:: TAKLIMAT PERMOHONAN BIASISWA ONLINE 2009

Permohonan Biasiswa Kecil Persekutuan dan Biasiswa Kelas Persediaan Universiti (BKP / BKPU) tahun 2009 bagi negeri Pulau Pinang adalah pada 12 – 18 April 2009.

Maklumat taklimat tersebut adalah seperti berikut:

Tarikh : 13 April 2009 ( Daerah Pulau sahaja)
Masa : 2.00 – 5.00 petang
Tempat : Makmal Komputer SK Wellesley, Jalan Sultan Ahmad Shah

Tarikh : 14 April 2009 ( Daerah Seberang Perai sahaja)
Masa : 2.00 – 5.00 petang
Tempat : PPD Selatan, Nibong Tebal

Semua guru biasiswa dikehendaki hadir mengikut daerah masing-masing sahaja. Guru juga diminta untuk membawa notebook dan maklumat permohonan murid.

:: PERMOHONAN BIASISWA BKP/BKPU 2009

Permohonan BKP dan BKPU tahun 2009 akan bermula secara online pada 29 Mac 2009 hingga 18 April 2009. Permohonan online tersebut akan dibahagikan kepada 3 zon. Bagi negeri Pulau Pinang berada di zon 3 bersama-sama Perak, Kedah, Perlis dan Negeri Sembilan. Tarikh permohonan online tersebut akan dibuka pada:
12 - 18 April 2009.
Alamat web online tersebut boleh dilayari di:
http://apps.emoe.gov.my/biasiswa/BKP/

Data-data pelajar yang layak diambil dari SMM kutipan Januari yang lepas. Sekiranya pihak sekolah gagal berbuat demikian akan menyebabkan keciciran permohonan pelajar yang layak.

:: PEMBAYARAN BIASISWA TERTANGGUNG 2009

Jabatan Pelajaran Negeri telah membuat bayaran biasiswa (BKP dan BKPU) pada awal Februari 2009. Pihak sekolah yang terlibat boleh mengemaskini buku akaun pelajar untuk membuat semakan bagi pelajar-pelajar yang tercicir bayaran. Sekiranya terdapat pelajar tercicir, sila buat tuntutan keciciran dengan kadar segera.
Walau bagaimanapun pihak jabatan masih belum boleh membuat bayaran kepada beberapa buah sekolah yang masih belum menghantar data pelajar terkini dan yang mempunyai ralat data atau kerosakan disket yang dihantar. Bagi sekolah-sekolah yang masih belum menerima bayaran biasiswa kepada pelajar-pelajar mereka, sila hubungi Pegawai Biasiswa secepat mungkin.