KPM telah selesai mengemaskini Aplikasi Pengurusan Bantuan (APB).  Lantaran itu KPM telah membuka talian APB supaya proses pengemaskinian murid tertanggung tahun 2016 dilakukan bermula pada 1 Februari hingga 29 Februari 2016.

Pihak sekolah dimohon untuk membuat pengemaskinian data murid tertanggung sekolah masing-masing.  Murid-murid yang tidak diaktifkan semasa tempoh tersebut akan dianggap tidak bersekolah dan tiada bayaran akan dibuat ke atas murid berkenaan.  Proses pengemaskinian tersebut boleh dilakukan pada laman sesawang https://apdm.moe.gov.my

Semua Guru Biasiswa juga perlu melengkapkan Kajian Soalselidik Pengurusan BKP/BKPU melalui pautan di laman sesawang yang sama sebelum/semasa mengemaskini data murid tertanggung tahun 2016.

:: BIASISWA KECIL NEGERI 2016

Pihak tuan dipohon untuk menghantar data Biasiswa Kecil Negeri (BKN) dengan menggunakan borang senarai penerima bagi tujuan pembayaran tahun 2016. Borang tersebut boleh yang disediakan. Borang yang telah lengkap (softcopy) hendaklah dihantar melalui laman blog ini pada atau sebelum 5 Februari 2016 (Jumaat).

Sila pastikan semua murid penerima bantuan biasiswa BKN termasuk tawaran baru 2015 dimasukkan bagi mengelak keciciran bayaran oleh Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Pulau Pinang.

>> Borang BKN 2016

:: SKIM BIASISWA ANAK PEKEBUN KECIL RISDA TAHUN 2016

Pengurusan RISDA menyediakan Skim Biasiswa Anak Pekebun Kecil RISDA.  Skim ini merupakan bantuan kewangan kepada anak-anak pekebun kecil dari keluarga berpendapatan rendah serta berpotensi dan berdaya maju dalam bidang akademik.

Anak-anak pekebun kecil yang berjaya akan diberikan elaun saku sebanyak RM500 setahun (secara one-off) serta berpeluang mengikuti program-program pembangunan yang dianjurkan oleh RISDA bagi meningkat tahap intelektual dan prestasi diri mereka.

Syarat kelayakan untuk skim biasiswa ini adalah seperti berikut:

  • Terbuka kepada anak pekebun kecil yang masih bersekolah di Tingkatan Lima pada Tahun 2016.
  • Pemohon memperoleh sekurang-kurangnya 4C daripada 5 mata pelajaran teras semasa peperiksaan akhir tahun Tingkatan Empat.
  • Menyertai kegiatan ko-kurikulum dan sukan.
  • Pendapatan kasar keluarga tidak melebihi RM2,000 sebulan.
  • Tidak menerima sebarang biasiswa, bantuan atau tajaan daripada pihak lain.

>>  Muat turun Borang

:: TAWARAN BARU BIASISWA KECIL PERSEKUTUAN (BKP) TAHUN 2015

Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah selesai membuat pemilihan beserta penjanaan No Akaun Kelompok BSN kepada murid tawaran baru Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP) bagi tahun 2015. Pemilihan tawaran baru ini masih bergantung kepada pencapaian merit latar belakang, akademik dan kokurikulum murid .

Sehubungan dengan itu, pihak sekolah boleh mencetak surat tawaran mulai 31 Julai - 9 Ogos 2015 serta membuka akaun simpanan BSN dengan kadar segera. Cetakan surat tawaran hanya boleh dibuat apabila pihak sekolah telah menanda setuju terima secara online.  Pihak sekolah juga perlu menyerahkan borang setuju terima bersama surat tawaran kepada murid-murid berkenaan. 

Kegagalan pihak sekolah akur pada tarikh yang diberikan akan menyebabkan murid gagal menerima tawaran biasiswa.

Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP) / Biasiswa Kelas Persediaan Universiti (BKPU) Zon 3 bagi Negeri Pulau Pinang, Perlis, Kedah, Perak dan Negeri Sembilan akan dibuka pada 20 April hingga 26 April 2015.
Sehubungan dengan itu, Guru Biasiswa dipohon untuk diambil tindakan sewajarnya.  Data permohonan BKP/BKPU adalah berdasarkan kepada data Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM).

Proses permohonan biasiswa atas talian BKP/BKPU boleh dilakukan pada laman sesawang:  http://apb.moe.gov.my   Semasa proses permohonan atas talian, pihak sekolah hanya perlu mengemas kini data calon layak serta yang memohon sahaja (Maklumat akademik & kokurikulum). Kaedah pengisian markah peperiksaan adalah seperti tahun-tahun terdahulu.


