Bank Negara Malaysia (BNM) ingin menawarkan Skim Biasiswa Bank Negara
Malaysia bagi pelajar-pelajar yang mencapai keputusan yang cemerlang di
dalam PMR 2012. Skim biasiswa ini bertujuan untuk mengenal pasti
pelajar-pelajar yang berpotensi tinggi bagi menyertai Program Biasiswa
BNM.
Pihak jabatan ingin meminta kerjasama daripada pihak sekolah
untuk mencalonkan dua orang (2) orang sahaja pelajar cemerlang bagi
setiap sekolah berdasarkan kepada keputusan PMR 2012 untuk disenarai
pendek bagi menjalani proses penilaian dan temuduga. Untuk makluman
tuan/puan, kriteria-kriteria pencalonan pelajar-pelajar adalah seperti
berikut :
(a) Warganegara Malaysia;
(b) Pencapaian keputusan cemerlang dalam PMR 2012 sekurang-kurangnya 7A;
(c) Penglibatan aktif dlm aktiviti ko-kurikulum dan sukan di peringkat negara/negeri/daerah/sekolah
(d) Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM2,000.00 sebulan; dan
(e) Belum menerima tajaan daripada mana-mana pihak
Pihak Bank Negara memerlukan senarai nama tersebut pada atau sebelum 17 Januari 2013. Oleh itu, pihak Jabatan akan mengemukakan sepuluh (10) pelajar terawal serta paling berkelayakan yang mengemukakan pencalonan. Sila download borang di bawah lengkapkan kemudian email kepada amatsazali@yahoo.com
dengan kadar segera. Borang cetakan yang telah ditandatangani boleh
dihantar pada minggu yang berikutnya pada atau sebelum 24 Januari 2013
di Unit Hal Ehwal Murid, untuk perhatian Penolong Pengarah Tajaan dan
Biasiswa.
Download Borang.
Dipohon pihak sekolah untuk mengemas kini Sistem Pengurusan Biasiswa bagi penerima biasiswa BKP/BKPU/BKN baru dan tertanggung tahun 2012. Setelah dikemas kini sila eksport data berkenaan serta muat naik /upload data tersebut pada atau sebelum 15hb. November 2012. Cetakan lampiran pengesahan yang telah disahkan oleh Pengetua hendaklah dihantar kepada Unit Hal Ehwal Murid dengan kadar segera.
SUK Pulau Pinang telah mengeluarkan Tawaran Baru BKN kepada pelajar-pelajar baru bagi tahun 2012. Pihak sekolah dikehendaki untuk mengurus pembukaan akaun dan pembayaran kepada pelajar sebelum cuti sekolah bermula. Bagi sekolah yang belum mengambil cek penerimam sila hubungi Unit Hal Ehwal Murid JPNPP dengan kadar segera.
:: TAWARAN BARU BIASISWA KECIL PERSEKUTUAN (BKP) DAN BIASISWA KELAS PERSEDIAAN UNIVERSITI (BKPU) TAHUN 2012
Posted by Hal Ehwal Murid at 00:26Pada tahun ini, KPM telah meluluskan permohonan sebanyak 4202 orang murid bagi negeri Pulau Pinang untuk tawaran baru bagi tahun 2012. Kelulusan permohonan pada tahun ini juga bergantung kepada markah minima 65%.
Jabatan Pelajaran Negeri telah mengeluarkan surat tawaran kepada semua sekolah. Pihak sekolah diminta berhati-hati di dalam pengurusan penawaran biasiswa BKP/BKPU supaya tiada murid yang tercicir dalam proses pembayaran yang akan dibuat oleh KPM sedikit masa lagi.
Berikut adalah dokumen yang telah dihantar kepada semua sekolah:
a. Senarai nama murid yang berjaya dalam permohonan biasiswa
b. Lampiran H (Surat Persetujuan/Aku Janji)
c. Lampiran F/G (Surat Tawaran)
d. Proses Kerja
e. Buku Manual Prosedur Kerja (MPK) terbaharu.
Mengikut MPK terbaharu terdapat sedikit perubahan kepada beberapa lampiran. Ini termasuklah Lampiran M dan M1 telah diubah kepada Lampiran F dan G.
Terdapat sedikit ralat pada Lampiran F (Surat Tawaran - Akaun BSN Berkelompok) yang sepatutnya terdapat nombor akaun pelajar. Pihak sekolah dikehendaki untuk memasukkan nombor akaun pelajar yang terdapat pada senarai nama yang disertakan.
Pihak sekolah boleh menghubungi pegawai berkaitan di Unit HEM JPNPP sekiranya terdapat masalah.
Pemantauan Pengurusuan BKP dan BKPU akan diadakan di sekolah terpilih bagi memastikan semua prosedur penguruan BKP dan BKPU dilaksanakan dengan teratur dan mematuhi semua peraturan kewangan yang sedang berkuat kuasa.
Semasa pemantauan dijalankan, setiap proses dalam pengurusan biasiswa akan disemak dan perlaporan akan dibuat agar pihak sekolah dapat mengambil tindakan pembetulan dan penambahbaikan. Perkara-perkara yang akan dipantau termasuklah:
a. Penyemakan fail-fail pengurusan BKP/BKPU
b. Semakan terhadap borang permohonan biasiswa dan dokumen yang berkaitan
Pihak sekolah boleh memuatturun instrumen pemantauan (Lampiran T) yang berkaitan.
Bengkel Pengurusan Biasiswa kepada Guru Biasiswa Baru yang dijangka akan diadakan pada 4 - 6 September 2012 dibatalkan kerana terdapat masalah yang tidak dapat dielakkan. Bengkel ini mungkin akan diadakan pada satu tarikh yang akan diberitahu kelak.
:: SEMAKAN DATA & PERMOHONAN BIASISWA (BKPU) ONLINE BAGI TINGKATAN 6 RENDAH
Posted by Hal Ehwal Murid at 23:06Pihak sekolah boleh membuat semakan data bagi permohonan online bermula 30 Julai hingga 3 Ogos 2012. Semakkan ini membolehkan guru-guru mengenalpasti murid-murid yang layak untuk membuat permohonan BKPU online yang akan diadakan pada 6 - 11 Ogos 2012. Data permohonan online ini diambil dari kutipan data SMM bulan Jun 2012.
