Permohonan biasiswa bagi pelajar-pelajar Tingkatan 4 di Sekolah Menengah Teknik (SMT) kini dibuka. Ini adalah untuk memberi peluang kepada pelajar-pelajar yang terlibat untuk membuat permohonan biasiswa kerana kelewatan kemasukan ke SMT.
Pihak sekolah (SMT sahaja) boleh mengemaskini data pelajar-pelajar yang membuat permohonan.
Tarikh permohonan online tersebut akan dibuka pada:
17 - 21 Mei 2009.
Alamat web online tersebut boleh dilayari di:
http://apps.emoe.gov.my/biasiswa/BKP/
Permohonan biasiswa online akan bermula pada 12 - 18 April 2009. Bagi tahun ini, pelajar-pelajar Tingkatan 5 dan 6 atas juga adalah layak untuk memohon. Guru-guru biasiswa boleh mengedarkan borang permohonan kepada pelajar-pelajar yang layak.
Permohonan Biasiswa Kecil Persekutuan dan Biasiswa Kelas Persediaan Universiti (BKP / BKPU) tahun 2009 bagi negeri Pulau Pinang adalah pada 12 – 18 April 2009.
Maklumat taklimat tersebut adalah seperti berikut:
Tarikh : 13 April 2009 ( Daerah Pulau sahaja)
Masa : 2.00 – 5.00 petang
Tempat : Makmal Komputer SK Wellesley, Jalan Sultan Ahmad Shah
Tarikh : 14 April 2009 ( Daerah Seberang Perai sahaja)
Masa : 2.00 – 5.00 petang
Tempat : PPD Selatan, Nibong Tebal
Semua guru biasiswa dikehendaki hadir mengikut daerah masing-masing sahaja. Guru juga diminta untuk membawa notebook dan maklumat permohonan murid.
Permohonan BKP dan BKPU tahun 2009 akan bermula secara online pada 29 Mac 2009 hingga 18 April 2009. Permohonan online tersebut akan dibahagikan kepada 3 zon. Bagi negeri Pulau Pinang berada di zon 3 bersama-sama Perak, Kedah, Perlis dan Negeri Sembilan. Tarikh permohonan online tersebut akan dibuka pada:
12 - 18 April 2009.
Alamat web online tersebut boleh dilayari di:
http://apps.emoe.gov.my/biasiswa/BKP/
Data-data pelajar yang layak diambil dari SMM kutipan Januari yang lepas. Sekiranya pihak sekolah gagal berbuat demikian akan menyebabkan keciciran permohonan pelajar yang layak.
Jabatan Pelajaran Negeri telah membuat bayaran biasiswa (BKP dan BKPU) pada awal Februari 2009. Pihak sekolah yang terlibat boleh mengemaskini buku akaun pelajar untuk membuat semakan bagi pelajar-pelajar yang tercicir bayaran. Sekiranya terdapat pelajar tercicir, sila buat tuntutan keciciran dengan kadar segera.
Walau bagaimanapun pihak jabatan masih belum boleh membuat bayaran kepada beberapa buah sekolah yang masih belum menghantar data pelajar terkini dan yang mempunyai ralat data atau kerosakan disket yang dihantar. Bagi sekolah-sekolah yang masih belum menerima bayaran biasiswa kepada pelajar-pelajar mereka, sila hubungi Pegawai Biasiswa secepat mungkin.
Dimaklumkan bahawa Permohonan Skim Biasiswa Sukan (SBS) Tawaran baru 2009 kini telah dibuka.
Sila 'download' borang dan panduan permohonan biasiswa tersebut untuk diedarkan ke semua pelajar yang layak.
Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar ke Unit Sukan, Jabatan Pelajaran Negeri pada atau sebelum 30 Mac 2009.
> Borang Permohonan
> Panduan Permohonan
Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengeluarkan waran bagi pembayaran Pemegang Tertanggung BKP/BKPU tahun ini seawal Januari 2009. Oleh yang demikian pihak sekolah diminta mengemaskini data Pemegang Tertanggung 2009 melalui Sistem Pengurusan Biasiswa dengan kadar segera bagi mempercepatkan pembayaran kepada pelajar.
Data yang telah dikemaskini hendaklah dieksport ke disket dan dihantar ke Unit Hal Ehwal Murid pada atau sebelum 3 Februari 2009. Sila pastikan tiada pelajar yang tercicir daripada pembayaran. Data tersebut boleh juga dimuatnaik melalui laman blog ini.
