:: MESYUARAT PENGURUSAN BIASISWA PERINGKAT NEGERI TAHUN 2011

Satu mesyuarat Pengurusan Biasiswa bagi tahun 2011 akan diadakan di ketetapan berikut:
Daerah Barat Daya dan Timur Laut
Tarikh     :  26hb. September 2011 (Isnin)
Masa      :  8.00 pagi
Tempat   :  SMK Air Itam, Pulau Pinang

Daerah Seberang Perai
Tarikh     :  29hb. September 2011 (Khamis)
Masa      :  8.00 pagi
Tempat   :  SMA Al-Ahmadiah Al-Ijtimaiah, Padang Lalang, Bukit Mertajam, Pulau Pinang

:: PEMBAYARAN DAN TUNTUTAN KECICIRAN BAGI TAWARAN BARU 2011

Pihak kementerian telah membuat pembayaran kepada semua penerima tawaran baru 2011.  Pihak sekolah dikehendaki mengemaskini akaun murid.  Sila buat tuntutan keciciran dengan kadar segera jika murid berkenaan tidak menerima bayaran bagi tahun 2011.

:: TAWARAN BARU BIASISWA KELAS PERSEDIAAN UNIVERSITI (BKPU) TAHUN 2011

Pada tahun ini, KPM telah meluluskan permohonan sebanyak 187 orang murid untuk tawaran baru BKPUA dan BKPUS bagi murid-murid Tingkatan 6.  Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang telah menghantar maklumat penerima ke sekolah masing-masing.

Pihak sekolah dikehendaki untuk mengurus pembukaan akaun pelajar.  Sila kemaskini maklumat penerima dan hantar maklumat berkenaan pada atau sebelum 26 September 2011.

:: PEMBAYARAN BIASISWA KECIL NEGERI (BKN) KEPADA PELAJAR TERTANGGUNG 2011

Sukacita dimaklumkan pembayaran Biasiswa Kecil Negeri bagi Pelajar Tertanggung 2011 telah diterima dari Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang.  Sehubungan dengan itu, pihak sekolah diminta untuk mengambil cek tersebut di Unit Hal Ehwal Murid, Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang mulai 25  - 29 Julai 2011.
Sekiranya terdapat pelajar yang telah berhenti atau bertukar  keluar negeri Pulau Pinang, sila kembalikan peruntukan pelajar berkenaan kepada Pejabat Setiausaha Kerajaan Pulau Pinang di atas nama Tabung Biasiswa Kecil Negeri Pulau Pinang.

:: PENANGGUHAN TARIKH PERMOHONAN ATAS TALIAN BKPU TAHUN 2011

Sukacita dimaklumkan bahawa terdapat perubahan tarikh bagi permohonan BKPU secara atas talian bagi murid tingkatan 6 rendah untuk tahun 2011 yang dijadualkan pada 17 hingga 23 Julai 2011.

Tarikh permohonan BKPU secara atas talian telah ditunda kepada 24 hingga 30 Julai 2011, manakala tarikh semakan data murid yang layak memohon BKPU secara atas talian pula ditunda kepada 17 hingga 23 Julai 2011. Permohonan BKPU secara atas talian boleh dibuat di laman sesawang http://apps.moe.gov.my/biasiswa/. Sila pastikan semua sekolah menggunakan alamat yang betul ketika membuat permohonan secara atas talian bagi mengelakkan sebarang masalah ketika permohonan dibuat.

Sebarang permohonan untuk melanjutkan tempoh permohonan tidak akan dipertimbangkan bagi mengelakkan kelewatan proses pemilihan dan pembayaran biasiswa kepada murid.

:: TAWARAN BARU 2011

Kementerian Pelajaran Malaysia telah meluluskan seramai 3400 permohonan BKP/BKPU.   Pihak Jabatan telah mengeluarkan surat tawaran kepada semua sekolah.  Pihak sekolah perlu memproses secepat mungkin pembukaan akaun pelajar di Bank Simpanan Nasional.

