:: KUTIPAN DATA BKP DAN BKPU TAHUN 2012

Adalah dimaklumkan bahawa seperti biasa, pihak sekolah dikehendaki mengemas kini maklumat murid penerima biasiswa di dalam Sistem Pengurusan Biasiswa untuk pembayaran kepada murid bagi tahun 2012. Data yang telah dikemaskini perlu dieksport  dan dimuatnaik/upload melalui laman ini pada atau sebelum 3 Februari 2012 (Jumaat).
Sila pastikan semua maklumat murid penerima bantuan biasiswa dimasukkan ke dalam sistem.  Cetak Maklumat Pengesahan Data melalui sistem  untuk menyemak senarai murid serta menghantar cetakan tersebut setelah dibuat pengesahan oleh Pengetua Sekolah kepada Unit Hal Ehwal Murid, Jabatan Pelajaran Pulau Pinang dengan kadar segera.  Sekiranya pihak sekolah gagal memastikan keesahan data serta terdapat murid yang tiada di dalam sistem, ini akan menyebabkan keciciran pembayaran kepada murid berkenaan.

Di samping itu,  pihak sekolah seharusnya telah mengedarkan borang permohonan biasiswa berserta syarat-syarat kelayakan kepada pelajar yang ingin memohon biasiswa bagi tahun 2012. Sila kutip semula borang permohonan tersebut selewat-lewatnya pada 29 Februari 2012.  Borang tersebut perlu melalui proses tapisan dan saringan.  Senarai pendek permohonan hendaklah dikemukakan secara online yang akan dibuka pada 7 – 13 Mei 2012 nanti.  Pastikan juga nama murid-murid berkenaan terdapat di Sistem Maklumat Murid dalam kutipan 31 Januari 2012 nanti.