Sekolah-sekolah yang mempunyai pelajar-pelajar Tingkatan 6 Rendah dikehendaki mengemas kini data Sistem Maklumat Murid (SMM) dengan kadar segera. Pihak sekolah yang terlibat hendaklah mengeksport pelajar Tingkatan 6 sahaja dan dihantar ke Unit HEM, Jabatan Pelajaran Pulau Pinang pada atau sebelum 24 Jun 2010.
Data boleh dihantar melalui disket atau muat naik melalui laman blog ini.
Permohonan online tersebut akan diadakan pada 17 – 23 Julai 2011. Pihak sekolah juga perlu memaklumkan kepada pelajar-pelajar tersebut mengenai permohonan Biasiswa Kelas Persediaan Universiti dan mengagihkan borang permohonan kepada pelajar yang layak.
Sekiranya pihak sekolah gagal menghantar data pada tarikh yang diberikan, dikhuatiri akan menyebabkan pelajar-pelajar sekolah tuan tercicir untuk proses pemilihan.
:: DATA SMM BAGI PERMOHONAN BKPU 2011 SECARA ONLINE (TINGKATAN ENAM RENDAH)
Posted by Hal Ehwal Murid at 23:51Jabatan Pelajaran Pulau Pinang telah menutup Akaun Koperat di Bank Simpanan Nasional di atas arahan KPM. Oleh yang demikian akaun tersebut tidak digunakan lagi. Sebarang masalah, sila hubungi pegawai bertanggungjawab di JPN Pulau Pinang.
Permohonan online bagi zon 3 telah tamat ( 17 - 23 April 2011 ). Tahniah kepada semua sekolah kerana telah berjaya mengemaskini data mengikut tempoh waktu yang ditetapkan walaupun terdapat sekolah membuat pengemaskinian di saat-saat akhir. Senarai murid yang berjaya akan diumumkan kepada semua sekolah setelah diperolehi dari KPM.
KPM telah melanjutkan tempoh semakan data permohonan biasiswa secara online. Tarikh akhir telah dilanjutkan sehingga 27 Mac 2011. Ini berpunca daripada masalah sistem.
:: PERMOHONAN BIASISWA KECIL PERSEKUTUAN (BKP) DAN BIASISWA KELAS PERSEDIAAN UNIVERSITI (BKPU) TAHUN 2011
Posted by Hal Ehwal Murid at 19:38 Sukacita dimaklumkan bahawa, permohonan BKP dan BKPU tahun 2011 secara atas talian (online) akan dibuka mengikut zon mulai 3 hingga 23 April 2011. Justeru, semua sekolah dikehendaki membuat semakan senarai nama murid yang layak memohon BKP dan BKPU (Tingkatan 6 Atas) secara atas talian pada 20 hingga 25 Mac 2011 di laman sesawang http://apps.moe.gov.my/biasiswa. Sehubungan dengan itu, pihak tuan adalah dipohon untuk memastikan semua sekolah di bawah seliaan pihak tuan membuat semakan dalam tempoh yang ditetapkan.
Dimaklumkan juga bahawa, permohonan BKP dan BKPU secara atas talian akan dibuka mengikut zon di laman sesawang yang tertera di atas:
Perak, Pulau Pinang, Kedah, Perlis dan Negeri Sembilan 17 - 23 April 2011
Bank Negara Malaysia (BNM) ingin menawarkan Skim Biasiswa Bank Negara Malaysia bagi pelajar-pelajar yang mencapai keputusan cemerlang dalam PMR2010.
Skim biasiswa ini bertujuan untuk mengenal pasti pelajar-pelajar yang berpotensi tinggi bagi menyertai Program Biasiswa Bank. Skim ini juga akan ditawarkan kepada 20 orang pelajar-pelajar di kawasan pedalaman di setiap negeri yang terdiri daripada keluarga yang berpendapatan rendah sebanyak RM2,000.00 sebulan.
Kriteria pencalonan pelajar-pelajar adalah seperti berikut.
a. Warganegara Malaysia
b. Pencapaian keputusan cemerlang dalam PMR2010 sekurang-kurangnya 7A
c. Penglibatan aktif dalam aktiviti ko-kurikulum dan sukan di peringkat negara, negeri, daerah dan sekolah,
d. Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM2,000.00 sebulan, dan
e. Belum menerima tajaan daripada mana-mana pihak.
Sila kembalikan borang kepada Unit Hal Ehwal Murid, Jabatan Pelajaran Pulau Pinang (u.p. Amat Sazali bin Abu Hassan) pada atau sebelum 7hb. Februari 2011
Klik >>>> : Borang Biasiswa Bank Negara.
Yayasan Telekom Malaysia telah membuka permohonan biasiswa kecil kepada pelajar-pelajar Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 pada tahun 2011 yang memenuhi syarat dan kelayakan yang ditetapkan.
Permohonan hanya boleh dibuat secara “online” di laman web Yayasan Telekom Malaysia di alamat : http://ytm.tm.com.my/ mulai 19 Disember hingga 18 Februari 2011.
