Penggunaan Aplikasi Sistem Pengurusan Biasiswa Versi 4.0 terpaksa dibatalkan.
Pembatalan
ini adalah disebabkan Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM) Kementerian
Pelajaran Malaysia akan mengeluarkan versi atas talian / online tidak
lama lagi (tahun 2013)
Walau bagaimanapun pengguna boleh
menggunakannya untuk sementara waktu untuk memudahkan proses eksport dan
beberapa kemudahan lain disediakan. Pengguna boleh mengeksport data
sedia ada kemudian mengeksport kemudian mengeksport semula data tersebut
ke dalam aplikasi sedia ada.
Pihak sekolah dikehendaki mengemas kini maklumat murid penerima biasiswa
(BKP, BKPU, BS dan BKN) di dalam Sistem Pengurusan Biasiswa untuk
pembayaran bagi tahun 2013. Pada tahun ini, pihak sekolah perlu
mengemas kini data menggunakan Aplikasi Pengurusan Biasiswa versi
terbaharu (versi 4) yang boleh dimuat turun melalui laman ini. Data
yang telah dikemas kini perlu dieksport dan dimuat naik / upload
melalui laman berkenaan pada atau sebelum 6 Februari 2013 (Rabu).
---------------------------------------------------BATAL ---------------------------------------------------------
Sila pastikan semua maklumat murid penerima bantuan biasiswa (BKP, BKPU,
BS dan BKN) dimasukkan ke dalam sistem. Pada tahun ini penerima
Biasiswa Sukan juga perlu dimasukkan ke dalam sistem bagi tujuan
pemantauan. Cetak Maklumat Pengesahan Data melalui sistem untuk
menyemak senarai murid serta menghantar cetakan tersebut setelah dibuat
pengesahan oleh Pengetua Sekolah kepada Unit Hal Ehwal Murid, Jabatan
Pelajaran Pulau Pinang dengan kadar segera. Sekiranya pihak sekolah
gagal memastikan kesahan data serta terdapat murid yang tiada di dalam
sistem, ini akan menyebabkan keciciran pembayaran kepada murid
berkenaan.
---------------------------------------------------BATAL ---------------------------------------------------------
Di samping itu, pihak sekolah juga seharusnya telah mengedarkan borang
permohonan biasiswa berserta syarat-syarat kelayakan kepada pelajar yang
ingin memohon biasiswa bagi tahun 2013. Sila kutip semula borang
permohonan tersebut selewat-lewatnya pada 11 Mac 2013. Borang
tersebut perlu melalui proses tapisan dan saringan. Senarai pendek
permohonan hendaklah dikemukakan secara online yang akan dibuka pada 29 April – 5 Mei 2013 nanti. Permohonan pada tahun ini akan berdasarkan data APDM tahun semasa.
---------------------------------------------------BATAL ---------------------------------------------------------
Muat turun aplikasi...
Bank Negara Malaysia (BNM) ingin menawarkan Skim Biasiswa Bank Negara
Malaysia bagi pelajar-pelajar yang mencapai keputusan yang cemerlang di
dalam PMR 2012. Skim biasiswa ini bertujuan untuk mengenal pasti
pelajar-pelajar yang berpotensi tinggi bagi menyertai Program Biasiswa
BNM.
Pihak jabatan ingin meminta kerjasama daripada pihak sekolah
untuk mencalonkan dua orang (2) orang sahaja pelajar cemerlang bagi
setiap sekolah berdasarkan kepada keputusan PMR 2012 untuk disenarai
pendek bagi menjalani proses penilaian dan temuduga. Untuk makluman
tuan/puan, kriteria-kriteria pencalonan pelajar-pelajar adalah seperti
berikut :
(a) Warganegara Malaysia;
(b) Pencapaian keputusan cemerlang dalam PMR 2012 sekurang-kurangnya 7A;
(c) Penglibatan aktif dlm aktiviti ko-kurikulum dan sukan di peringkat negara/negeri/daerah/sekolah
(d) Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM2,000.00 sebulan; dan
(e) Belum menerima tajaan daripada mana-mana pihak
Pihak Bank Negara memerlukan senarai nama tersebut pada atau sebelum 17 Januari 2013. Oleh itu, pihak Jabatan akan mengemukakan sepuluh (10) pelajar terawal serta paling berkelayakan yang mengemukakan pencalonan. Sila download borang di bawah lengkapkan kemudian email kepada amatsazali@yahoo.com
dengan kadar segera. Borang cetakan yang telah ditandatangani boleh
dihantar pada minggu yang berikutnya pada atau sebelum 24 Januari 2013
di Unit Hal Ehwal Murid, untuk perhatian Penolong Pengarah Tajaan dan
Biasiswa.
