Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP) / Biasiswa Kelas Persediaan Universiti (BKPU) Zon 3 bagi Negeri Pulau Pinang, Perlis, Kedah, Perak dan Negeri Sembilan akan dibuka pada 5 Mei hingga 11 Mei 2014.
Sehubungan dengan itu, Guru Biasiswa perlu mengambil tindakan sewajarnya. Data permohonan BKP/BKPU adalah berdasarkan kepada data Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM).
Proses permohonan biasiswa atas talian BKP/BKPU boleh dilakukan pada laman sesawang: http://apb.moe.gov.my Semasa proses permohonan atas talian, pihak sekolah hanya perlu mengemas kini data calon layak serta yang memohon sahaja (Maklumat akademik & kokurikulum). Kaedah pengisian markah peperiksaan seperti jadual diberikan.
Pihak Jabatan Pendidikan Pulau Pinang telah menerima data BKN tertanggung 2014 daripada pihak sekolah. Walau bagaimanapun pihak SUK Pulau Pinang telah menyenaraikan senarai nama murid tertanggung yang telah dibayar pada tahun sebelum tiada dalam senarai nama yang dihantar oleh pihak sekolah. Oleh yang demikian, pihak sekolah yang terlibat dikehendaki memberi maklumbalas sekiranya murid sekolah tuan terlibat. Sama ada pihak sekolah terlepas pandang atau murid berkenaan telah berhenti atau bertukar sekolah luar negeri Pulau Pinang.
>> Muat turun senarai nama.
Maklum balas hendaklah dihantar sesegera mungkin atau pada/sebelum 22 April 2014. Penghantaran data (format excel) boleh dibuat melalui Telegram atau email : amatsazali@yahoo.com
Pihak sekolah diminta untuk menyemak data kelayakan permohonan biasiswa melalui Aplikasi Pengurusan Bantuan (APB) yang bermula 7 - 20 April 2014. Semakan ini dibuat untuk memastikan murid-murid yang layak memohon terdapat di dalam senarai layak di dalam APB. Sila lawati : http://apb.moe.gov.my/ Kelayakan ini berkait rapat dengan data Aplikasi Pangkalan Data Murid. Sekiranya terdapat murid yang layak tetapi tidak tersenarai, sila kemaskini data APDM terlebih dahulu. Medan-medan yang penting perlu disemak adalah seperti Pendapata Ibubapa, tanggungan, Status Warganegra, dan Status Yatim.
Permohonan Biasiswa BKP/BKPU secara atas talian bagi Negeri Pulau Pinang (Zon 3) adalah pada 5 - 11 Mei 2014
Berita baik bagi yang tiada smartfon tetapi nak guna Telegram. Telegram untuk PC telah ada. . Sila lawat http://tdesktop.com/ untuk install aplikasi. Diharap semua guru biasiswa menggunakannya bagi meluaskan jaringan guru biasiswa negeri Pulau Pinang.
Sekiranya mengalami masalah sila hubungi pegawai biasiswa di JPPP.
Seperti tahun-tahun lepas, RMHC Malaysia atau Persatuan Kebajikan
Ronald McDonald Malaysia sekali lagi ingin meneruskan pemberian biasiswa
kepada pelajar-pelajar yang layak.
Kriteria kelayakan adalah seperti berikut:
1. Tingkatan 1 sekolah harian pada tahun 2014
2. Pendapatan tidak melebihi RM1500
3. Keputusan cemerlang UPSR - sekurang-kurangnya 4A
4. Aktif ko kurikulum & sukan
5. Rekod disiplin yang baik.
Kadar Biasiswa
Tingkatan 1 & 2 = RM 960.00
Tingkatan 3 & 4 = RM 1200.00
Tingkatan 5 = RM 1320.00
Jumlah Keseluruhan = RM 5640.00
Pihak sekolah di negeri Pulau Pinang yang ingin mencalonkan murid yang layak ( 2 orang murid setiap sekolah) bolehlah memuat turun borang berkaitan. Borang permohonan tersebut hendaklah dihantar melalui : Penolong Pengarah
Tajaan (Biasiswa), Unit Hal Ehwal Murid, Jabatan Pendidikan Pulau
Pinang selewat-lewatnya pada atau sebelum 12 Mac 2014 jam 12.00
tengahari. Borang-borang yang lewat diterima tidak akan dilayan.
Muat Turun Borang
Adalah diingatkan bahawa tarikh tutup pengemaskinian data Aplikasi Pengurusan Bantuan adalah pada 28 Februari 2014.
Pihak sekolah perlu mematuhi tarikh tersebut untuk mengelakkan murid
tertanggung biasiswa daripada keciciran bayaran bagi tahun 2014. Jika perkara ini berlaku, pihak sekolah perlu mengemukakan permohonan kepada KPM untuk pembayaran murid tercicir.
Sekolah yang masih belum menyiapkan proses pengemaskinian (21 Februari 2014),
|
BIL
|
KOD
|
SEKOLAH
|
JUMLAH
MURID |
KEMAS
KINI |
|
1
|
PEA0004
|
SMK SEBERANG JAYA
|
56
|
0
|
|
2
|
PEA0017
|
SMK MACHANG BUBUK
|
102
|
0
|
|
3
|
PEE0041
|
SMK PENANTI
|
192
|
0
|
|
4
|
PEA2053
|
SMK DATUK ONN
|
166
|
0
|
|
5
|
PEB2060
|
SMK KAMPONG KASTAM
|
58
|
0
|
|
6
|
PEA1094
|
SMK AIR ITAM
|
31
|
0
|
|
7
|
PEB1097
|
SMK CONVENT GREEN LANE
|
105
|
0
|
|
8
|
PEB1100
|
SMK CONVENT PULAU TIKUS
|
25
|
0
|
|
9
|
PEB1109
|
SMK (P) ST GEORGE
|
90
|
0
|
|
10
|
PRA1002
|
SMKA (P) ALMASHOOR
|
69
|
0
|
|
11
|
PEA1211
|
SMK TELOK KUMBAR
|
52
|
0
|
|
12
|
PEA3038
|
SMK PONDOK UPEH
|
108
|
0
|
|
13
|
PEA3039
|
SMK BAYAN LEPAS
|
16
|
0
|
|
14
|
PHA3001
|
KV BALIK PULAU
|
6
|
0
|
|
15
|
PEA4007
|
SMK SAUJANA INDAH
|
66
|
0
|
|
16
|
PEB0044
|
SMK CONVENT (M) BUKIT MERTAJAM
|
98
|
1
|
|
17
|
PEB2061
|
SMK DATUK HJ ABDUL KADIR
|
131
|
1
|
|
18
|
PEE0051
|
SM SAINS TUN SYED SHEH SHAHABUDDIN
|
203
|
3
|
|
19
|
PFT0002
|
SM AGAMA AL-AHMADIAH AL-IJTIMAIAH
|
61
|
3
|
|
20
|
PFT2001
|
SMA DAERATUL MA'ARIFIL WATANIAH SATU
|
110
|
22
|
|
21
|
PEA3033
|
SMK RAJA TUN UDA
|
76
|
26
|
|
22
|
PEA4006
|
SMK TAMAN WIDURI
|
102
|
42
|
|
23
|
PEA0016
|
SMK PERMATANG PASIR
|
164
|
53
|
|
24
|
PEA4001
|
SMK SUNGAI ACHEH
|
156
|
93
|
|
25
|
PEB0042
|
SMK TINGGI BUKIT MERTAJAM
|
131
|
116
|