Setelah pembukaan akaun, pihak sekolah perlu mengemaskini senarai nama yang dikepilkan untuk pengemaskinian di peringkat jabatan dan proses pembayaran kepada pelajar.  Sila serahkan pembetulan/pemgemaskinian pada atau sebelum 15 Julai 2011

:: DATA SMM BAGI PERMOHONAN BKPU 2011 SECARA ONLINE (TINGKATAN ENAM RENDAH)

Sekolah-sekolah yang mempunyai pelajar-pelajar Tingkatan 6 Rendah dikehendaki mengemas kini data Sistem Maklumat Murid (SMM) dengan kadar segera. Pihak sekolah yang terlibat hendaklah mengeksport pelajar Tingkatan 6 sahaja dan dihantar ke Unit HEM, Jabatan Pelajaran Pulau Pinang pada atau sebelum 24 Jun 2010.
Data boleh dihantar melalui disket atau muat naik melalui laman blog ini.
Permohonan online tersebut akan diadakan pada 17 – 23 Julai 2011. Pihak sekolah juga perlu memaklumkan kepada pelajar-pelajar tersebut mengenai permohonan Biasiswa Kelas Persediaan Universiti dan mengagihkan borang permohonan kepada pelajar yang layak.
Sekiranya pihak sekolah gagal menghantar data pada tarikh yang diberikan, dikhuatiri akan menyebabkan pelajar-pelajar sekolah tuan tercicir untuk proses pemilihan.

:: PENUTUPAN AKAUN KOPERAT JABATAN PENDIDIKAN PULAU PINANG

Jabatan Pelajaran Pulau Pinang telah menutup Akaun Koperat di Bank Simpanan Nasional di atas arahan KPM.  Oleh yang demikian akaun tersebut tidak digunakan lagi.  Sebarang masalah, sila hubungi pegawai bertanggungjawab di JPN Pulau Pinang.

:: PERMOHONAN ONLINE ZON 3

Permohonan online bagi zon 3 telah tamat ( 17 - 23 April 2011 ). Tahniah kepada semua sekolah kerana telah berjaya mengemaskini data mengikut tempoh waktu yang ditetapkan walaupun terdapat sekolah membuat pengemaskinian di saat-saat akhir.  Senarai murid yang berjaya akan diumumkan kepada semua sekolah setelah diperolehi dari KPM.

:: PELANJUTAN TEMPOH SEMAKAN PERMOHONAN ONLINE

KPM telah melanjutkan tempoh semakan data permohonan biasiswa secara online.  Tarikh akhir telah dilanjutkan sehingga 27 Mac 2011.  Ini berpunca daripada masalah sistem.

:: PERMOHONAN BIASISWA KECIL PERSEKUTUAN (BKP) DAN BIASISWA KELAS PERSEDIAAN UNIVERSITI (BKPU) TAHUN 2011

 Sukacita dimaklumkan bahawa, permohonan BKP dan BKPU tahun 2011 secara atas talian (online) akan dibuka  mengikut zon mulai 3 hingga 23 April 2011. Justeru, semua sekolah dikehendaki membuat semakan senarai nama murid yang layak memohon BKP dan BKPU (Tingkatan 6 Atas) secara atas talian pada 20 hingga 25 Mac 2011 di laman sesawang http://apps.moe.gov.my/biasiswa. Sehubungan dengan itu, pihak tuan adalah dipohon untuk memastikan semua sekolah di bawah seliaan pihak tuan membuat semakan dalam tempoh yang ditetapkan.
Dimaklumkan juga bahawa, permohonan BKP dan BKPU secara atas talian akan dibuka  mengikut zon di laman sesawang yang tertera di atas:
Perak, Pulau Pinang, Kedah, Perlis dan Negeri Sembilan    17 - 23 April 2011

:: BIASISWA BANK NEGARA MALAYSIA 2011

Bank Negara Malaysia (BNM) ingin menawarkan Skim Biasiswa Bank Negara Malaysia bagi pelajar-pelajar yang mencapai keputusan cemerlang dalam PMR2010.

