Kursus Pengurusan Biasiswa kepada Guru Biasiswa 2008 telah diadakan di Hotel Langkasuka, Pulau Langkawi pada 05 - 07 Mei 2008.
Kursus tersebut dihadiri oleh 119 guru biasiswa di seluruh negeri Pulau Pinang. Objektif utama kursus tersebut adalah untuk mempertingkatkan kemahiran pengurusan biasiswa di peringkat sekolah. Di samping itu juga peserta-peserta diperkemaskan dengan kemahiran IT di dalam pengurusan biasiswa.
Pihak sekolah yang telah memuat turun aplikasi Sistem Pengurusan Biasiswa v3.1 sebelum pada 18 Mac 08 jam 5.30pm, sila muat turun semula aplikasi tersebut kerana terdapat sedikit ralat semasa proses import data. Ini adalah disebabkan oleh ralat permarkahan. Import semula data.
Harap maaf kesulitan amat dikesali.
Pihak sekolah telah boleh untuk mengemaskini permohonan Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP) bermula 17 - 29 Mac 2008. Sila lawat laman http://apps.emoe.gov.my/biasiswa/bkp/ untuk pengemaskinian.
Kementerian Pelajaran Malaysia menggunakan data SMM kutipan Januari 2008 yang lalu. Hanya pelajar-pelajar yang layak sahaja iaitu pendapatan ibubapa RM1000 dan ke bawah sahaja boleh memohon. Maklumat-maklumat ini diperolehi dari pihak sekolah sendiri (Data SMM)yang dihantar kepada pihak PPD/JPN. Pihak sekolah dikehendaki menyemak semula data SMM jika terdapat pelajar yang layak tetapi tiada dalam senarai layak. Pihak Jabatan Pelajaran Pulau Pinang tidak dapat berbuat apa-apa jika ada pelajar yang tercicir.
Pihak sekolah perlu mengemaskini semula maklumat pengguna peringkat sekolah kerana semua maklumat yang dibuat terdahulu telah dihapuskan. Jika terdapat sebarang masalah berkenaan aplikasi online, sila muatturun panduan pengguna atau hubungi pihak KPM seperti nombor yang diberikan di laman tersebut.
Aplikasi Sistem Pengurusan Biasiswa (SPB) versi 3.1 adalah aplikasi yang terbaru yang telah diubahsuai mengikut pembahagian markah terbaru - Manual Prosedur Kerja. Sila muat turun aplikasi berkenaan di bahagian Muat Turun Fail. Sebelum menginstall, sila pastikan membuat backup / eksport data terlebih dahulu.

Manual Prosedur Kerja ini telah dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Pihak sekolah telah diperuntukan 2 buah buku setiap sekolah. Buku tersebut boleh diambil mulai 18 Februari 2008 di Unit HEM, JPNPP . Terdapat beberapa perubahan terutama semasa membuat pemilihan pelajar.
Pemarkahan:
Prestasi akademik - 55%
Latarbelakang Keluarga & Kewangan - 40%
Kokurikulum - 05%
Sila download fail di bahagian muat turun fail dengan klik kanan dan "save as".
Jabatan Pelajaran telah membuat pembayaran kepada semua pelajar tertanggung BKP / BKPU bagi tahun 2008. Pembayaran telah dibuat pada 11 Januari 2008. Pihak sekolah boleh membuat semakan kepada semua pelajar yang terlibat. Jika terdapat pelajar yang tidak menerima bayaran sila maklumkan kepada Unit HEM.
