:: KUTIPAN DATA BIASISWA KECIL NEGERI ( BKN) BAGI TAHUN 2014

Adalah dimaklumkan bahawa pada tahun ini, pihak Jabatan Pendidikan akan mengutip data Biasiswa Kecil Negeri (BKN) dengan menggunakan borang senarai penerima  yang boleh dimuat turun.  Borang tersebut hendaklah dihantar melalui laman blog ini pada atau sebelum 3 Mac 2014 (Isnin).

Sila pastikan semua murid penerima bantuan biasiswa BKN dimasukkan bagi mengelak keciciran bayaran oleh Setiuasaha Kerajaan Negeri (SUK).

>>  Muat turun Borang

:: TAKWIM PENGURUSAN BIASISWA 2014

Sila muat turun Takwim Pengurusan Biasiswa Tahun 2014

:: TAKLIMAT PENGEMASKINIAN DATA MURID TERTANGGUNG BKP DAN BKPU MELALUI APB

Adalah dimaklumkan bahawa pada tahun ini Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan menggunakan Aplikasi Pengurusan Bantuan(APB) bagi pengurusan murid tertanggung Biasiswa Kecil Persekutuan(BKP) dan Biasiswa Kelas Persediaan Universiti (BKPU).

Sehubungan dengan itu, satu taklimat berkaitan akan diadakan mengenai penggunaan aplikasi serta pengemaskinian data murid tertanggung.  Pihak sekolah dipohon untuk membenarkan seorang guru biasiswa sekolah bagi menghadiri taklimat tersebut.  Butiran taklimat adalah seperti berikut:

a.  PPD Barat Daya dan Timur Laut
    Tarikh :  28hb. Januari 2014 (Selasa)
    Masa  :  8.30 – 4.00 petang
    Tempat :  Bilik Mesyuarat, PPD Barat Daya, Balik Pulau, Pulau Pinang

b.  PPD Utara, Tengah dan Selatan
    Tarikh :  29hb. Januari 2013 (Rabu)
    Masa  :  8.30 – 4.00 petang
    Tempat :  Bilik Mesyuarat, PPD Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang.

Guru biasiswa terlibat diminta untuk membawa komputer riba, wayar sambungan dan broadband (jika ada) untuk menghadiri taklimat tersebut. Di samping itu juga, mereka perlu juga membawa senarai nama murid tercicir berserta bukti keciciran.

:: SKIM BIASISWA BANK NEGARA MALAYSIA 2014

Adalah dimaklumkan bahawa Bank Negara Malaysia (BNM) ingin menawarkan Skim Biasiswa Bank Negara Malaysia bagi pelajar-pelajar yang mencapai keputusan cemerlang dalam PMR 2013.

Skim biasiswa ini bertujuan untuk mengenal pasti pelajar-pelajar yang berpotensi tinggi bagi menyertai Program Biasiswa Bank.  Skim ini juga akan ditawarkan kepada 20 orang pelajar-pelajar di kawasan luar bandar di setiap negeri yang terdiri daripada keluarga yang berpendapatan rendah sebanyak RM2,000.00 sebulan.

Kriteria pencalonan pelajar-pelajar adalah seperti berikut.
a. Warganegara Malaysia
b. Pencapaian keputusan cemerlang semua A dalam PMR 2013
c. Penglibatan aktif dalam aktiviti ko-kurikulum dan sukan di peringkat negara, negeri, daerah dan sekolah,
d. Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM2,000.00 sebulan, dan
e. Belum menerima tajaan daripada mana-mana pihak.

Pihak tuan juga boleh memuat turun borang permohonan tersebut untuk diisi oleh ibu bapa/penjaga.  Setiap sekolah hanya boleh mencalonkan tidak lebih daripada 2 orang pelajar. Sila kembalikan borang tersebut dengan kadar segera kepada Unit Hal Ehwal Murid, Jabatan Pelajaran Pulau Pinang (u.p. Amat Sazali bin Abu Hassan, Penolong Pengarah Tajaan (Biasiswa)) pada atau sebelum 9hb. Januari 2014.

