Kementerian Pendidikan Malaysia telah meluluskan
permohonan Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP) dan Biasiswa Kelas Persediaan
Universiti (BKPU) tahun 2013 bagi murid-murid yang layak serta mencapai tahap
minimum yang ditetapkan.
Berikut adalah
beberapa perkara yang perlu dilakukan oleh pihak sekolah untuk memproses
penerimaan BKP/BKPU Tahun 2013 :
- Menyemak
senarai berkenaan di dalam menu Senarai Berjaya.
- Sekolah
mencetak Surat Tawaran dan diserahkan kepada murid.
- Murid
membuka akaun di BSN dan menyerahkan nombor akaun kepada sekolah. (Semua
murid BKPU perlu buka akaun secara tidak berkelompok) iaitu buka akaun
secara manual di semua Cawangan BSN atau menggunakan akaun sedia ada.
- Guru
Biasiswa key-in nombor akaun murid
(akaun tidak berkelompok) & menandai ruangan setuju terima/tolak di dalam
sistem ke dalam sistem selewat-lewatnya:
BKP2
dan BKP3 : 15 September 2013
BKPUA
dan BKPUS : 22 September 2013
Kegagalan menandai pada ruangan tersebut akan menyebabkan murid dikira
sebagai menolak tawaran yang diberikan