Taklimat mengenai pengurusan biasiswa serta pengemaskinian data aplikasi APB akan diadakan seperti berikut:
a. Sekolah-sekolah di PPD Barat Daya dan Timur Laut
Tarikh : 10hb. Februari 2015 (Selasa)
Masa : 8.30 – 4.00 petang
Tempat : Dewan SMK Sg Ara, Jalan Dato’ Hj Ismail Hashim,
11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang
b. Sekolah-sekolah di PPD Utara, Tengah dan Selatan
Tarikh : 11hb. Februari 2015 (Rabu)
Masa : 8.30 – 4.00 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat, PPD Seberang Perai Utara, Pulau Pinang.
Proses pengemaskinian data APB akan dibuat secara atas talian. Oleh yang demikian, guru biasiswa terlibat diminta untuk membawa komputer riba, wayar sambungan dan broadband (jika ada) untuk menghadiri taklimat tersebut.
:: TAKLIMAT PENGURUSAN BIASISWA SERTA PENGEMASKINIAN DATA APLIKASI PENGURUSAN BANTUAN (APB)
Posted by Hal Ehwal Murid at 11:18Adalah dimaklumkan bahawa seperti biasa pihak sekolah diminta untuk menghantar data Biasiswa Kecil Negeri (BKN) dengan menggunakan borang senarai penerima bagi tujuan pembayaran tahun 2015. Borang yang telah lengkap (softcopy) hendaklah dihantar melalui : http://uploadbiahemjpnpp.blogspot.com/ pada atau sebelum 6 Februari 2015 (Jumaat).
Sila pastikan semua murid penerima bantuan biasiswa BKN termasuk tawaran baru 2014 dimasukkan bagi mengelak keciciran bayaran oleh Setiuasaha Kerajaan Negeri (SUK).
Muat turun Borang
:: PROGRAM BIASISWA PENDIDIKAN 1MALAYSIA (PBP1M) UNTUK PELAJAR-PELAJAR MISKIN
Posted by Hal Ehwal Murid at 15:53Program Biasiswa Pendidikan 1Malaysia telah dilanjutkan dengan kebenaran KPM sehingga 31 Disember 2014 Program ini adalah anjuran bersama Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) bagi membantu pelajar-pelajar Melayu yang miskin.
Objektif PBP1M adalah membuka peluang melanjutkan pelajaran dalam aliran sains kepada pelajar-pelajar miskin yang mempunyai potensi akademik yang baik serta membantu pelajar yang miskin dan gagal mendapat pembiayaan pembelajaran yang mencukupi daripada mana-mana agensi kerajaan.
Syarat-syarat kelayakan minimum adalah:
a. Pendapatan Ibu bapa tidak melebihi RM3000
b. Mendapat kepujian dalam:
• Bahasa Melayu
• Matematik Moden
• Sains atau Fizik atau Kimia atau Biologi
• 2 subjek lain dan;
• Lulus Bahasa Inggeris
Pihak sekolah diminta untuk memaklumkan maklumat berikut kepada pelajar atau bekas pelajar lepasan SPM sekolah tuan yang berminat. Sehubungan dengan itu, bersama-sama ini disertakan Maklumat Pendaftaran PBP1M 2014 (Lampiran B).
Borang pendaftaran PBP1M perlu dihantar kembali kepada alamat di bawah sebelum 12 September 2014:
Program Biasiswa Pendidikan 1Malaysia (PBP1M)
Putra Shop Lot 4, Putra Palace Hotel,
135, Persiaran Jubli Emas,
01000 Kangar, Perlis
Sebarang maklumat lanjut, sila hubungi pihak sekretariat PBP1M di talian 0199152334/012-9281085/0107051000 atau email ke pbp1m_sekretariat@yahoo.com.
Semoga hasrat kita membuka peluang pendidikan kepada pelajar-pelajar miskin seluruh Negara akan tercapai dengan jayanya.