:: BIASISWA RMHC 2015

Seperti tahun-tahun lepas, RMHC Malaysia atau Persatuan Kebajikan Ronald McDonald Malaysia sekali lagi ingin meneruskan pemberian biasiswa kepada murid-murid yang layak.
Kriteria kelayakan adalah seperti berikut:
1.  Tingkatan 1 sekolah harian pada tahun 2015
2.  Pendapatan tidak melebihi RM1500
3.  Keputusan cemerlang UPSR - sekurang-kurangnya 4A
4.  Aktif ko kurikulum & sukan
5.  Rekod disiplin yang baik.

Pihak sekolah di negeri Pulau Pinang yang ingin mencalonkan murid yang layak (2 orang murid setiap sekolah) bolehlah memuatturun fail berkaitan.  Borang permohonan tersebut hendaklah dihantar kepada Penolong Pengarah Tajaan dan Biasiswa, Unit Hal Ehwal Murid, Jabatan Pelajaran Pulau Pinang selewat-lewatnya pada atau sebelum 27 Mac 2015 jam 12.00 tengahari.  Borang-borang yang lewat diterima tidak akan dilayan.

>> Borang Permohonan
>> Lampiran Berkaitan

:: TAKLIMAT PENGURUSAN BIASISWA SERTA PENGEMASKINIAN DATA APLIKASI PENGURUSAN BANTUAN (APB)

Taklimat mengenai pengurusan biasiswa serta pengemaskinian data aplikasi APB akan diadakan seperti berikut:

a.  Sekolah-sekolah di PPD Barat Daya dan Timur Laut
     Tarikh  :  10hb. Februari 2015 (Selasa)
     Masa   :  8.30 – 4.00 petang
     Tempat  :  Dewan SMK Sg Ara, Jalan Dato’ Hj Ismail Hashim,
           11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang

b.  Sekolah-sekolah di PPD Utara, Tengah dan Selatan
     Tarikh  :  11hb. Februari 2015 (Rabu)
     Masa   :  8.30 – 4.00 petang
     Tempat  :  Bilik Mesyuarat, PPD Seberang Perai Utara, Pulau Pinang.

Proses pengemaskinian data APB akan dibuat secara atas talian. Oleh yang demikian, guru biasiswa terlibat diminta untuk membawa komputer riba, wayar sambungan dan broadband (jika ada) untuk menghadiri taklimat tersebut.

:: KUTIPAN DATA BIASISWA KECIL NEGERI ( BKN) BAGI TAHUN 2015

Adalah dimaklumkan bahawa seperti biasa pihak sekolah diminta untuk menghantar data Biasiswa Kecil Negeri (BKN) dengan menggunakan borang senarai penerima bagi tujuan pembayaran tahun 2015. Borang yang telah lengkap (softcopy) hendaklah dihantar melalui : http://uploadbiahemjpnpp.blogspot.com/ pada atau sebelum 6 Februari 2015 (Jumaat).

Sila pastikan semua murid penerima bantuan biasiswa BKN termasuk tawaran baru 2014 dimasukkan bagi mengelak keciciran bayaran oleh Setiuasaha Kerajaan Negeri (SUK).

Muat turun Borang

:: PROGRAM BIASISWA PENDIDIKAN 1MALAYSIA (PBP1M) UNTUK PELAJAR-PELAJAR MISKIN

Program Biasiswa Pendidikan 1Malaysia telah dilanjutkan dengan kebenaran KPM sehingga 31 Disember  2014  Program ini adalah anjuran bersama Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) bagi membantu pelajar-pelajar Melayu yang miskin.

Objektif PBP1M adalah membuka peluang melanjutkan pelajaran dalam aliran sains kepada pelajar-pelajar miskin yang mempunyai potensi akademik yang baik serta membantu pelajar yang miskin dan gagal mendapat pembiayaan pembelajaran yang mencukupi daripada mana-mana agensi kerajaan.

