:: TAKWIM PENGURUSAN BIASISWA 2014

Sila muat turun Takwim Pengurusan Biasiswa Tahun 2014

:: TAKLIMAT PENGEMASKINIAN DATA MURID TERTANGGUNG BKP DAN BKPU MELALUI APB

Adalah dimaklumkan bahawa pada tahun ini Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan menggunakan Aplikasi Pengurusan Bantuan(APB) bagi pengurusan murid tertanggung Biasiswa Kecil Persekutuan(BKP) dan Biasiswa Kelas Persediaan Universiti (BKPU).

Sehubungan dengan itu, satu taklimat berkaitan akan diadakan mengenai penggunaan aplikasi serta pengemaskinian data murid tertanggung.  Pihak sekolah dipohon untuk membenarkan seorang guru biasiswa sekolah bagi menghadiri taklimat tersebut.  Butiran taklimat adalah seperti berikut:

a.  PPD Barat Daya dan Timur Laut
    Tarikh :  28hb. Januari 2014 (Selasa)
    Masa  :  8.30 – 4.00 petang
    Tempat :  Bilik Mesyuarat, PPD Barat Daya, Balik Pulau, Pulau Pinang

b.  PPD Utara, Tengah dan Selatan
    Tarikh :  29hb. Januari 2013 (Rabu)
    Masa  :  8.30 – 4.00 petang
    Tempat :  Bilik Mesyuarat, PPD Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang.

Guru biasiswa terlibat diminta untuk membawa komputer riba, wayar sambungan dan broadband (jika ada) untuk menghadiri taklimat tersebut. Di samping itu juga, mereka perlu juga membawa senarai nama murid tercicir berserta bukti keciciran.

:: SKIM BIASISWA BANK NEGARA MALAYSIA 2014

Adalah dimaklumkan bahawa Bank Negara Malaysia (BNM) ingin menawarkan Skim Biasiswa Bank Negara Malaysia bagi pelajar-pelajar yang mencapai keputusan cemerlang dalam PMR 2013.

Skim biasiswa ini bertujuan untuk mengenal pasti pelajar-pelajar yang berpotensi tinggi bagi menyertai Program Biasiswa Bank.  Skim ini juga akan ditawarkan kepada 20 orang pelajar-pelajar di kawasan luar bandar di setiap negeri yang terdiri daripada keluarga yang berpendapatan rendah sebanyak RM2,000.00 sebulan.

Kriteria pencalonan pelajar-pelajar adalah seperti berikut.
a. Warganegara Malaysia
b. Pencapaian keputusan cemerlang semua A dalam PMR 2013
c. Penglibatan aktif dalam aktiviti ko-kurikulum dan sukan di peringkat negara, negeri, daerah dan sekolah,
d. Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM2,000.00 sebulan, dan
e. Belum menerima tajaan daripada mana-mana pihak.

Pihak tuan juga boleh memuat turun borang permohonan tersebut untuk diisi oleh ibu bapa/penjaga.  Setiap sekolah hanya boleh mencalonkan tidak lebih daripada 2 orang pelajar. Sila kembalikan borang tersebut dengan kadar segera kepada Unit Hal Ehwal Murid, Jabatan Pelajaran Pulau Pinang (u.p. Amat Sazali bin Abu Hassan, Penolong Pengarah Tajaan (Biasiswa)) pada atau sebelum 9hb. Januari 2014.

Jabatan pendidikan akan membuat senarai pendek untuk pencalonan Skim Biasiswa Bank Negara Malaysia 2014 kepada Bank Negara Malaysia.