Jabatan Pelajaran Pulau Pinang telah pun membuat pembayaran kepada semua murid penerima Biasiswa Tawaran Baru 2008. Pihak sekolah dikehendaki mengemaskini buku akaun pelajar bagi memastikan tiada murid yang tercicir pembayaran bagi tahun ini.
Jika terdapat murid yang tidak menerima bayaran tersebut, sila buat tuntutan tercicir beserta dengan salinan buku akaun murid yang telah dikemaskini (selepas tarikh 18 Okt 2008).
Pada tahun 2008, Kementerian Pelajaran Malaysia telah meluluskan permohonan lebih 4000 pelajar seluruh sekolah Negeri Pulau Pinang untuk menerima BKP / BKPU yang melibatkan peruntukan kewangan lebih RM 3.5 juta. Permohonan pada tahun ini dibuat secara atas talian/online.
Guru-guru hendaklah menyegerakan pembukaan akaun murid dengan kadar segera bagi mempercepatkan proses pembayaran biasiswa kepada pelajar. Setelah selesai guru dikehendaki mengemaskini serta mengeksport data. Disket hendaklah dihantar kepada unit HEM JPNPP pada atau sebelum 28 Ogos 2008. Guru-guru dinasihatkan supaya tidak lewat menghantar data supaya proses pembayaran berjalan lancar.
Pada tahun ini juga KPM telah melancarkan penggunaan kad ATM kepada murid-murid yang menerima biasiswa. Kad tersebut disimpan oleh murid-murid. Bagi memantau pengeluaran wang, Jabatan Pelajaran telah membekalkan Kad Rekod Biasiswa kepada sekolah. Kad tersebut hendaklah disimpan oleh guru. Kad tersebut adalah bertujuan bagi merekod pengeluaran wang melalui Kad ATM. Bagi sekolah yang masih belum memperolehi kad tersebut bolehlah berhubung dengan Pegawai Biasiswa, Amat Sazali b. Abu Hassan di Unit HEM. Kad tersebut hanya dibekalkan kepada murid tertanggung 2008 (BKP sahaja)
Satu Mesyuarat Pengurusan Biasiswa, akan diadakan pada:
Tarikh : 14hb. Ogos 2008 (Khamis)
Tempat : Dewan SMK Guar Perahu, Kubang Semang, PP
Masa : 2.00 petang.
Semua guru biasiswa SMK/SMT/SMS/SMT seluruh negeri Pulau Pinang dikehendaki hadir. Mesyuarat tersebut akan membincangkan aktiviti-aktiviti, Penyerahan Senarai Penerima Baru 2008 dll.
Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengarahkan semua Jabatan Pelajaran Negeri supaya menghantar data pelajar-pelajar tingkatan 6 rendah untuk Permohonan Biasiswa secara online. Semua sekolah yang mempunyai pelajar-pelajar Tingkatan 6 Rendah dikehendaki mengemaskini data Sistem Maklumat Murid (SMM) dengan kadar segera. Pihak sekolah yang terlibat hendaklah mengeksport pelajar Tingkatan 6 sahaja dan dihantar ke Unit HEM, Jabatan Pelajaran Pulau Pinang pada atau sebelum 11 Jun 2008 untuk perhatian Penyelia Biasiswa En. Amat Sazali bin Abu Hassan
Pihak sekolah juga perlu memaklumkan kepada pelajar-pelajar tersebut mengenai permohonan Biasiswa Kelas Persediaan Universiti dan mengagihkan borang permohonan kepada pelajar yang layak.
Sekiranya pihak sekolah gagal menghantar data pada tarikh yang diberikan, dikhuatiri akan menyebabkan pelajar-pelajar sekolah berkenaan tercicir untuk proses pemilihan.
Bank Simpanan Nasional (BSN) di dalam proses penyerahan kad ATM kepada pihak sekolah melalui Guru Biasiswa sekolah. Pihak sekolah diingatkan tidak menerima kad ATM sekiranya pihak bank melanggar perjanjian dengan KPM iaitu had pengeluaran pelajar adalah RM150 untuk 2 bulan bukan 1 bulan seperti yang ditawarkan kepada beberapa sekolah. Guru Biasiswa diminta untuk menghubungi pihak jabatan sekiranya perkara ini berlaku.
Kursus Pengurusan Biasiswa kepada Guru Biasiswa 2008 telah diadakan di Hotel Langkasuka, Pulau Langkawi pada 05 - 07 Mei 2008.
Kursus tersebut dihadiri oleh 119 guru biasiswa di seluruh negeri Pulau Pinang. Objektif utama kursus tersebut adalah untuk mempertingkatkan kemahiran pengurusan biasiswa di peringkat sekolah. Di samping itu juga peserta-peserta diperkemaskan dengan kemahiran IT di dalam pengurusan biasiswa.
