Pembayaran Tawaran Baru BKP Tahun 2013 bagi akaun berkelompok telah selesai dikreditkan oleh KPM ke akaun murid pada 8 Nov 2013.
Pembayaran tersebut hanya melibatkan penerima BKP Tawaran Baru (akaun
berkelompok) sahaja. Pembayaran kepada penerima BKP Tawaran Baru (Bukan
Akaun Kelompok) dan BKPU akan dikreditkan sedikit masa lagi.
- Menyemak senarai berkenaan di dalam menu Senarai Berjaya.
- Sekolah mencetak Surat Tawaran dan diserahkan kepada murid.
- Murid membuka akaun di BSN dan menyerahkan nombor akaun kepada sekolah. (Semua murid BKPU perlu buka akaun secara tidak berkelompok) iaitu buka akaun secara manual di semua Cawangan BSN atau menggunakan akaun sedia ada.
- Guru Biasiswa key-in nombor akaun murid (akaun tidak berkelompok) & menandai ruangan setuju terima/tolak di dalam sistem ke dalam sistem selewat-lewatnya:
Program Biasiswa Pendidikan 1Malaysia dilaksanakan dengan kebenaran
KPM pada 21 Mei 2013 (Ruj:KP(BPSH-SPDK)201/002/Jld.196(71). Program ini
adalah anjuran bersama Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) bagi
membantu pelajar-pelajar Melayu yang miskin. Objektif PBP1M adalah
membuka peluang melanjutkan pelajaran dalam aliran sains kepada
pelajar-pelajar miskin yang mempunyai potensi akademik yang baik serta
membantu pelajar yang miskin dan gagal mendapat pembiayaan pembelajaran
yang mencukupi daripada mana-mana agensi kerajaan.
Syarat-syarat kelayakan minimum adalah:
a. Pendapatan Ibu bapa tidak melebihi RM1500
b. Mendapat kepujian dalam:
• Bahasa Melayu
• Matematik Moden
• Sains atau Fizik atau Kimia atau Biologi
• 2 subjek lain dan;
• Lulus Bahasa Inggeris
Oleh
yang demikian, pihak sekolah diminta untuk mengenal pasti 2 orang murid
Melayu (seorang lelaki dan seorang perempuan) lepasan SPM 2012 yang
gagal menerima sebarang tawaran IPT serta berminat untuk memohon
biasiswa tersebut.
Borang permohonan yang telah dilengkapkan boleh
dihantar melalui Unit Hal Ehwal Murid, Jabatan Pendidikan Pulau Pinang
pada atau sebelum 9 September 2013.
Sebarang pertanyaan mengenai program boleh dikemukakan kepada:
Pihak Sekretariat
Program Biasiswa Pendidikan 1 Malaysia (PBP1M)
Tel :019-9152334 dan 012-9281085
Fax: 04-9771948
Berikut adalah dokumen berkaitan:
>> Borang Permohonan
>> Jadual Pelaksanaan
>> Slaid Program
Terdapat sedikit masalah teknikal terhadap sesetengah penerima biasiswa (BKP) yang terdiri daripada murid-murid tingkatan 1 yang ingin membuka akaun BSN. Masalah teknikal ini disebabkan murid-murid tersebut mempunyai no KP yang dimulai dengan "00...." Pihak BSN induk telah memaklumkan akan menyelesaikannya pada minggu hadapan awal bulan September. Oleh yang demikian, guru-guru boleh menyuruh murid-murid yang menghadapi masalah membukanya semula pada minggu hadapan. Guru-guru boleh mengemaskini maklumat akaun pada atau sebelum 12 September 2013.
Sukacita dimaklumkan bahawa KPM telah meluluskan permohonan seramai
3,659 orang murid bagi Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP) yang melibatkan
peruntukan sebanyak RM 3.1 juta bagi negeri Pulau Pinang. Oleh yang
demikian, pihak sekolah diminta untuk mencetak surat tawaran BKP bagi
pemohon-pemohon yang berjaya.
Surat tawaran tersebut boleh dicetak terus dari laman sesawang: http://apb.moe.gov.
Tatacara proses tawaran juga boleh dimuat turun dari laman sesawang
tersebut melalui ikon Demo Manual di sebelah kiri. Pelajar-pelajar yang
berjaya dikehendaki membuka akaun BSN dengan kadar segera. Pihak
sekolah dikehendaki untuk mengemas kini no akaun di dalam sistem bagi
pelajar-pelajar yang tidak dibekalkan dengan no akaun secara
berkelompok.
Permohonan Biasiswa Kelas Persediaan Universiti (BKPU) telah dibuka pada 8 hingga 14 Julai 2013. Walau bagaimanapun disebabkan terdapat beberapa masalah teknikal yang dihadapi oleh pihak sekolah, KPM telah bersetuju untuk melanjutkan tempoh permohonan sehingga 16 Julai 2013. Diharap dengan pelanjutan tempoh ini akan membolehkan pihak sekolah menyiapkan proses permohonan dengan sempurna.
Menu carian murid telah selesai diwujudkan bagi memudahkan pihak sekolah mengenal pasti mengapa senarai murid yang layak memohon BKP dan BKPU tidak muncul di Aplikasi Pengurusan Bantuan (APB).
Pihak BPM telah mewujudkan sub menu baru (Carian Murid) di bawah menu :
Permohonan Baru (login oleh Sekolah)
Menu ini boleh digunakan oleh sekolah sekiranya ingin menyemak maklumat yang belum lengkap di isi dalam APDM dan menyebabkan murid tidak dipaparkan dalam senarai APB.
Tanggungan salah seorang pada ibu/bapa tidak diisi. Ini menyebabkan maklumat tidak dapat dipaparkan di dalam APB. Data murid tidak dipaparkan dalam APB dan kriteria asas permohonan biasiswa seperti dinyatakan dalam page di bawah


