:: PEMBAYARAN DAN TUNTUTAN KECICIRAN BAGI TAWARAN BARU 2011

Pihak kementerian telah membuat pembayaran kepada semua penerima tawaran baru 2011.  Pihak sekolah dikehendaki mengemaskini akaun murid.  Sila buat tuntutan keciciran dengan kadar segera jika murid berkenaan tidak menerima bayaran bagi tahun 2011.

:: TAWARAN BARU BIASISWA KELAS PERSEDIAAN UNIVERSITI (BKPU) TAHUN 2011

Pada tahun ini, KPM telah meluluskan permohonan sebanyak 187 orang murid untuk tawaran baru BKPUA dan BKPUS bagi murid-murid Tingkatan 6.  Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang telah menghantar maklumat penerima ke sekolah masing-masing.

Pihak sekolah dikehendaki untuk mengurus pembukaan akaun pelajar.  Sila kemaskini maklumat penerima dan hantar maklumat berkenaan pada atau sebelum 26 September 2011.

:: PEMBAYARAN BIASISWA KECIL NEGERI (BKN) KEPADA PELAJAR TERTANGGUNG 2011

Sukacita dimaklumkan pembayaran Biasiswa Kecil Negeri bagi Pelajar Tertanggung 2011 telah diterima dari Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang.  Sehubungan dengan itu, pihak sekolah diminta untuk mengambil cek tersebut di Unit Hal Ehwal Murid, Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang mulai 25  - 29 Julai 2011.
Sekiranya terdapat pelajar yang telah berhenti atau bertukar  keluar negeri Pulau Pinang, sila kembalikan peruntukan pelajar berkenaan kepada Pejabat Setiausaha Kerajaan Pulau Pinang di atas nama Tabung Biasiswa Kecil Negeri Pulau Pinang.

:: PENANGGUHAN TARIKH PERMOHONAN ATAS TALIAN BKPU TAHUN 2011

Sukacita dimaklumkan bahawa terdapat perubahan tarikh bagi permohonan BKPU secara atas talian bagi murid tingkatan 6 rendah untuk tahun 2011 yang dijadualkan pada 17 hingga 23 Julai 2011.

Tarikh permohonan BKPU secara atas talian telah ditunda kepada 24 hingga 30 Julai 2011, manakala tarikh semakan data murid yang layak memohon BKPU secara atas talian pula ditunda kepada 17 hingga 23 Julai 2011. Permohonan BKPU secara atas talian boleh dibuat di laman sesawang http://apps.moe.gov.my/biasiswa/. Sila pastikan semua sekolah menggunakan alamat yang betul ketika membuat permohonan secara atas talian bagi mengelakkan sebarang masalah ketika permohonan dibuat.

Sebarang permohonan untuk melanjutkan tempoh permohonan tidak akan dipertimbangkan bagi mengelakkan kelewatan proses pemilihan dan pembayaran biasiswa kepada murid.

:: TAWARAN BARU 2011

Kementerian Pelajaran Malaysia telah meluluskan seramai 3400 permohonan BKP/BKPU.   Pihak Jabatan telah mengeluarkan surat tawaran kepada semua sekolah.  Pihak sekolah perlu memproses secepat mungkin pembukaan akaun pelajar di Bank Simpanan Nasional.

Setelah pembukaan akaun, pihak sekolah perlu mengemaskini senarai nama yang dikepilkan untuk pengemaskinian di peringkat jabatan dan proses pembayaran kepada pelajar.  Sila serahkan pembetulan/pemgemaskinian pada atau sebelum 15 Julai 2011

:: DATA SMM BAGI PERMOHONAN BKPU 2011 SECARA ONLINE (TINGKATAN ENAM RENDAH)

Sekolah-sekolah yang mempunyai pelajar-pelajar Tingkatan 6 Rendah dikehendaki mengemas kini data Sistem Maklumat Murid (SMM) dengan kadar segera. Pihak sekolah yang terlibat hendaklah mengeksport pelajar Tingkatan 6 sahaja dan dihantar ke Unit HEM, Jabatan Pelajaran Pulau Pinang pada atau sebelum 24 Jun 2010.
Data boleh dihantar melalui disket atau muat naik melalui laman blog ini.
Permohonan online tersebut akan diadakan pada 17 – 23 Julai 2011. Pihak sekolah juga perlu memaklumkan kepada pelajar-pelajar tersebut mengenai permohonan Biasiswa Kelas Persediaan Universiti dan mengagihkan borang permohonan kepada pelajar yang layak.
Sekiranya pihak sekolah gagal menghantar data pada tarikh yang diberikan, dikhuatiri akan menyebabkan pelajar-pelajar sekolah tuan tercicir untuk proses pemilihan.

:: PENUTUPAN AKAUN KOPERAT JABATAN PENDIDIKAN PULAU PINANG

Jabatan Pelajaran Pulau Pinang telah menutup Akaun Koperat di Bank Simpanan Nasional di atas arahan KPM.  Oleh yang demikian akaun tersebut tidak digunakan lagi.  Sebarang masalah, sila hubungi pegawai bertanggungjawab di JPN Pulau Pinang.