:: SKIM BIASISWA SUKAN (SBS) 2009

Dimaklumkan bahawa Permohonan Skim Biasiswa Sukan (SBS) Tawaran baru 2009 kini telah dibuka.
Sila 'download' borang dan panduan permohonan biasiswa tersebut untuk diedarkan ke semua pelajar yang layak.

Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar ke Unit Sukan, Jabatan Pelajaran Negeri pada atau sebelum 30 Mac 2009.

> Borang Permohonan
> Panduan Permohonan

:: KUTIPAN DATA & PEMBAYARAN PELAJAR TERTANGGUNG 2009

Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengeluarkan waran bagi pembayaran Pemegang Tertanggung BKP/BKPU tahun ini seawal Januari 2009. Oleh yang demikian pihak sekolah diminta mengemaskini data Pemegang Tertanggung 2009 melalui Sistem Pengurusan Biasiswa dengan kadar segera bagi mempercepatkan pembayaran kepada pelajar.

Data yang telah dikemaskini hendaklah dieksport ke disket dan dihantar ke Unit Hal Ehwal Murid pada atau sebelum 3 Februari 2009. Sila pastikan tiada pelajar yang tercicir daripada pembayaran. Data tersebut boleh juga dimuatnaik melalui laman blog ini.

:: BIASISWA KECIL NEGERI (BKN)

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah pun mengeluarkan baucar bayaran kepada sekolah-sekolah yang murid-muridnya layak untuk menerima Biasiswa Kecil Negeri Pulau Pinang bagi Tawaran Baru 2008. Sekolah-sekolah dijangka akan menerima baucar tersebut pada 6 November 2008. Pihak sekolah boleh mengambilnya di pusat ekspen masing-masing mengikut daerah.
Pihak sekolah diminta untuk menpercepatkan bayaran tersebut kepada murid-murid secepat mungkin sebelum sekolah cuti. Kadar pembayaran biasiswa masih lagi kekal pada kadar yang sama seperti tahun-tahun sebelumnya. Pihak SUK telah bersetuju untuk menaikkan kadar tersebut 100% daripada kadar sedia ada sekarang mulai tahun 2009.

:: PEMBAYARAN PEMEGANG BARU 2008

Jabatan Pelajaran Pulau Pinang telah pun membuat pembayaran kepada semua murid penerima Biasiswa Tawaran Baru 2008. Pihak sekolah dikehendaki mengemaskini buku akaun pelajar bagi memastikan tiada murid yang tercicir pembayaran bagi tahun ini.
Jika terdapat murid yang tidak menerima bayaran tersebut, sila buat tuntutan tercicir beserta dengan salinan buku akaun murid yang telah dikemaskini (selepas tarikh 18 Okt 2008).

:: PENERIMA BKP / BKPU 2008

Pada tahun 2008, Kementerian Pelajaran Malaysia telah meluluskan permohonan lebih 4000 pelajar seluruh sekolah Negeri Pulau Pinang untuk menerima BKP / BKPU yang melibatkan peruntukan kewangan lebih RM 3.5 juta. Permohonan pada tahun ini dibuat secara atas talian/online.

Guru-guru hendaklah menyegerakan pembukaan akaun murid dengan kadar segera bagi mempercepatkan proses pembayaran biasiswa kepada pelajar. Setelah selesai guru dikehendaki mengemaskini serta mengeksport data. Disket hendaklah dihantar kepada unit HEM JPNPP pada atau sebelum 28 Ogos 2008. Guru-guru dinasihatkan supaya tidak lewat menghantar data supaya proses pembayaran berjalan lancar.

Pada tahun ini juga KPM telah melancarkan penggunaan kad ATM kepada murid-murid yang menerima biasiswa. Kad tersebut disimpan oleh murid-murid. Bagi memantau pengeluaran wang, Jabatan Pelajaran telah membekalkan Kad Rekod Biasiswa kepada sekolah. Kad tersebut hendaklah disimpan oleh guru. Kad tersebut adalah bertujuan bagi merekod pengeluaran wang melalui Kad ATM. Bagi sekolah yang masih belum memperolehi kad tersebut bolehlah berhubung dengan Pegawai Biasiswa, Amat Sazali b. Abu Hassan di Unit HEM. Kad tersebut hanya dibekalkan kepada murid tertanggung 2008 (BKP sahaja)

:: MAJLIS PENYAMPAIAN BIASISWA


Majlis penyampaian biasiswa (BKP) telah diadakan di SMK Guar Perahu, Kubang Semang, Pulau Pinang pada 22 Ogos 2008 jam 8.00 pagi. 12 sekolah yang terpilih terlibat untuk penyampaian tersebut yang melibatkan lebih kurang 512 orang pelajar.

:: MESYUARAT PENGURUSAN BIASISWA PERINGKAT NEGERI P PINANG

Satu Mesyuarat Pengurusan Biasiswa, akan diadakan pada:
Tarikh : 14hb. Ogos 2008 (Khamis)
Tempat : Dewan SMK Guar Perahu, Kubang Semang, PP
Masa : 2.00 petang.

Semua guru biasiswa SMK/SMT/SMS/SMT seluruh negeri Pulau Pinang dikehendaki hadir. Mesyuarat tersebut akan membincangkan aktiviti-aktiviti, Penyerahan Senarai Penerima Baru 2008 dll.