Terdapat sedikit masalah teknikal terhadap sesetengah penerima biasiswa (BKP) yang terdiri daripada murid-murid tingkatan 1 yang ingin membuka akaun BSN. Masalah teknikal ini disebabkan murid-murid tersebut mempunyai no KP yang dimulai dengan "00...." Pihak BSN induk telah memaklumkan akan menyelesaikannya pada minggu hadapan awal bulan September. Oleh yang demikian, guru-guru boleh menyuruh murid-murid yang menghadapi masalah membukanya semula pada minggu hadapan. Guru-guru boleh mengemaskini maklumat akaun pada atau sebelum 12 September 2013.
Sukacita dimaklumkan bahawa KPM telah meluluskan permohonan seramai
3,659 orang murid bagi Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP) yang melibatkan
peruntukan sebanyak RM 3.1 juta bagi negeri Pulau Pinang. Oleh yang
demikian, pihak sekolah diminta untuk mencetak surat tawaran BKP bagi
pemohon-pemohon yang berjaya.
Surat tawaran tersebut boleh dicetak terus dari laman sesawang: http://apb.moe.gov.
Tatacara proses tawaran juga boleh dimuat turun dari laman sesawang
tersebut melalui ikon Demo Manual di sebelah kiri. Pelajar-pelajar yang
berjaya dikehendaki membuka akaun BSN dengan kadar segera. Pihak
sekolah dikehendaki untuk mengemas kini no akaun di dalam sistem bagi
pelajar-pelajar yang tidak dibekalkan dengan no akaun secara
berkelompok.
Permohonan Biasiswa Kelas Persediaan Universiti (BKPU) telah dibuka pada 8 hingga 14 Julai 2013. Walau bagaimanapun disebabkan terdapat beberapa masalah teknikal yang dihadapi oleh pihak sekolah, KPM telah bersetuju untuk melanjutkan tempoh permohonan sehingga 16 Julai 2013. Diharap dengan pelanjutan tempoh ini akan membolehkan pihak sekolah menyiapkan proses permohonan dengan sempurna.
Menu carian murid telah selesai diwujudkan bagi memudahkan pihak sekolah mengenal pasti mengapa senarai murid yang layak memohon BKP dan BKPU tidak muncul di Aplikasi Pengurusan Bantuan (APB).
Pihak BPM telah mewujudkan sub menu baru (Carian Murid) di bawah menu :
Permohonan Baru (login oleh Sekolah)
Menu ini boleh digunakan oleh sekolah sekiranya ingin menyemak maklumat yang belum lengkap di isi dalam APDM dan menyebabkan murid tidak dipaparkan dalam senarai APB.
Tanggungan salah seorang pada ibu/bapa tidak diisi. Ini menyebabkan maklumat tidak dapat dipaparkan di dalam APB. Data murid tidak dipaparkan dalam APB dan kriteria asas permohonan biasiswa seperti dinyatakan dalam page di bawah
Adalah dimaklumkan bahawa permohonan Biasiswa Kelas Persediaan Universiti (BKPU) akan dibuka pada 8 hingga 14 Julai 2013.
Data
permohonan BKPU adalah berdasarkan kepada data Aplikasi Pangkalan Data
Murid (APDM). Oleh yang demikian pihak sekolah dikehendaki untuk
menyemak semula pelajar-pelajar yang layak memohon di dalam APDM.
Proses permohonan biasiswa atas talian BKP/BKPU boleh dilakukan pada laman sesawang:
http://apb.moe.gov.my
Semasa
proses permohonan atas talian, pihak sekolah hanya perlu mengemas kini
data calon layak serta yang memohon sahaja (Maklumat akademik &
kokurikulum). Kegagalan pihak sekolah mengemas kini data akan
menyebabkan keciciran permohonan pelajar
Seperti tahun-tahun lepas, RMHC Malaysia atau Persatuan Kebajikan
Ronald McDonald Malaysia sekali lagi ingin meneruskan pemberian biasiswa
kepada pelajar-pelajar yang layak.
Kriteria kelayakan adalah seperti berikut:
1. Tingkatan 1 sekolah harian pada tahun 2013
2. Pendapatan tidak melebihi RM1500
3. Keputusan cemerlang UPSR - sekurang-kurangnya 4A
4. Aktif ko kurikulum & sukan
5. Rekod disiplin yang baik.
Pihak sekolah di negeri Pulau Pinang yang ingin mencalonkan murid yang layak (2orang murid setiap sekolah) bolehlah memuatturun
fail berkaitan. Borang permohonan tersebut hendaklah dihantar kepada
Penolong Pengarah
Tajaan dan Biasiswa, Unit Hal Ehwal Murid, Jabatan Pelajaran Pulau
Pinang selewat-lewatnya pada atau sebelum 12 Jun 2013 jam 12.00
tengahari. Borang-borang yang lewat diterima tidak akan dilayan.
Muatturun Borang
Jabatan Pelajaran Negeri telah menerima cek bagi pembayaran Biasiswa Kecil Negeri (BKN) bagi tahun 2013. Sehubungan dengan itu pihak sekolah diminta untuk mengambil cek berkaitan di Unit Hal Ehwal Murid, Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang dengan kadar segera. Cek tersebut boleh diambil mulai 14 Mei 2013 sehingga 23 Mei 2013.


