:: PROGRAM BIASISWA PENDIDIKAN 1MALAYSIA

Program Biasiswa Pendidikan 1Malaysia dilaksanakan dengan kebenaran KPM pada 21 Mei 2013 (Ruj:KP(BPSH-SPDK)201/002/Jld.196(71).  Program ini adalah anjuran bersama Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) bagi membantu pelajar-pelajar Melayu yang miskin.  Objektif PBP1M adalah membuka peluang melanjutkan pelajaran dalam aliran sains kepada pelajar-pelajar miskin yang mempunyai potensi akademik yang baik serta membantu pelajar yang miskin dan gagal mendapat pembiayaan pembelajaran yang mencukupi daripada mana-mana agensi kerajaan.

Syarat-syarat kelayakan minimum adalah:

a.    Pendapatan Ibu bapa tidak melebihi RM1500
b.    Mendapat kepujian dalam:
   • Bahasa Melayu
   • Matematik Moden
   • Sains atau Fizik atau Kimia atau Biologi
   • 2 subjek lain dan;
   • Lulus Bahasa Inggeris

Oleh yang demikian, pihak sekolah diminta untuk mengenal pasti 2 orang murid Melayu (seorang lelaki dan seorang perempuan) lepasan SPM 2012 yang gagal menerima sebarang tawaran IPT serta berminat untuk memohon biasiswa tersebut.
Borang permohonan yang telah dilengkapkan boleh dihantar melalui Unit Hal Ehwal Murid, Jabatan Pendidikan Pulau Pinang pada atau sebelum 9 September 2013.

Sebarang pertanyaan mengenai program boleh dikemukakan kepada:

    Pihak Sekretariat
    Program Biasiswa Pendidikan 1 Malaysia (PBP1M)
    Tel :019-9152334 dan 012-9281085
    Fax: 04-9771948

Berikut adalah dokumen berkaitan:
>>  Borang Permohonan
>>  Jadual Pelaksanaan
>>  Slaid Program

:: MASALAH PEMBUKAAN AKAUN BSN

Terdapat sedikit masalah teknikal terhadap sesetengah penerima biasiswa (BKP) yang terdiri daripada murid-murid tingkatan 1 yang ingin membuka akaun BSN.  Masalah teknikal ini disebabkan murid-murid tersebut mempunyai no KP yang dimulai dengan "00...."   Pihak BSN induk telah memaklumkan akan menyelesaikannya pada minggu hadapan awal bulan September.  Oleh yang demikian, guru-guru boleh menyuruh murid-murid yang menghadapi masalah membukanya semula pada minggu hadapan.  Guru-guru boleh mengemaskini maklumat akaun pada atau sebelum 12 September 2013

:: SURAT TAWARAN DAN PEMBUKAAN AKAUN BSN

Sukacita dimaklumkan bahawa KPM telah meluluskan permohonan seramai 3,659 orang murid bagi Biasiswa Kecil  Persekutuan (BKP) yang melibatkan peruntukan sebanyak RM 3.1 juta bagi negeri Pulau Pinang.  Oleh yang demikian, pihak sekolah diminta untuk mencetak surat tawaran BKP bagi pemohon-pemohon yang berjaya. 

Surat tawaran tersebut boleh dicetak terus dari laman sesawang:  http://apb.moe.gov. Tatacara proses tawaran juga boleh dimuat turun dari laman sesawang tersebut melalui ikon Demo Manual di sebelah kiri. Pelajar-pelajar yang berjaya dikehendaki membuka akaun BSN dengan kadar segera.  Pihak sekolah dikehendaki untuk mengemas kini no akaun di dalam sistem bagi pelajar-pelajar yang tidak dibekalkan dengan no akaun secara berkelompok.