Download Borang.
Dipohon pihak sekolah untuk mengemas kini Sistem Pengurusan Biasiswa bagi penerima biasiswa BKP/BKPU/BKN baru dan tertanggung tahun 2012. Setelah dikemas kini sila eksport data berkenaan serta muat naik /upload data tersebut pada atau sebelum 15hb. November 2012. Cetakan lampiran pengesahan yang telah disahkan oleh Pengetua hendaklah dihantar kepada Unit Hal Ehwal Murid dengan kadar segera.
SUK Pulau Pinang telah mengeluarkan Tawaran Baru BKN kepada pelajar-pelajar baru bagi tahun 2012. Pihak sekolah dikehendaki untuk mengurus pembukaan akaun dan pembayaran kepada pelajar sebelum cuti sekolah bermula. Bagi sekolah yang belum mengambil cek penerimam sila hubungi Unit Hal Ehwal Murid JPNPP dengan kadar segera.
:: TAWARAN BARU BIASISWA KECIL PERSEKUTUAN (BKP) DAN BIASISWA KELAS PERSEDIAAN UNIVERSITI (BKPU) TAHUN 2012
Posted by Hal Ehwal Murid at 00:26Pada tahun ini, KPM telah meluluskan permohonan sebanyak 4202 orang murid bagi negeri Pulau Pinang untuk tawaran baru bagi tahun 2012. Kelulusan permohonan pada tahun ini juga bergantung kepada markah minima 65%.
Jabatan Pelajaran Negeri telah mengeluarkan surat tawaran kepada semua sekolah. Pihak sekolah diminta berhati-hati di dalam pengurusan penawaran biasiswa BKP/BKPU supaya tiada murid yang tercicir dalam proses pembayaran yang akan dibuat oleh KPM sedikit masa lagi.
Berikut adalah dokumen yang telah dihantar kepada semua sekolah:
a. Senarai nama murid yang berjaya dalam permohonan biasiswa
b. Lampiran H (Surat Persetujuan/Aku Janji)
c. Lampiran F/G (Surat Tawaran)
d. Proses Kerja
e. Buku Manual Prosedur Kerja (MPK) terbaharu.
Mengikut MPK terbaharu terdapat sedikit perubahan kepada beberapa lampiran. Ini termasuklah Lampiran M dan M1 telah diubah kepada Lampiran F dan G.
Terdapat sedikit ralat pada Lampiran F (Surat Tawaran - Akaun BSN Berkelompok) yang sepatutnya terdapat nombor akaun pelajar. Pihak sekolah dikehendaki untuk memasukkan nombor akaun pelajar yang terdapat pada senarai nama yang disertakan.
Pihak sekolah boleh menghubungi pegawai berkaitan di Unit HEM JPNPP sekiranya terdapat masalah.
Pemantauan Pengurusuan BKP dan BKPU akan diadakan di sekolah terpilih bagi memastikan semua prosedur penguruan BKP dan BKPU dilaksanakan dengan teratur dan mematuhi semua peraturan kewangan yang sedang berkuat kuasa.
Semasa pemantauan dijalankan, setiap proses dalam pengurusan biasiswa akan disemak dan perlaporan akan dibuat agar pihak sekolah dapat mengambil tindakan pembetulan dan penambahbaikan. Perkara-perkara yang akan dipantau termasuklah:
a. Penyemakan fail-fail pengurusan BKP/BKPU
b. Semakan terhadap borang permohonan biasiswa dan dokumen yang berkaitan
Pihak sekolah boleh memuatturun instrumen pemantauan (Lampiran T) yang berkaitan.
