:: TAKLIMAT APLIKASI PENGURUSAN BANTUAN KEPADA GURU BIASISWA

Adalah dimaklumkan bahawa pada tahun ini Kementerian Pelajaran Malaysia akan menggunakan Aplikasi Pengurusan Bantuan(APB) bagi permohonan Biasiswa Kecil Persekutuan(BKP) dan Biasiswa Kelas Persediaan Universiti (BKPU) bagi tahun ini bermula pada 13 – 19 Mei 2013. 

Oleh yang demikian, satu taklimat berkaitan akan diadakan mengenai penggunaan Aplikasi Pengurusan Bantuan(APB). Guru biasiswa dijemput untuk menghadiri taklimat yang akan diadakan  :

PPD Barat Daya dan Timur Laut
Tarikh :  17hb. April 2013 (Rabu)
Masa  :  8.30 – 4.30 petang
Tempat :  PPD Barat Daya

PPD Utara, Tengah dan Selatan
Tarikh :  18hb. April 2013 (Khamis)
Masa  :  8.30 – 4.30 petang
Tempat :  PPD Utara

Guru biasiswa diminta untuk membawa komputer riba, wayar sambungan dan broadband (jika ada) untuk mengurangkan kesesakan penggunaan.

:: DAFTAR PENGGUNA UNTUK SISTEM PENGURUSAN BANTUAN 2013

Pada tahun ini KPM akan menggunakan Aplikasi Pengurusan Bantuan bagi permohonan online tahun 2013 dan pengurusan data tertanggung.  Sebelum pihak sekolah menggunakannya, pengguna(guru biasiswa) perlu mendaftar sebagai guru biasiswa di dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) (sila rujuk dengan penyelaras APDM peringkat sekolah) sebelum boleh menggunakannya.  Permohonan online akan dibuka pada 13 - 19 Mei 2013 bagi negeri Pulau Pinang di sesawang :  http://biasiswa.sekolahmalaysia.com/ 

http://apb.moe.gov.my

Sebelum itu, pihak sekolah dikehendaki menyemak data APDM bagi melihat kelayakan murid untuk memohon BKP secara online nanti.  Semakan boleh dibuat pada 8 - 14 April 2013.
Untuk maklumat lanjut sila hubungi En. Amat Sazali, Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang.

:: TAKWIM 2013

Pihak sekolah diminta untuk memuatturun takwim BKP/BKPU/BS bagi tahun 2013.  Pihak sekolah dikehendaki memastikan mematuhi tarikh yang dinyatakan supaya tidak berlaku kesukaran dalam pengurusan biasiswa di peringkat sekolah.

Muatturun Takwim

Pembayaran Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP) dan Biasiswa Kelas Persediaan Universiti (BKPU) bagi negeri Pulau Pinang telah dikreditkan ke akaun pelajar oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) pada 13 Mac 2013.

Pihak sekolah diminta untuk mengemaskini / menyemak akaun pelajar dan seterusnya membuat tuntutan jika berlaku keciciran kepada Unit Hal Ehwal Murid dengan kadar segera.  Sila hantar tuntutan keciciran pada atau sebelum 30 April 2013