Syarat-syarat kelayakan minimum adalah:

a.    Pendapatan Ibu bapa tidak melebihi RM3000
b.    Mendapat kepujian dalam:
   • Bahasa Melayu
   • Matematik Moden
   • Sains atau Fizik atau Kimia atau Biologi
   • 2 subjek lain dan;
   • Lulus Bahasa Inggeris

Pihak sekolah diminta untuk memaklumkan maklumat berikut kepada pelajar atau bekas pelajar lepasan SPM sekolah tuan yang berminat.  Sehubungan dengan itu, bersama-sama ini disertakan Maklumat Pendaftaran PBP1M 2014 (Lampiran B).
Borang pendaftaran PBP1M perlu dihantar kembali kepada alamat di bawah sebelum 12 September 2014:

Program Biasiswa Pendidikan 1Malaysia (PBP1M)
Putra Shop Lot 4, Putra Palace Hotel,
135, Persiaran Jubli Emas,
01000 Kangar, Perlis

Sebarang maklumat lanjut, sila hubungi pihak sekretariat PBP1M di talian 0199152334/012-9281085/0107051000 atau email ke pbp1m_sekretariat@yahoo.com.

Semoga hasrat kita membuka peluang pendidikan kepada pelajar-pelajar miskin seluruh Negara akan tercapai dengan jayanya.


:: TAWARAN BIASISWA KECIL PERSEKUTUAN (BKP) BAGI TAHUN 2014

Adalah dimaklumkan bahawa senarai nama murid yang ditawarkan Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP) bagi tahun 2014 sudah boleh disemak di dalam Aplikasi Pengurusan Bantuan (APB) melalui laman sesawang http://apb.moe.gov.my mulai 17 Julai sehingga 17 Ogos 2014. 

Semua sekolah yang terlibat diminta untuk:

  • mencetak surat tawaran murid,
  • mengunci masuk nombor akaun BSN (murid tidak berkelompok) dan 
  • mengemaskini maklumat setuju terima/tolak tawaran biasiswa melalui laman sesawang dan dalam tempoh masa seperti dinyatakan di para di atas.
Kegagalan untuk mengunci masuk nombor akaun BSN dan mengemaskini maklumat setuju terima tawaran akan menyebabkan murid tersebut dikira sebagai menolak tawaran.

:: PERMOHONAN SKIM BIASISWA UNTUK ANAK-ANAK PEKEBUN KECIL

Sukacita dimaklumkan bahawa Pengurusan RISDA telah meluluskan Skim Biasiswa untuk Anak-anak Pekebun Kecil.
Ianya adalah satu pemberian bantuan kewangan sebanyak RM500 secara 'oneoff' kepada anak-anak pekebun kecil.

Syarat-syarat dan kelayakan adalah seperti berikut:
i.  Warganegara Malaysia
ii. Terbuka kepada semua anak pekebun kecil di Tingkatan 4 pada tahun 2013 di Sekolah Bantuan Penuh Kerajaan
iii. Permohon mestilah memperolehi markah sekurang-kurang 60 peratus / atau gred C bagi empat matapelajaran teras semasa peperiksaan akhir tahun Tingkatan 4.
iv. Keutamaan kepada yang aktif dalam kegiatan ko-kurikulum dan sukan.
v. Mempunyai pendapatan kasar sekeluarta tidak melebihi RM2000.00 sebulan.
vi. Tidak pernah menerima sebarang biasiswa, bantuan atau tajaan daripada mana-mana pihak.


Borang Permohonan boleh diperolehi secara online dengan melayari laman web rasmi RISDA di www.risda.gov.my
Tarikh tutup permohonan adalah pada 24 Julai 2014


:: TARIKH PEMOHONAN BIASISWA KELAS PERSEDIAAN UNIVERSITI (BKPU)

Biasiswa Kelas Persediaan Universiti (BKPU) akan dibuka pada 30 Jun  hingga 6 Julai 2014. Manakala semakan nama murid yang layak memohon biasiswa di dalam APB boleh dilakukan pada 23 Jun  hingga 29 Jun 2014.
Data permohonan BKPU adalah berdasarkan kepada data Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM). Proses permohonan biasiswa atas talian BKPU boleh dilakukan pada laman sesawang:  http://apb.moe.gov.my   Semasa proses permohonan atas talian, pihak sekolah hanya perlu mengemas kini data calon layak serta yang memohon sahaja (Maklumat akademik & kokurikulum).  Kaedah pengisian markah peperiksaan seperti berikut:
ENAM RENDAH    -    Peperiksaan SPM 2013
ENAM ATAS    -    CGPA

:: TAWARAN BARU BIASISWA KECIL PERSEKUTUAN (BKP) TAHUN 2014

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah selesai membuat pemilihan tawaran baru Biasiswa Kecil Persekuauan (BKP) bagi tahun 2014.  Walau bagaimanapun senarai tersebut akan diperolehi sebaik sahaja proses penjanaan nombor akaun kelompok selesai dijana oleh pihak Bank Simpanan Nasional (BSN).  Pihak sekolah boleh mencetak surat tawaran mulai 30 Jun - 13 Julai 2014 serta membuka akaun simpanan BSN.