Adalah dimaklumkan bahawa senarai nama murid yang ditawarkan Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP) bagi tahun 2014 sudah boleh disemak di dalam Aplikasi Pengurusan Bantuan (APB) melalui laman sesawang http://apb.moe.gov.my mulai 17 Julai sehingga 17 Ogos 2014.
Semua sekolah yang terlibat diminta untuk:
- mencetak surat tawaran murid,
- mengunci masuk nombor akaun BSN (murid tidak berkelompok) dan
- mengemaskini maklumat setuju terima/tolak tawaran biasiswa melalui laman sesawang dan dalam tempoh masa seperti dinyatakan di para di atas.
Sukacita dimaklumkan bahawa Pengurusan RISDA telah meluluskan Skim Biasiswa untuk Anak-anak Pekebun Kecil.
Ianya adalah satu pemberian bantuan kewangan sebanyak RM500 secara 'oneoff' kepada anak-anak pekebun kecil.
Syarat-syarat dan kelayakan adalah seperti berikut:
i. Warganegara Malaysia
ii. Terbuka kepada semua anak pekebun kecil di Tingkatan 4 pada tahun 2013 di Sekolah Bantuan Penuh Kerajaan
iii. Permohon mestilah memperolehi markah sekurang-kurang 60 peratus / atau gred C bagi empat matapelajaran teras semasa peperiksaan akhir tahun Tingkatan 4.
iv. Keutamaan kepada yang aktif dalam kegiatan ko-kurikulum dan sukan.
v. Mempunyai pendapatan kasar sekeluarta tidak melebihi RM2000.00 sebulan.
vi. Tidak pernah menerima sebarang biasiswa, bantuan atau tajaan daripada mana-mana pihak.
Borang Permohonan boleh diperolehi secara online dengan melayari laman web rasmi RISDA di www.risda.gov.my
Tarikh tutup permohonan adalah pada 24 Julai 2014
Biasiswa Kelas Persediaan Universiti (BKPU) akan dibuka pada 30 Jun
hingga 6 Julai 2014. Manakala semakan nama murid yang layak memohon
biasiswa di dalam APB boleh dilakukan pada 23 Jun hingga 29 Jun 2014.
Data
permohonan BKPU adalah berdasarkan kepada data Aplikasi Pangkalan Data
Murid (APDM). Proses permohonan biasiswa atas talian BKPU boleh
dilakukan pada laman sesawang: http://apb.moe.gov.my Semasa proses
permohonan atas talian, pihak sekolah hanya perlu mengemas kini data
calon layak serta yang memohon sahaja (Maklumat akademik &
kokurikulum). Kaedah pengisian markah peperiksaan seperti berikut:
ENAM RENDAH - Peperiksaan SPM 2013
ENAM ATAS - CGPA
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah selesai membuat pemilihan
tawaran baru Biasiswa Kecil Persekuauan (BKP) bagi tahun 2014. Walau
bagaimanapun senarai tersebut akan diperolehi sebaik sahaja proses
penjanaan nombor akaun kelompok selesai dijana oleh pihak Bank Simpanan
Nasional (BSN). Pihak sekolah boleh mencetak surat tawaran mulai 30 Jun
- 13 Julai 2014 serta membuka akaun simpanan BSN.
Hanya murid-murid yang mencapai merit sebanyak 65% ke atas sahaja layak dipilih di samping merit akademik melebihi 35%.
TARIKH
|
AKTIVITI
|
30 Jun - 13 Jul
|
Menanda setuju terima biasiswa
|
Mencetak surat tawaran biasiswa
|
|
Murid BERJAYA dijana akaun kelompok mengambil buku
akaun BSN di cawangan berdekatan (Akaun Kelompok)
|
|
Murid TIDAK BERJAYA dijana akaun kelompok membuka
akaun BSN di cawangan berdekatan (Akaun TIDAK Kelompok)
|
|
Murid TIDAK BERJAYA dijana akaun kelompok
menyerahkan nombor akaun BSN kepada Guru Biasiswa
|
|
14 Jul - 20 Jul
|
Mengunci masuk nombor akaun bagi murid tidak
berkelompok
|

