:: KEMAS KINI MAKLUMAT PENERIMA TERTANGGUNG DAN BARU TAHUN 2012

Dipohon pihak sekolah untuk mengemas kini Sistem Pengurusan Biasiswa bagi penerima biasiswa BKP/BKPU/BKN baru dan tertanggung tahun 2012. Setelah dikemas kini sila eksport data berkenaan serta muat naik /upload data tersebut pada atau sebelum 15hb. November 2012. Cetakan lampiran pengesahan yang telah disahkan oleh Pengetua hendaklah dihantar kepada Unit Hal Ehwal Murid dengan kadar segera.

:: TAWARAN BIASISWA KECIL NEGERI PULAU PINANG

SUK Pulau Pinang telah mengeluarkan Tawaran Baru BKN kepada pelajar-pelajar baru bagi tahun 2012.  Pihak sekolah dikehendaki untuk mengurus pembukaan akaun dan pembayaran kepada pelajar sebelum cuti sekolah bermula.  Bagi sekolah yang belum mengambil cek penerimam sila hubungi Unit Hal Ehwal Murid JPNPP dengan kadar segera.

:: TAWARAN BARU BIASISWA KECIL PERSEKUTUAN (BKP) DAN BIASISWA KELAS PERSEDIAAN UNIVERSITI (BKPU) TAHUN 2012

Pada tahun ini, KPM telah meluluskan permohonan sebanyak 4202 orang murid bagi negeri Pulau Pinang untuk tawaran baru bagi tahun 2012.   Kelulusan permohonan pada tahun ini juga bergantung kepada markah minima 65%.
Jabatan Pelajaran Negeri telah mengeluarkan surat tawaran kepada semua sekolah.  Pihak sekolah diminta berhati-hati di dalam pengurusan penawaran biasiswa BKP/BKPU supaya tiada murid yang tercicir dalam proses pembayaran yang akan dibuat oleh KPM sedikit masa lagi.
Berikut adalah dokumen yang telah dihantar kepada semua sekolah:
a.    Senarai nama murid yang berjaya dalam permohonan biasiswa
b.    Lampiran H (Surat Persetujuan/Aku Janji)
c.    Lampiran F/G (Surat Tawaran)
d.    Proses Kerja
e.    Buku Manual Prosedur Kerja (MPK) terbaharu.

Mengikut MPK terbaharu terdapat sedikit perubahan kepada beberapa lampiran.  Ini termasuklah Lampiran M dan M1 telah diubah kepada Lampiran F dan G.

Terdapat sedikit ralat pada Lampiran F (Surat Tawaran - Akaun BSN Berkelompok) yang sepatutnya terdapat nombor akaun pelajar.  Pihak sekolah dikehendaki untuk memasukkan nombor akaun pelajar yang terdapat pada senarai nama yang disertakan.

Pihak sekolah boleh menghubungi pegawai berkaitan di Unit HEM JPNPP sekiranya terdapat masalah.

:: INSTURMEN PEMANTAUAN BKP/BKPU

Pemantauan Pengurusuan BKP dan BKPU akan diadakan di sekolah terpilih bagi memastikan semua prosedur penguruan BKP dan BKPU dilaksanakan dengan teratur dan mematuhi semua peraturan kewangan yang sedang berkuat kuasa.

Semasa pemantauan dijalankan, setiap proses dalam pengurusan biasiswa akan disemak dan perlaporan akan dibuat agar pihak sekolah dapat mengambil tindakan pembetulan dan penambahbaikan.  Perkara-perkara yang akan dipantau termasuklah:
  a.  Penyemakan fail-fail pengurusan BKP/BKPU
  b.  Semakan terhadap borang permohonan biasiswa dan dokumen yang berkaitan

Pihak sekolah boleh memuatturun instrumen pemantauan (Lampiran T) yang berkaitan.

:: BATAL : Bengkel Pengurusan Biasiswa kepada Guru Biasiswa Baru

 Bengkel Pengurusan Biasiswa kepada Guru Biasiswa Baru yang dijangka akan diadakan pada 4 - 6 September 2012 dibatalkan kerana terdapat masalah yang tidak dapat dielakkan.  Bengkel ini mungkin akan diadakan pada satu tarikh yang akan diberitahu kelak.

:: SEMAKAN DATA & PERMOHONAN BIASISWA (BKPU) ONLINE BAGI TINGKATAN 6 RENDAH

Pihak sekolah boleh membuat semakan data bagi permohonan online bermula 30 Julai hingga 3 Ogos 2012.  Semakkan ini membolehkan guru-guru mengenalpasti murid-murid yang layak untuk membuat permohonan BKPU online yang akan diadakan pada 6 - 11 Ogos 2012.  Data permohonan online ini diambil dari kutipan data SMM bulan Jun 2012.

:: MESYUARAT PENGURUSAN BIASISWA 2012

Mesyuarat Pengurusan Biasiswa Peringkat Negeri Tahun 2012 akan diadakan pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut:

Daerah               Tarikh           Masa                  Tempat
Pulau                 28/06/2012    8.30 - 4.30 ptg    SMK Air Itam, 11500 Air Itam, Pulau Pinang
Seberang Perai    29/06/2012    8.30 - 4.30 ptg    PPD Selatan, Pulau Pinang

:: PENUNDAAN TARIKH PERMOHONAN ONLINE

Permohonan online Zon 3 yang dijangkakan pada 7 - 13 Mei 2012 telah ditunda pada tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.  Penundaan ini adalah disebabkan oleh data APDM yang akan digunakan terdapat pelbagai masalah semasa semakan data tempohari.  KPM akan menggunakan semula data SMM seperti tahun-tahun lepas.

