Guru-guru hendaklah menyegerakan pembukaan akaun murid dengan kadar segera bagi mempercepatkan proses pembayaran biasiswa kepada pelajar. Setelah selesai guru dikehendaki mengemaskini serta mengeksport data. Disket hendaklah dihantar kepada unit HEM JPNPP pada atau sebelum 28 Ogos 2008. Guru-guru dinasihatkan supaya tidak lewat menghantar data supaya proses pembayaran berjalan lancar.

Pada tahun ini juga KPM telah melancarkan penggunaan kad ATM kepada murid-murid yang menerima biasiswa. Kad tersebut disimpan oleh murid-murid. Bagi memantau pengeluaran wang, Jabatan Pelajaran telah membekalkan Kad Rekod Biasiswa kepada sekolah. Kad tersebut hendaklah disimpan oleh guru. Kad tersebut adalah bertujuan bagi merekod pengeluaran wang melalui Kad ATM. Bagi sekolah yang masih belum memperolehi kad tersebut bolehlah berhubung dengan Pegawai Biasiswa, Amat Sazali b. Abu Hassan di Unit HEM. Kad tersebut hanya dibekalkan kepada murid tertanggung 2008 (BKP sahaja)

:: MAJLIS PENYAMPAIAN BIASISWA


Majlis penyampaian biasiswa (BKP) telah diadakan di SMK Guar Perahu, Kubang Semang, Pulau Pinang pada 22 Ogos 2008 jam 8.00 pagi. 12 sekolah yang terpilih terlibat untuk penyampaian tersebut yang melibatkan lebih kurang 512 orang pelajar.

:: MESYUARAT PENGURUSAN BIASISWA PERINGKAT NEGERI P PINANG

Satu Mesyuarat Pengurusan Biasiswa, akan diadakan pada:
Tarikh : 14hb. Ogos 2008 (Khamis)
Tempat : Dewan SMK Guar Perahu, Kubang Semang, PP
Masa : 2.00 petang.

Semua guru biasiswa SMK/SMT/SMS/SMT seluruh negeri Pulau Pinang dikehendaki hadir. Mesyuarat tersebut akan membincangkan aktiviti-aktiviti, Penyerahan Senarai Penerima Baru 2008 dll.