:: PENGEMASKINIAN SETUJU TERIMA DAN "KEY-IN" NOMBOR AKAUN BSN

Kementerian Pendidikan Malaysia telah meluluskan permohonan Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP) dan Biasiswa Kelas Persediaan Universiti (BKPU) tahun 2013 bagi murid-murid yang layak serta mencapai tahap minimum yang ditetapkan. 
Berikut adalah beberapa perkara yang perlu dilakukan oleh pihak sekolah untuk memproses penerimaan BKP/BKPU Tahun 2013 :
  • Menyemak senarai berkenaan di dalam menu Senarai Berjaya. 
  •  Sekolah mencetak Surat Tawaran dan diserahkan kepada murid. 
  •  Murid membuka akaun di BSN dan menyerahkan nombor akaun kepada sekolah. (Semua murid BKPU perlu buka akaun secara tidak berkelompok) iaitu buka akaun secara manual di semua Cawangan BSN atau menggunakan akaun sedia ada.
  • Guru Biasiswa key-in nombor akaun murid (akaun tidak berkelompok) & menandai ruangan setuju terima/tolak di dalam sistem ke dalam sistem selewat-lewatnya:
                        BKP2 dan BKP3             :               15 September 2013
                        BKPUA dan BKPUS        :               22 September 2013

Kegagalan menandai pada ruangan tersebut akan menyebabkan murid dikira sebagai menolak tawaran yang diberikan

:: PROGRAM BIASISWA PENDIDIKAN 1MALAYSIA

Program Biasiswa Pendidikan 1Malaysia dilaksanakan dengan kebenaran KPM pada 21 Mei 2013 (Ruj:KP(BPSH-SPDK)201/002/Jld.196(71).  Program ini adalah anjuran bersama Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) bagi membantu pelajar-pelajar Melayu yang miskin.  Objektif PBP1M adalah membuka peluang melanjutkan pelajaran dalam aliran sains kepada pelajar-pelajar miskin yang mempunyai potensi akademik yang baik serta membantu pelajar yang miskin dan gagal mendapat pembiayaan pembelajaran yang mencukupi daripada mana-mana agensi kerajaan.

Syarat-syarat kelayakan minimum adalah:

a.    Pendapatan Ibu bapa tidak melebihi RM1500
b.    Mendapat kepujian dalam:
   • Bahasa Melayu
   • Matematik Moden
   • Sains atau Fizik atau Kimia atau Biologi
   • 2 subjek lain dan;
   • Lulus Bahasa Inggeris

Oleh yang demikian, pihak sekolah diminta untuk mengenal pasti 2 orang murid Melayu (seorang lelaki dan seorang perempuan) lepasan SPM 2012 yang gagal menerima sebarang tawaran IPT serta berminat untuk memohon biasiswa tersebut.
Borang permohonan yang telah dilengkapkan boleh dihantar melalui Unit Hal Ehwal Murid, Jabatan Pendidikan Pulau Pinang pada atau sebelum 9 September 2013.

Sebarang pertanyaan mengenai program boleh dikemukakan kepada:

    Pihak Sekretariat
    Program Biasiswa Pendidikan 1 Malaysia (PBP1M)
    Tel :019-9152334 dan 012-9281085
    Fax: 04-9771948

Berikut adalah dokumen berkaitan:
>>  Borang Permohonan
>>  Jadual Pelaksanaan
>>  Slaid Program

:: MASALAH PEMBUKAAN AKAUN BSN

Terdapat sedikit masalah teknikal terhadap sesetengah penerima biasiswa (BKP) yang terdiri daripada murid-murid tingkatan 1 yang ingin membuka akaun BSN.  Masalah teknikal ini disebabkan murid-murid tersebut mempunyai no KP yang dimulai dengan "00...."   Pihak BSN induk telah memaklumkan akan menyelesaikannya pada minggu hadapan awal bulan September.  Oleh yang demikian, guru-guru boleh menyuruh murid-murid yang menghadapi masalah membukanya semula pada minggu hadapan.  Guru-guru boleh mengemaskini maklumat akaun pada atau sebelum 12 September 2013

:: SURAT TAWARAN DAN PEMBUKAAN AKAUN BSN

Sukacita dimaklumkan bahawa KPM telah meluluskan permohonan seramai 3,659 orang murid bagi Biasiswa Kecil  Persekutuan (BKP) yang melibatkan peruntukan sebanyak RM 3.1 juta bagi negeri Pulau Pinang.  Oleh yang demikian, pihak sekolah diminta untuk mencetak surat tawaran BKP bagi pemohon-pemohon yang berjaya. 

Surat tawaran tersebut boleh dicetak terus dari laman sesawang:  http://apb.moe.gov. Tatacara proses tawaran juga boleh dimuat turun dari laman sesawang tersebut melalui ikon Demo Manual di sebelah kiri. Pelajar-pelajar yang berjaya dikehendaki membuka akaun BSN dengan kadar segera.  Pihak sekolah dikehendaki untuk mengemas kini no akaun di dalam sistem bagi pelajar-pelajar yang tidak dibekalkan dengan no akaun secara berkelompok.

:: PELANJUTAN TEMPOH PERMOHONAN BKPU 2013

Permohonan Biasiswa Kelas Persediaan Universiti (BKPU) telah dibuka pada 8 hingga 14 Julai 2013.  Walau bagaimanapun disebabkan terdapat beberapa masalah teknikal yang dihadapi oleh pihak sekolah, KPM telah bersetuju untuk melanjutkan tempoh permohonan sehingga 16 Julai 2013.  Diharap dengan pelanjutan tempoh ini akan membolehkan pihak sekolah menyiapkan proses permohonan dengan sempurna.

:: MENU BARU DALAM APB

Menu carian murid telah selesai diwujudkan bagi memudahkan pihak sekolah mengenal pasti mengapa senarai murid yang layak memohon BKP dan BKPU tidak muncul di Aplikasi Pengurusan Bantuan (APB).
Pihak BPM telah mewujudkan sub menu baru (Carian Murid) di bawah menu :
Permohonan Baru (login oleh Sekolah)
Menu ini boleh digunakan oleh sekolah sekiranya ingin menyemak maklumat yang belum lengkap di isi dalam APDM dan menyebabkan murid tidak dipaparkan dalam senarai APB.



Tanggungan salah seorang pada ibu/bapa tidak diisi. Ini menyebabkan maklumat tidak dapat dipaparkan di dalam APB. Data murid tidak dipaparkan dalam APB dan kriteria asas permohonan biasiswa seperti dinyatakan dalam page di bawah


:: PEMOHONAN BKPU SECARA ATAS TALIAN TAHUN 2013

Adalah dimaklumkan bahawa permohonan Biasiswa Kelas Persediaan Universiti (BKPU) akan dibuka pada 8 hingga 14 Julai 2013.

Data permohonan BKPU adalah berdasarkan kepada data Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM).  Oleh yang demikian pihak sekolah dikehendaki untuk menyemak semula pelajar-pelajar yang layak memohon di dalam APDM.

Proses permohonan biasiswa atas talian BKP/BKPU boleh dilakukan pada laman sesawang:
http://apb.moe.gov.my

Semasa proses permohonan atas talian, pihak sekolah hanya perlu mengemas kini data calon layak serta yang memohon sahaja (Maklumat akademik & kokurikulum).  Kegagalan pihak sekolah mengemas kini data akan menyebabkan keciciran permohonan pelajar