Satu mesyuarat pengurusan biasiswa akan diadakan pada :
Tarikh : 5 November 2009 (Khamis)
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Bilik Auditorium, Institut Latihan Perindustrian, Kepala Batas.
Tujuan mesyuarat adalah untuk mengemaskini data penerima biasiswa di peringkat Jabatan Pelajaran Negeri. Pihak sekolah diminta untuk mengeksport data terkini pelajar (semasa) BKP/BKPU/BKN dan dibawa semasa menghadiri mesyuarat.
Kegagalan pihak sekolah menghantar data terkini serta keciciran pelajar akan menyebabkan pembayaran untuk tahun 2010 terjejas.
Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang telah membuat pembayaran Biasiswa Tingkatan 6 Rendah dan 6 Atas bagi status baru tahun 2009. Walau bagaimanapun terdapat sedikit kesilapan teknikal pembayaran. Terdapat lebihan bayaran kepada Murid-murid Tingkatan 6 Rendah. Diharap pihak sekolah dapat mengutip semula lebihan tersebut ( BKPUA - RM360 & BKPUS - RM440 ) dan bankin semula ke Akaun (BSN) : Pengarah, Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang. 0710029000289456
Kesulitan amat dikesali.
Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang telah membuat pembayaran bantuan biasiswa kepada penerima-penerima baru tahun 2009. Pihak sekolah boleh membuat semakan akaun pelajar terbabit. Sekiranya terdapat keciciran pembayaran sila kemukakan tuntutan semula dengan kadar segera.
Pihak Jabatan Pelajaran Pulau Pinang telah mengeluarkan senarai nama pelajar yang berjaya dalam permohonan Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP) kepada pihak sekolah. Pihak sekolah boleh memproses pembukaaan akaun pelajar sesegera mungkin untuk proses pembayaran. Pihak sekolah perlu menghantar senarai nama yang telah dibetul dan disahkan pada atau sebelum 15 Julai 2009. Jika terdapat sekolah yang masih belum menerima senarai tersebut sila hubungi pihak JPN.
Permohonan Biasiswa Kelas Persediaan Universiti (BKPU) bagi Tingkatan 6 Rendah telah dibuka. Sila kemaskini data sekolah anda. Permohonan bermula 17 - 24 Jun 2009
Permohonan bagi Biasiswa Kelas Persediaan Universiti (BKPU) akan dibuka tidak lama lagi. Pihak sekolah yang mempunyai pelajar-pelajar tingkatan 6 rendah bolehlah mengeluarkan borang permohonan kepada pelajar-pelajar yang layak.
Pihak sekolah juga diminta untuk mengemaskini data Sistem Maklumat Murid bagi pelajar-pelajar tingkatan 6 dan menghantar data tersebut pada atau sebelum 1 Jun 2009. Data tersebut hendaklah dihantar kepada Unit Hal Ehwal Murid, JPNPP untuk perhatian En. Amat Sazali bin Abu Hassan
Permohonan biasiswa bagi pelajar-pelajar Tingkatan 4 di Sekolah Menengah Teknik (SMT) kini dibuka. Ini adalah untuk memberi peluang kepada pelajar-pelajar yang terlibat untuk membuat permohonan biasiswa kerana kelewatan kemasukan ke SMT.
Pihak sekolah (SMT sahaja) boleh mengemaskini data pelajar-pelajar yang membuat permohonan.
Tarikh permohonan online tersebut akan dibuka pada:
17 - 21 Mei 2009.
Alamat web online tersebut boleh dilayari di:
http://apps.emoe.gov.my/biasiswa/BKP/