Hanya murid-murid yang mencapai merit sebanyak 65% ke atas sahaja layak dipilih di samping merit akademik melebihi 35%.



TARIKH
AKTIVITI
30 Jun - 13 Jul
Menanda setuju terima biasiswa
Mencetak surat tawaran biasiswa
Murid BERJAYA dijana akaun kelompok mengambil buku akaun BSN di cawangan berdekatan (Akaun Kelompok)
Murid TIDAK BERJAYA dijana akaun kelompok membuka akaun BSN di cawangan berdekatan (Akaun TIDAK Kelompok)
Murid TIDAK BERJAYA dijana akaun kelompok menyerahkan nombor akaun BSN kepada Guru Biasiswa
14 Jul - 20 Jul
Mengunci masuk nombor akaun bagi murid tidak berkelompok

:: PROSES PENGEMASKINI DATA TERTANGGUNG FASA II

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah membuka semula proses pengemaskinian murid tertanggung tahun 2014 Fasa kedua pada 16hb. - 22hb. Jun 2014.  Pengemaskinian ini bertujuan memastikan semua murid tertanggung tersenarai di dalam Aplikasi Pengurusan Bantuan (APB) serta disetkan kepada aktif bagi mengelakkan keciciran bayaran.  Sila pastikan juga murid-murid yang tercicir bayaran tempohari tersenarai di dalam APB ini.  Sebarang masalah sila hubungi : Penolong Pengarah Tajaan (Biasiswa) JPN Pulau Pinang dengan kadar segera

:: TAKLIMAT PENGEMASKINIAN APB SKIM BIASISWA SUKAN (SBS) KPM 2014

Proses membuat semakan dan mengemaskini permohonan atlet murid dalam sistem APB Hadiah SBS boleh dilakukan oleh Guru Biasiswa sekolah tuan mulai 19 hingga 31 Mei 2014 iaitu selepas tarikh pengisian permohonan Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP).

Pihak sekolah dipohon menghantar PK Koku dan Guru Biasiswa sekolah tuan untuk menghadiri taklimat berkenaan perkara di atas mengikut ketetapan di bawah:



DAERAH
MASA DAN TEMPAT

TIMUR LAUT &
BARAT DAYA

Tarikh              :  21 Mei 2014
Tempat            :  Dewan SMK Sungai Ara
Masa               :  8.30 am – 1.00 pm


SELATAN &
TENGAH(20 SEKOLAH)

Tarikh              :  22 Mei 2014
Tempat            :  Dewan Seminar, PPD Selatan
Masa               :  8.00 pagi – 12.00 tengah hari


UTARA &
TENGAH (10 SEKOLAH)
-       Lampiran A

Tarikh              :  22 Mei 2014
Tempat            :  Dewan Seminar, PPD Utara
Masa               :  1.30 – 5.00 petang



Para peserta adalah dipohon untuk membawa bersama komputer riba, dongle YES dan wayar sambungan untuk kegunaan semasa bengkel.

SENARAI  NAMA  SEKOLAH  MENENGAH  DAERAH  SPT –
TAKLIMAT SKIM BIASISWA SUKAN  DI PPD UTARA
1.  SMA  FAQIAH  DAIMIAH
2.  SMA  DAERATUL  MAARIFIL  WATANIAH  2
3.  SMK  TAMAN  INDERAWASIH
4.  SMK  SEBERANG  JAYA
5.  SMK  SAMA  GAGAH
6.  SMK  PERMATANG  PASIR
7.  SMK  PENANTI
8.  SMK  MENGKUANG
9.  SMK  GUAR  PERAHU  INDAH
10.  SMK  GUAR  PERAHU

:: TEMU DUGA CALON BIASISWA BANK NEGARA MALAYSIA TAHUN 2014

Bank Negara Malaysia akan mengadakan sesi temuduga pelajar-pelajar yang telah disenarai pendek seramai empat (4) orang daripada Negeri Pulau Pinang.  Senarai nama pelajar-pelajar yang tercalon untuk sesi temu duga adalah seperti berikut:

1    NUR ALYA ADRIENA BINTI AZHARI        980212-35-5046    SMK MENGKUANG
2    NABIL SYAMIM BIN SHAHRUDDIN         980604-07-5393    SMK MENGKUANG
3    NURUL BINTI JAAFAR                         980819-07-5980    SMK SERI NIBONG
4    NORFADZLINA AMIRAH BT NORZELAN980213-14-5278    SMK PERMATANG TOK LABU

Pihak bank akan mengadakan temuduga seperti butir-butir di bawah:
Tarikh   :       19 Mei 2014 / Isnin
Waktu    :      10.00am - 1.00pm
Tempat  :       Bank Negara Malaysia Pulau Pinang
                       No.27, Lebuh Light, 10200 Pulau Pinang.

