Jabatan Pelajaran Negeri telah menerima cek bagi pembayaran Biasiswa Kecil Negeri (BKN) bagi tahun 2013. Sehubungan dengan itu pihak sekolah diminta untuk mengambil cek berkaitan di Unit Hal Ehwal Murid, Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang dengan kadar segera. Cek tersebut boleh diambil mulai 14 Mei 2013 sehingga 23 Mei 2013.
Adalah dimaklumkan bahawa pada tahun ini Kementerian Pelajaran Malaysia akan menggunakan Aplikasi Pengurusan Bantuan(APB) bagi permohonan Biasiswa Kecil Persekutuan(BKP) dan Biasiswa Kelas Persediaan Universiti (BKPU) bagi tahun ini bermula pada 13 – 19 Mei 2013.
Oleh yang demikian, satu taklimat berkaitan akan diadakan mengenai penggunaan Aplikasi Pengurusan Bantuan(APB). Guru biasiswa dijemput untuk menghadiri taklimat yang akan diadakan :
PPD Barat Daya dan Timur Laut
Tarikh : 17hb. April 2013 (Rabu)
Masa : 8.30 – 4.30 petang
Tempat : PPD Barat Daya
PPD Utara, Tengah dan Selatan
Tarikh : 18hb. April 2013 (Khamis)
Masa : 8.30 – 4.30 petang
Tempat : PPD Utara
Guru biasiswa diminta untuk membawa komputer riba, wayar sambungan dan broadband (jika ada) untuk mengurangkan kesesakan penggunaan.
Pada tahun ini KPM akan menggunakan Aplikasi Pengurusan Bantuan bagi permohonan online tahun 2013 dan pengurusan data tertanggung. Sebelum pihak sekolah menggunakannya, pengguna(guru biasiswa) perlu mendaftar sebagai guru biasiswa di dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) (sila rujuk dengan penyelaras APDM peringkat sekolah) sebelum boleh menggunakannya. Permohonan online akan dibuka pada 13 - 19 Mei 2013 bagi negeri Pulau Pinang di sesawang : http://biasiswa.sekolahmalaysia.com/
http://apb.moe.gov.my
Untuk maklumat lanjut sila hubungi En. Amat Sazali, Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang.
Pihak sekolah diminta untuk memuatturun takwim BKP/BKPU/BS bagi tahun 2013. Pihak sekolah dikehendaki memastikan mematuhi tarikh yang dinyatakan supaya tidak berlaku kesukaran dalam pengurusan biasiswa di peringkat sekolah.
Muatturun Takwim
:: PEMBAYARAN BIASISWA KECIL PERSEKUTUAN (BKP) DAN BIASISWA KELAS PERSEDIAAN UNIVERSITI (BKPU) TERTANGGUNG 2013
Posted by Hal Ehwal Murid at 22:08Pembayaran Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP) dan Biasiswa Kelas
Persediaan Universiti (BKPU) bagi negeri Pulau Pinang telah dikreditkan
ke akaun pelajar oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) melalui Bank
Simpanan Nasional (BSN) pada 13 Mac 2013.
Pihak sekolah
diminta untuk mengemaskini / menyemak akaun pelajar dan seterusnya
membuat tuntutan jika berlaku keciciran kepada Unit Hal Ehwal Murid
dengan kadar segera. Sila hantar tuntutan keciciran pada atau sebelum 30 April 2013
Seperti tahun-tahun lalu, Yayasan Telekom Malaysia ( Yayasan TM) sekali
lagi membuka permohonan biasiswa kecil kepada pelajar-pelajar Tingkatan 1
dan Tingkatan 4 pada tahun 2013 yan memenuhi syarat dan kelayakan yang
ditetapkan. Permohonan boleh dibuat secara "online: di laman web http://tm.com.my/ytm Tarikh tutup permohonan tersebut adalah 28 Februari 2012.
Adalah dimaklumkan bahawa seperti biasa, pihak sekolah dikehendaki mengemas kini maklumat murid penerima biasiswa (BKP, BKPU dan BKN) di dalam Sistem Pengurusan Biasiswa untuk pembayaran bagi tahun 2013. Data yang telah dikemas kini perlu dieksport dan dimuat naik / upload pada atau sebelum 12 Februari 2013 (Selasa).
Data boleh dihantar sama ada menggunakan versi 3 atau versi 4. Di samping itu, pihak sekolah seharusnya telah mengedarkan borang permohonan biasiswa berserta syarat-syarat kelayakan kepada pelajar yang ingin memohon biasiswa bagi tahun 2013. Sila kutip semula borang permohonan tersebut selewat-lewatnya pada 11 Mac 2013. Borang tersebut perlu melalui proses tapisan dan saringan. Senarai pendek permohonan hendaklah dikemukakan secara online yang akan dibuka pada 29 April – 5 Mei 2013 nanti

