KPM telah selesai mengemaskini Aplikasi Pengurusan Bantuan (APB).  Lantaran itu KPM telah membuka talian APB supaya proses pengemaskinian murid tertanggung tahun 2016 dilakukan bermula pada 1 Februari hingga 29 Februari 2016.

Pihak sekolah dimohon untuk membuat pengemaskinian data murid tertanggung sekolah masing-masing.  Murid-murid yang tidak diaktifkan semasa tempoh tersebut akan dianggap tidak bersekolah dan tiada bayaran akan dibuat ke atas murid berkenaan.  Proses pengemaskinian tersebut boleh dilakukan pada laman sesawang https://apdm.moe.gov.my

Semua Guru Biasiswa juga perlu melengkapkan Kajian Soalselidik Pengurusan BKP/BKPU melalui pautan di laman sesawang yang sama sebelum/semasa mengemaskini data murid tertanggung tahun 2016.

:: BIASISWA KECIL NEGERI 2016

Pihak tuan dipohon untuk menghantar data Biasiswa Kecil Negeri (BKN) dengan menggunakan borang senarai penerima bagi tujuan pembayaran tahun 2016. Borang tersebut boleh yang disediakan. Borang yang telah lengkap (softcopy) hendaklah dihantar melalui laman blog ini pada atau sebelum 5 Februari 2016 (Jumaat).

Sila pastikan semua murid penerima bantuan biasiswa BKN termasuk tawaran baru 2015 dimasukkan bagi mengelak keciciran bayaran oleh Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Pulau Pinang.

>> Borang BKN 2016

:: SKIM BIASISWA ANAK PEKEBUN KECIL RISDA TAHUN 2016

Pengurusan RISDA menyediakan Skim Biasiswa Anak Pekebun Kecil RISDA.  Skim ini merupakan bantuan kewangan kepada anak-anak pekebun kecil dari keluarga berpendapatan rendah serta berpotensi dan berdaya maju dalam bidang akademik.

Anak-anak pekebun kecil yang berjaya akan diberikan elaun saku sebanyak RM500 setahun (secara one-off) serta berpeluang mengikuti program-program pembangunan yang dianjurkan oleh RISDA bagi meningkat tahap intelektual dan prestasi diri mereka.

Syarat kelayakan untuk skim biasiswa ini adalah seperti berikut:

  • Terbuka kepada anak pekebun kecil yang masih bersekolah di Tingkatan Lima pada Tahun 2016.
  • Pemohon memperoleh sekurang-kurangnya 4C daripada 5 mata pelajaran teras semasa peperiksaan akhir tahun Tingkatan Empat.
  • Menyertai kegiatan ko-kurikulum dan sukan.
  • Pendapatan kasar keluarga tidak melebihi RM2,000 sebulan.
  • Tidak menerima sebarang biasiswa, bantuan atau tajaan daripada pihak lain.

>>  Muat turun Borang