TARIKH PEMOHONAN BIASISWA KECIL PERSEKUTUAN (BKP) / BIASISWA KELAS PERSEDIAAN UNIVERSITI (BKPU) SECARA ATAS TALIAN TAHUN 2015
Posted by Hal Ehwal Murid at 09:44Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP) / Biasiswa Kelas Persediaan Universiti (BKPU) Zon 3 bagi Negeri Pulau Pinang, Perlis, Kedah, Perak dan Negeri Sembilan akan dibuka pada 20 April hingga 26 April 2015.
Sehubungan dengan itu, Guru Biasiswa dipohon untuk diambil tindakan sewajarnya. Data permohonan BKP/BKPU adalah berdasarkan kepada data Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM).
Proses permohonan biasiswa atas talian BKP/BKPU boleh dilakukan pada laman sesawang: http://apb.moe.gov.my Semasa proses permohonan atas talian, pihak sekolah hanya perlu mengemas kini data calon layak serta yang memohon sahaja (Maklumat akademik & kokurikulum). Kaedah pengisian markah peperiksaan adalah seperti tahun-tahun terdahulu.
Seperti tahun-tahun lepas, RMHC Malaysia atau Persatuan Kebajikan Ronald McDonald Malaysia sekali lagi ingin meneruskan pemberian biasiswa kepada murid-murid yang layak.
Kriteria kelayakan adalah seperti berikut:
1. Tingkatan 1 sekolah harian pada tahun 2015
2. Pendapatan tidak melebihi RM1500
3. Keputusan cemerlang UPSR - sekurang-kurangnya 4A
4. Aktif ko kurikulum & sukan
5. Rekod disiplin yang baik.
Pihak sekolah di negeri Pulau Pinang yang ingin mencalonkan murid yang layak (2 orang murid setiap sekolah) bolehlah memuatturun fail berkaitan. Borang permohonan tersebut hendaklah dihantar kepada Penolong Pengarah Tajaan dan Biasiswa, Unit Hal Ehwal Murid, Jabatan Pelajaran Pulau Pinang selewat-lewatnya pada atau sebelum 27 Mac 2015 jam 12.00 tengahari. Borang-borang yang lewat diterima tidak akan dilayan.
>> Borang Permohonan
>> Lampiran Berkaitan
:: TAKLIMAT PENGURUSAN BIASISWA SERTA PENGEMASKINIAN DATA APLIKASI PENGURUSAN BANTUAN (APB)
Posted by Hal Ehwal Murid at 11:18Taklimat mengenai pengurusan biasiswa serta pengemaskinian data aplikasi APB akan diadakan seperti berikut:
a. Sekolah-sekolah di PPD Barat Daya dan Timur Laut
Tarikh : 10hb. Februari 2015 (Selasa)
Masa : 8.30 – 4.00 petang
Tempat : Dewan SMK Sg Ara, Jalan Dato’ Hj Ismail Hashim,
11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang
b. Sekolah-sekolah di PPD Utara, Tengah dan Selatan
Tarikh : 11hb. Februari 2015 (Rabu)
Masa : 8.30 – 4.00 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat, PPD Seberang Perai Utara, Pulau Pinang.
Proses pengemaskinian data APB akan dibuat secara atas talian. Oleh yang demikian, guru biasiswa terlibat diminta untuk membawa komputer riba, wayar sambungan dan broadband (jika ada) untuk menghadiri taklimat tersebut.
Adalah dimaklumkan bahawa seperti biasa pihak sekolah diminta untuk menghantar data Biasiswa Kecil Negeri (BKN) dengan menggunakan borang senarai penerima bagi tujuan pembayaran tahun 2015. Borang yang telah lengkap (softcopy) hendaklah dihantar melalui : http://uploadbiahemjpnpp.blogspot.com/ pada atau sebelum 6 Februari 2015 (Jumaat).
Sila pastikan semua murid penerima bantuan biasiswa BKN termasuk tawaran baru 2014 dimasukkan bagi mengelak keciciran bayaran oleh Setiuasaha Kerajaan Negeri (SUK).
Muat turun Borang