:: SKIM BIASISWA BANK NEGARA MALAYSIA

Bank Negara Malaysia (BNM) ingin menawarkan Skim Biasiswa Bank Negara Malaysia bagi pelajar-pelajar yang mencapai keputusan cemerlang dalam PMR2011.

Skim biasiswa ini bertujuan untuk mengenal pasti pelajar-pelajar yang berpotensi tinggi bagi menyertai Program Biasiswa Bank. Skim ini juga akan ditawarkan kepada 20 orang pelajar-pelajar di kawasan pedalaman di setiap negeri yang terdiri daripada keluarga yang berpendapatan rendah sebanyak RM2,000.00 sebulan.

Kriteria pencalonan pelajar-pelajar adalah seperti berikut.
a. Warganegara Malaysia
b. Pencapaian keputusan cemerlang semua A dalam PMR2011
c. Penglibatan aktif dalam aktiviti ko-kurikulum dan sukan di peringkat negara, negeri, daerah dan sekolah,
d. Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM2,000.00 sebulan, dan
e. Belum menerima tajaan daripada mana-mana pihak.

Sekolah yang terlibat boleh mencalonkan 2 orang pelajar.  Sila kembalikan borang kepada Unit Hal Ehwal Murid, Jabatan Pelajaran Pulau Pinang (u.p. Amat Sazali bin Abu Hassan) pada atau sebelum 18hb. April 2012

Klik >>>> : Borang Biasiswa Bank Negara.

:: MAKLUMAN TAWARAN BIASISWA ASEAN BUSINESS ADVISORY COUNCIL (ASEAN-BAC) 2012

Sukacita dimaklumkan Bahagian Dasar & Hubungan Antarabangsa telah memanjangkan tawaran biasiswa oleh ASEAN Business Advisory Council (ASEAN-BAC) melalui Bahagian Pengurusan Sekolah Harian mengenai tawaran tersebut kepada semua sekolah menengah di bawah kawalan Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang.

Tawaran biasiswa (bernilai USD 27,500) ini adalah untuk pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran (Ijazah Sarjana Muda) di Tan Tao University (universiti swasta) di Vietnam bagi sesi pengajian 2012 dan 2013.  Universiti ini menawarkan 8 major iaitu Civil Engineering, Electrical Engineering , Computer Science, Finance Banking, Accounting, International Business, Business Management dan English Language.

Sila muat turun syarat dan borang permohonan di bawah:
Syarat dan borang permohonan
Laman Web Asean Foundation

Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar secara terus kepada:
Tan Tao University Avenue,
Tan Duc Ecity, Duc Hoa District,
Long An Province,Vietnam,
( attention to: Ms. Ha Bui email: bhtha@itagroup-vn.com /
 Mr. Alex Nguyen email: hieu.nguyen@ttu.edu.vn )

dan disalinkan kepada
Bahagian Dasar & Hubungan Antarabangsa,
Aras 7, Blok E8, Parcel D,
Pusat Pentadbiran Kerajan Persekutuan
62604 Putrajaya.

:: PEMBAYARAN BKP/BKPU TERTANGGUNG 2012

Sukacita dimaklumkan bahawa pembayaran Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP) dan Biasiswa Kelas Persediaan Universiti (BKPU) bagi negeri Pulau Pinang telah dikreditkan ke akaun pelajar oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) pada 8 Mac 2012.

Sehubungan dengan itu, pihak sekolah diminta untuk mengemaskini / menyemak akaun pelajar dan seterusnya membuat tuntutan jika berlaku keciciran.  Maklumat keciciran tersebut haruslah dihantar terus kepada Unit Hal Ehwal Murid dengan kadar segera.  Sila semak dengan lebih teliti maklumat pelajar tercicir supaya ia tidak berlaku keciciran seterusnya.  Sila hantar tuntutan keciciran tersebut pada atau sebelum 5 April 2012

:: KUTIPAN DATA BKP DAN BKPU TAHUN 2012

Adalah dimaklumkan bahawa seperti biasa, pihak sekolah dikehendaki mengemas kini maklumat murid penerima biasiswa di dalam Sistem Pengurusan Biasiswa untuk pembayaran kepada murid bagi tahun 2012. Data yang telah dikemaskini perlu dieksport  dan dimuatnaik/upload melalui laman ini pada atau sebelum 3 Februari 2012 (Jumaat).
Sila pastikan semua maklumat murid penerima bantuan biasiswa dimasukkan ke dalam sistem.  Cetak Maklumat Pengesahan Data melalui sistem  untuk menyemak senarai murid serta menghantar cetakan tersebut setelah dibuat pengesahan oleh Pengetua Sekolah kepada Unit Hal Ehwal Murid, Jabatan Pelajaran Pulau Pinang dengan kadar segera.  Sekiranya pihak sekolah gagal memastikan keesahan data serta terdapat murid yang tiada di dalam sistem, ini akan menyebabkan keciciran pembayaran kepada murid berkenaan.

Di samping itu,  pihak sekolah seharusnya telah mengedarkan borang permohonan biasiswa berserta syarat-syarat kelayakan kepada pelajar yang ingin memohon biasiswa bagi tahun 2012. Sila kutip semula borang permohonan tersebut selewat-lewatnya pada 29 Februari 2012.  Borang tersebut perlu melalui proses tapisan dan saringan.  Senarai pendek permohonan hendaklah dikemukakan secara online yang akan dibuka pada 7 – 13 Mei 2012 nanti.  Pastikan juga nama murid-murid berkenaan terdapat di Sistem Maklumat Murid dalam kutipan 31 Januari 2012 nanti.