KPM telah selesai mengemaskini Aplikasi Pengurusan Bantuan (APB).  Lantaran itu KPM telah membuka talian APB supaya proses pengemaskinian murid tertanggung tahun 2016 dilakukan bermula pada 1 Februari hingga 29 Februari 2016.

Pihak sekolah dimohon untuk membuat pengemaskinian data murid tertanggung sekolah masing-masing.  Murid-murid yang tidak diaktifkan semasa tempoh tersebut akan dianggap tidak bersekolah dan tiada bayaran akan dibuat ke atas murid berkenaan.  Proses pengemaskinian tersebut boleh dilakukan pada laman sesawang https://apdm.moe.gov.my

Semua Guru Biasiswa juga perlu melengkapkan Kajian Soalselidik Pengurusan BKP/BKPU melalui pautan di laman sesawang yang sama sebelum/semasa mengemaskini data murid tertanggung tahun 2016.

:: BIASISWA KECIL NEGERI 2016

Pihak tuan dipohon untuk menghantar data Biasiswa Kecil Negeri (BKN) dengan menggunakan borang senarai penerima bagi tujuan pembayaran tahun 2016. Borang tersebut boleh yang disediakan. Borang yang telah lengkap (softcopy) hendaklah dihantar melalui laman blog ini pada atau sebelum 5 Februari 2016 (Jumaat).

Sila pastikan semua murid penerima bantuan biasiswa BKN termasuk tawaran baru 2015 dimasukkan bagi mengelak keciciran bayaran oleh Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Pulau Pinang.

>> Borang BKN 2016

:: SKIM BIASISWA ANAK PEKEBUN KECIL RISDA TAHUN 2016

Pengurusan RISDA menyediakan Skim Biasiswa Anak Pekebun Kecil RISDA.  Skim ini merupakan bantuan kewangan kepada anak-anak pekebun kecil dari keluarga berpendapatan rendah serta berpotensi dan berdaya maju dalam bidang akademik.

Anak-anak pekebun kecil yang berjaya akan diberikan elaun saku sebanyak RM500 setahun (secara one-off) serta berpeluang mengikuti program-program pembangunan yang dianjurkan oleh RISDA bagi meningkat tahap intelektual dan prestasi diri mereka.

Syarat kelayakan untuk skim biasiswa ini adalah seperti berikut:

  • Terbuka kepada anak pekebun kecil yang masih bersekolah di Tingkatan Lima pada Tahun 2016.
  • Pemohon memperoleh sekurang-kurangnya 4C daripada 5 mata pelajaran teras semasa peperiksaan akhir tahun Tingkatan Empat.
  • Menyertai kegiatan ko-kurikulum dan sukan.
  • Pendapatan kasar keluarga tidak melebihi RM2,000 sebulan.
  • Tidak menerima sebarang biasiswa, bantuan atau tajaan daripada pihak lain.

>>  Muat turun Borang

:: TAWARAN BARU BIASISWA KECIL PERSEKUTUAN (BKP) TAHUN 2015

Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah selesai membuat pemilihan beserta penjanaan No Akaun Kelompok BSN kepada murid tawaran baru Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP) bagi tahun 2015. Pemilihan tawaran baru ini masih bergantung kepada pencapaian merit latar belakang, akademik dan kokurikulum murid .

Sehubungan dengan itu, pihak sekolah boleh mencetak surat tawaran mulai 31 Julai - 9 Ogos 2015 serta membuka akaun simpanan BSN dengan kadar segera. Cetakan surat tawaran hanya boleh dibuat apabila pihak sekolah telah menanda setuju terima secara online.  Pihak sekolah juga perlu menyerahkan borang setuju terima bersama surat tawaran kepada murid-murid berkenaan. 

Kegagalan pihak sekolah akur pada tarikh yang diberikan akan menyebabkan murid gagal menerima tawaran biasiswa.

Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP) / Biasiswa Kelas Persediaan Universiti (BKPU) Zon 3 bagi Negeri Pulau Pinang, Perlis, Kedah, Perak dan Negeri Sembilan akan dibuka pada 20 April hingga 26 April 2015.
Sehubungan dengan itu, Guru Biasiswa dipohon untuk diambil tindakan sewajarnya.  Data permohonan BKP/BKPU adalah berdasarkan kepada data Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM).

Proses permohonan biasiswa atas talian BKP/BKPU boleh dilakukan pada laman sesawang:  http://apb.moe.gov.my   Semasa proses permohonan atas talian, pihak sekolah hanya perlu mengemas kini data calon layak serta yang memohon sahaja (Maklumat akademik & kokurikulum). Kaedah pengisian markah peperiksaan adalah seperti tahun-tahun terdahulu.


:: BIASISWA RMHC 2015

Seperti tahun-tahun lepas, RMHC Malaysia atau Persatuan Kebajikan Ronald McDonald Malaysia sekali lagi ingin meneruskan pemberian biasiswa kepada murid-murid yang layak.
Kriteria kelayakan adalah seperti berikut:
1.  Tingkatan 1 sekolah harian pada tahun 2015
2.  Pendapatan tidak melebihi RM1500
3.  Keputusan cemerlang UPSR - sekurang-kurangnya 4A
4.  Aktif ko kurikulum & sukan
5.  Rekod disiplin yang baik.

Pihak sekolah di negeri Pulau Pinang yang ingin mencalonkan murid yang layak (2 orang murid setiap sekolah) bolehlah memuatturun fail berkaitan.  Borang permohonan tersebut hendaklah dihantar kepada Penolong Pengarah Tajaan dan Biasiswa, Unit Hal Ehwal Murid, Jabatan Pelajaran Pulau Pinang selewat-lewatnya pada atau sebelum 27 Mac 2015 jam 12.00 tengahari.  Borang-borang yang lewat diterima tidak akan dilayan.

>> Borang Permohonan
>> Lampiran Berkaitan

:: TAKLIMAT PENGURUSAN BIASISWA SERTA PENGEMASKINIAN DATA APLIKASI PENGURUSAN BANTUAN (APB)

Taklimat mengenai pengurusan biasiswa serta pengemaskinian data aplikasi APB akan diadakan seperti berikut:

a.  Sekolah-sekolah di PPD Barat Daya dan Timur Laut
     Tarikh  :  10hb. Februari 2015 (Selasa)
     Masa   :  8.30 – 4.00 petang
     Tempat  :  Dewan SMK Sg Ara, Jalan Dato’ Hj Ismail Hashim,
           11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang

b.  Sekolah-sekolah di PPD Utara, Tengah dan Selatan
     Tarikh  :  11hb. Februari 2015 (Rabu)
     Masa   :  8.30 – 4.00 petang
     Tempat  :  Bilik Mesyuarat, PPD Seberang Perai Utara, Pulau Pinang.

Proses pengemaskinian data APB akan dibuat secara atas talian. Oleh yang demikian, guru biasiswa terlibat diminta untuk membawa komputer riba, wayar sambungan dan broadband (jika ada) untuk menghadiri taklimat tersebut.