:: PERMOHONAN ONLINE TINGKATAN 6 RENDAH

Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengarahkan semua Jabatan Pelajaran Negeri supaya menghantar data pelajar-pelajar tingkatan 6 rendah untuk Permohonan Biasiswa secara online. Semua sekolah yang mempunyai pelajar-pelajar Tingkatan 6 Rendah dikehendaki mengemaskini data Sistem Maklumat Murid (SMM) dengan kadar segera. Pihak sekolah yang terlibat hendaklah mengeksport pelajar Tingkatan 6 sahaja dan dihantar ke Unit HEM, Jabatan Pelajaran Pulau Pinang pada atau sebelum 11 Jun 2008 untuk perhatian Penyelia Biasiswa En. Amat Sazali bin Abu Hassan

Pihak sekolah juga perlu memaklumkan kepada pelajar-pelajar tersebut mengenai permohonan Biasiswa Kelas Persediaan Universiti dan mengagihkan borang permohonan kepada pelajar yang layak.

Sekiranya pihak sekolah gagal menghantar data pada tarikh yang diberikan, dikhuatiri akan menyebabkan pelajar-pelajar sekolah berkenaan tercicir untuk proses pemilihan.

:: KAD ATM

Bank Simpanan Nasional (BSN) di dalam proses penyerahan kad ATM kepada pihak sekolah melalui Guru Biasiswa sekolah. Pihak sekolah diingatkan tidak menerima kad ATM sekiranya pihak bank melanggar perjanjian dengan KPM iaitu had pengeluaran pelajar adalah RM150 untuk 2 bulan bukan 1 bulan seperti yang ditawarkan kepada beberapa sekolah. Guru Biasiswa diminta untuk menghubungi pihak jabatan sekiranya perkara ini berlaku.