:: PERUBAHAN DASAR BKP/BKPU/BS

Mulai tahun 2011, beberapa pindaan telah dibuat daripada segi kriteria kelayakan dan tatacara pengurusan Biasiswa Kecil Persekutuan, Biasiswa Kelas Persediaan Universiti dan Biasiswa Sukan. Antara pindaan yang dibuat untuk BKP dan BKPU adalah :

a. Pendapatan Ibu Bapa/Penjaga mestilah tidak melebihi RM1,500.00
b. Faktor dan peratusan dalam pengiraan merit
- 50% Prestasi Akademik
- 40% Pendapatan
- 10% Kokurikulum

Kelayakan dan tatacara pengurusan BKP/BKPU adalah berbeza dengan Biasiswa Sukan (BS). Surat Pekeliling Kewangan BKP/BKPU dan BS telah diasingkan bagi mengelakkan kekeliruan berikutan terdapat perbezaan tatacara pengurusan di antara biasiswa tersebut. Oleh yang demikian, pihak sekolah dikehendaki untuk memuat turun 2 Surat Pekeliling Kewangan Bil. 9 dan Bil.10 (Ruangan Muat Turun Fail)

:: TAKWIM PENGURUSAN BIASISWA 2011

Sila muat turun Takwim Pengurusan Biasiswa bagi tahun 2011 (Ruangan Muat Turun Fail) untuk rujukan sepanjang tahun ini.

:: KUTIPAN DATA 2011

Seperti biasa pihak sekolah perlu menghantar data biasiswa pada awal tahun bagi tujuan pembayaran biasiswa kepada pelajar. Data pelajar perlu dikemaskini dan penerima baru 2010 perlu dimasukkan. Semua penerima BKP/BKPU dan BKN perlu terdapat di dalam sistem bagi memastikan tiada pelajar yang tercicir bayaran tahun 2011. Oleh yang demikian pihak sekolah perlu menyemak penerima biasiswa terlebih dahulu sebelum menghantar data.

Data hendaklah dihantar melalui Muat Naik Data Biasiswa pada atau sebelum 14 Januari 2011. Jika pihak sekolah gagal menghantar secara online, penghantaran boleh dibuat dengan menggunakan disket, tarikh penghantaran tetap sama.

:: TAKLIMAT PENGURUSAN BIASISWA 2010

Satu taklimat pengurusan biasiswa bagi tahun 2010 akan diadakan mengikut daerah pada :

12 Julai 2010 Daerah Pulau - SK Bukit Gelugor
13 Julai 2010 Daerah Utara/Tengah - SMK Tinggi Bukit Mertajam
14 Julai 2010 Daerah Selatan - PPD Selatan
Masa : 8.30 pagi

Sila bawa maklumat berikut:
a. Senarai penerima BKP/BKN
b. Senarai nama tercicir Tahun 2010
c. Bilangan pelajar yang telah dan belum menerima kad biasiswa

:: DATA SMM TING 6 RENDAH

Permohonan Biasiswa Kelas Persediaan Universiti (BKPU) akan dibuat secara online pada 8 - 14 Julai 2010, berikutan dengan itu pihak sekolah dikehendaki menghantar data Sistem Maklumat Murid bagi pelajar Tingkatan 6 Rendah dengan kadar segera ke Unit Hal Ehwal Murid.
Data tersebut hendaklah diserahkan pada atau sebelum 8 Jun 2010. Kegagalan pihak sekolah menghantar data akan menyebabkan murid-murid sekolah berkenaan akan tercicir bagai permohonan online tersebut.

:: PROSES 'KEY-IN' PERMOHONAN BKP/BKPU

Sukacita dimaklumkan bahawa proses key-in permohonan Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP) dan Biasiswa Kelas Persediaan Universiti (BKPU) bagi Zon 3 yang melibatkan negeri Perak, Pulau Pinang, Kedah, Perlis dan Negeri Sembilan akan bermula 25 April hingga 1 Mei 2010.

Bagi mengelakkan sebarang kesulitan, pihak sekolah dinasihatkan proses key-in permohonan BKP dan BKPU dilakukan awal dan tidak dilakukan pada hari-hari akhir. Proses key-in boleh dilakukan di http://apps.emoe.gov.my/bkp/

:: SEMAKAN AKAUN PELAJAR TERTANGGUNG

Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengkreditkan wang bantuan biasiswa BKP/BKPU pada 10 Mac 2010 yang lalu. Diharap pihak sekolah dapat membuat semakan/pengemaskinian buku akaun pelajar di Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berdekatan.

Jika terdapat pelajar yang tercicir, sila buat tuntutan dengan kadar segera. Sila masukkan semula wang lebihan pembayaran ke akaun Pengarah, Jabatan Pendidikan Pulau Pinang (jika ada)