Pelajar-pelajar terbabit mengemukakan dokumen-dokumen (telah disahkan) berikut semasa hari temuduga itu nanti:
        (a) sesalinan kad pengenalan;
        (b) sesalinan penyata pendapatan ibu/bapa/penjaga;
        (c) sesalinan sijil-sijil penglibatan di dalam ko-kurikulum dan sukan

Pihak Bank akan memberikan wang saguhati sebanyak RM50.00 kepada setiap pelajar sebagai token penghargaan dan bantuan semasa hari temuduga nanti.

:: TARIKH PEMOHONAN BKP / BKPU SECARA ATAS TALIAN TAHUN 2014

Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP) / Biasiswa Kelas Persediaan Universiti (BKPU) Zon 3 bagi Negeri Pulau Pinang, Perlis, Kedah, Perak dan Negeri Sembilan akan dibuka pada 5 Mei  hingga 11 Mei 2014.

Sehubungan dengan itu, Guru Biasiswa perlu mengambil tindakan sewajarnya.  Data permohonan BKP/BKPU adalah berdasarkan kepada data Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM).

Proses permohonan biasiswa atas talian BKP/BKPU boleh dilakukan pada laman sesawang:  http://apb.moe.gov.my   Semasa proses permohonan atas talian, pihak sekolah hanya perlu mengemas kini data calon layak serta yang memohon sahaja (Maklumat akademik & kokurikulum).  Kaedah pengisian markah peperiksaan seperti jadual diberikan.


Kegagalan pihak sekolah mengemas kini data akan menyebabkan keciciran permohonan murid.


:: KECICIRAN NAMA SENARAI BKN 2014

Pihak Jabatan Pendidikan Pulau Pinang telah menerima data BKN tertanggung 2014 daripada pihak sekolah.  Walau bagaimanapun pihak SUK Pulau Pinang telah menyenaraikan senarai nama murid tertanggung yang telah dibayar pada tahun sebelum tiada dalam senarai nama yang dihantar oleh pihak sekolah.  Oleh yang demikian, pihak sekolah yang terlibat dikehendaki memberi maklumbalas sekiranya murid sekolah tuan terlibat. Sama ada pihak sekolah terlepas pandang atau murid berkenaan telah berhenti atau bertukar sekolah luar negeri Pulau Pinang.

>>  Muat turun senarai nama.

Maklum balas hendaklah dihantar sesegera mungkin atau pada/sebelum 22 April 2014. Penghantaran data (format excel) boleh dibuat melalui Telegram atau email : amatsazali@yahoo.com

:: SEMAKAN DATA PERMOHONAN BARU MELALUI APB

Pihak sekolah diminta untuk menyemak data kelayakan permohonan biasiswa melalui Aplikasi Pengurusan Bantuan (APB) yang bermula 7 - 20 April 2014.  Semakan ini dibuat untuk memastikan murid-murid yang layak memohon terdapat di dalam senarai layak di dalam APB.  Sila lawati : http://apb.moe.gov.my/ Kelayakan ini berkait rapat dengan data Aplikasi Pangkalan Data Murid.  Sekiranya terdapat murid yang layak tetapi tidak tersenarai, sila kemaskini data APDM terlebih dahulu.  Medan-medan yang penting perlu disemak adalah seperti Pendapata Ibubapa, tanggungan, Status Warganegra, dan Status Yatim.

Permohonan Biasiswa BKP/BKPU secara atas talian bagi Negeri Pulau Pinang (Zon 3) adalah pada 5 - 11 Mei 2014

:: APLIKASI TELEGRAM

Berita baik bagi yang tiada smartfon tetapi nak guna Telegram. Telegram untuk PC telah ada. . Sila lawat http://tdesktop.com/ untuk install aplikasi.  Diharap semua guru biasiswa menggunakannya bagi meluaskan jaringan guru biasiswa negeri Pulau Pinang.
Sekiranya mengalami masalah sila hubungi pegawai biasiswa di JPPP.