Skim biasiswa ini bertujuan untuk mengenal pasti pelajar-pelajar yang berpotensi tinggi bagi menyertai Program Biasiswa Bank. Skim ini juga akan ditawarkan kepada 20 orang pelajar-pelajar di kawasan pedalaman di setiap negeri yang terdiri daripada keluarga yang berpendapatan rendah sebanyak RM2,000.00 sebulan.

Kriteria pencalonan pelajar-pelajar adalah seperti berikut.
a. Warganegara Malaysia
b. Pencapaian keputusan cemerlang dalam PMR2010 sekurang-kurangnya 7A
c. Penglibatan aktif dalam aktiviti ko-kurikulum dan sukan di peringkat negara, negeri, daerah dan sekolah,
d. Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM2,000.00 sebulan, dan
e. Belum menerima tajaan daripada mana-mana pihak.

Sila kembalikan borang kepada Unit Hal Ehwal Murid, Jabatan Pelajaran Pulau Pinang (u.p. Amat Sazali bin Abu Hassan) pada atau sebelum 7hb. Februari 2011

Klik >>>> : Borang Biasiswa Bank Negara.

:: BIASISWA TELEKOM MALAYSIA 2011

Yayasan Telekom Malaysia telah membuka permohonan biasiswa kecil kepada pelajar-pelajar Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 pada tahun 2011 yang memenuhi syarat dan kelayakan yang ditetapkan.
Permohonan hanya boleh dibuat secara “online” di laman web Yayasan Telekom Malaysia di alamat : http://ytm.tm.com.my/ mulai 19 Disember hingga 18 Februari 2011.

:: PERUBAHAN DASAR BKP/BKPU/BS

Mulai tahun 2011, beberapa pindaan telah dibuat daripada segi kriteria kelayakan dan tatacara pengurusan Biasiswa Kecil Persekutuan, Biasiswa Kelas Persediaan Universiti dan Biasiswa Sukan. Antara pindaan yang dibuat untuk BKP dan BKPU adalah :

a. Pendapatan Ibu Bapa/Penjaga mestilah tidak melebihi RM1,500.00
b. Faktor dan peratusan dalam pengiraan merit
- 50% Prestasi Akademik
- 40% Pendapatan
- 10% Kokurikulum

Kelayakan dan tatacara pengurusan BKP/BKPU adalah berbeza dengan Biasiswa Sukan (BS). Surat Pekeliling Kewangan BKP/BKPU dan BS telah diasingkan bagi mengelakkan kekeliruan berikutan terdapat perbezaan tatacara pengurusan di antara biasiswa tersebut. Oleh yang demikian, pihak sekolah dikehendaki untuk memuat turun 2 Surat Pekeliling Kewangan Bil. 9 dan Bil.10 (Ruangan Muat Turun Fail)

:: TAKWIM PENGURUSAN BIASISWA 2011

Sila muat turun Takwim Pengurusan Biasiswa bagi tahun 2011 (Ruangan Muat Turun Fail) untuk rujukan sepanjang tahun ini.

:: KUTIPAN DATA 2011

Seperti biasa pihak sekolah perlu menghantar data biasiswa pada awal tahun bagi tujuan pembayaran biasiswa kepada pelajar. Data pelajar perlu dikemaskini dan penerima baru 2010 perlu dimasukkan. Semua penerima BKP/BKPU dan BKN perlu terdapat di dalam sistem bagi memastikan tiada pelajar yang tercicir bayaran tahun 2011. Oleh yang demikian pihak sekolah perlu menyemak penerima biasiswa terlebih dahulu sebelum menghantar data.

Data hendaklah dihantar melalui Muat Naik Data Biasiswa pada atau sebelum 14 Januari 2011. Jika pihak sekolah gagal menghantar secara online, penghantaran boleh dibuat dengan menggunakan disket, tarikh penghantaran tetap sama.