Jabatan pendidikan akan membuat senarai pendek untuk pencalonan Skim Biasiswa Bank Negara Malaysia 2014 kepada Bank Negara Malaysia.

:: PEMBAYARAN BKP TAWARAN BARU 2013 (AKAUN BERKELOMPOK)

Pembayaran Tawaran Baru BKP Tahun 2013 bagi akaun berkelompok telah selesai dikreditkan oleh KPM ke akaun murid pada 8 Nov 2013. Pembayaran tersebut hanya melibatkan penerima BKP Tawaran Baru (akaun berkelompok) sahaja.  Pembayaran kepada penerima BKP Tawaran Baru (Bukan Akaun Kelompok) dan BKPU akan dikreditkan sedikit masa lagi.

:: PENGEMASKINIAN SETUJU TERIMA DAN "KEY-IN" NOMBOR AKAUN BSN

Kementerian Pendidikan Malaysia telah meluluskan permohonan Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP) dan Biasiswa Kelas Persediaan Universiti (BKPU) tahun 2013 bagi murid-murid yang layak serta mencapai tahap minimum yang ditetapkan. 
Berikut adalah beberapa perkara yang perlu dilakukan oleh pihak sekolah untuk memproses penerimaan BKP/BKPU Tahun 2013 :
  • Menyemak senarai berkenaan di dalam menu Senarai Berjaya. 
  •  Sekolah mencetak Surat Tawaran dan diserahkan kepada murid. 
  •  Murid membuka akaun di BSN dan menyerahkan nombor akaun kepada sekolah. (Semua murid BKPU perlu buka akaun secara tidak berkelompok) iaitu buka akaun secara manual di semua Cawangan BSN atau menggunakan akaun sedia ada.
  • Guru Biasiswa key-in nombor akaun murid (akaun tidak berkelompok) & menandai ruangan setuju terima/tolak di dalam sistem ke dalam sistem selewat-lewatnya:
                        BKP2 dan BKP3             :               15 September 2013
                        BKPUA dan BKPUS        :               22 September 2013

Kegagalan menandai pada ruangan tersebut akan menyebabkan murid dikira sebagai menolak tawaran yang diberikan

:: PROGRAM BIASISWA PENDIDIKAN 1MALAYSIA

Program Biasiswa Pendidikan 1Malaysia dilaksanakan dengan kebenaran KPM pada 21 Mei 2013 (Ruj:KP(BPSH-SPDK)201/002/Jld.196(71).  Program ini adalah anjuran bersama Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) bagi membantu pelajar-pelajar Melayu yang miskin.  Objektif PBP1M adalah membuka peluang melanjutkan pelajaran dalam aliran sains kepada pelajar-pelajar miskin yang mempunyai potensi akademik yang baik serta membantu pelajar yang miskin dan gagal mendapat pembiayaan pembelajaran yang mencukupi daripada mana-mana agensi kerajaan.

Syarat-syarat kelayakan minimum adalah:

a.    Pendapatan Ibu bapa tidak melebihi RM1500
b.    Mendapat kepujian dalam:
   • Bahasa Melayu
   • Matematik Moden
   • Sains atau Fizik atau Kimia atau Biologi
   • 2 subjek lain dan;
   • Lulus Bahasa Inggeris

Oleh yang demikian, pihak sekolah diminta untuk mengenal pasti 2 orang murid Melayu (seorang lelaki dan seorang perempuan) lepasan SPM 2012 yang gagal menerima sebarang tawaran IPT serta berminat untuk memohon biasiswa tersebut.
Borang permohonan yang telah dilengkapkan boleh dihantar melalui Unit Hal Ehwal Murid, Jabatan Pendidikan Pulau Pinang pada atau sebelum 9 September 2013.

Sebarang pertanyaan mengenai program boleh dikemukakan kepada:

    Pihak Sekretariat
    Program Biasiswa Pendidikan 1 Malaysia (PBP1M)
    Tel :019-9152334 dan 012-9281085
    Fax: 04-9771948

Berikut adalah dokumen berkaitan:
>>  Borang Permohonan
>>  Jadual Pelaksanaan
>>  Slaid Program