:: PEMBAYARAN BKP TAWARAN BARU 2013 (AKAUN BERKELOMPOK)

Pembayaran Tawaran Baru BKP Tahun 2013 bagi akaun berkelompok telah selesai dikreditkan oleh KPM ke akaun murid pada 8 Nov 2013. Pembayaran tersebut hanya melibatkan penerima BKP Tawaran Baru (akaun berkelompok) sahaja.  Pembayaran kepada penerima BKP Tawaran Baru (Bukan Akaun Kelompok) dan BKPU akan dikreditkan sedikit masa lagi.

:: PENGEMASKINIAN SETUJU TERIMA DAN "KEY-IN" NOMBOR AKAUN BSN

Kementerian Pendidikan Malaysia telah meluluskan permohonan Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP) dan Biasiswa Kelas Persediaan Universiti (BKPU) tahun 2013 bagi murid-murid yang layak serta mencapai tahap minimum yang ditetapkan. 
Berikut adalah beberapa perkara yang perlu dilakukan oleh pihak sekolah untuk memproses penerimaan BKP/BKPU Tahun 2013 :
  • Menyemak senarai berkenaan di dalam menu Senarai Berjaya. 
  •  Sekolah mencetak Surat Tawaran dan diserahkan kepada murid. 
  •  Murid membuka akaun di BSN dan menyerahkan nombor akaun kepada sekolah. (Semua murid BKPU perlu buka akaun secara tidak berkelompok) iaitu buka akaun secara manual di semua Cawangan BSN atau menggunakan akaun sedia ada.
  • Guru Biasiswa key-in nombor akaun murid (akaun tidak berkelompok) & menandai ruangan setuju terima/tolak di dalam sistem ke dalam sistem selewat-lewatnya:
                        BKP2 dan BKP3             :               15 September 2013
                        BKPUA dan BKPUS        :               22 September 2013

Kegagalan menandai pada ruangan tersebut akan menyebabkan murid dikira sebagai menolak tawaran yang diberikan

:: PROGRAM BIASISWA PENDIDIKAN 1MALAYSIA

Program Biasiswa Pendidikan 1Malaysia dilaksanakan dengan kebenaran KPM pada 21 Mei 2013 (Ruj:KP(BPSH-SPDK)201/002/Jld.196(71).  Program ini adalah anjuran bersama Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) bagi membantu pelajar-pelajar Melayu yang miskin.  Objektif PBP1M adalah membuka peluang melanjutkan pelajaran dalam aliran sains kepada pelajar-pelajar miskin yang mempunyai potensi akademik yang baik serta membantu pelajar yang miskin dan gagal mendapat pembiayaan pembelajaran yang mencukupi daripada mana-mana agensi kerajaan.

Syarat-syarat kelayakan minimum adalah:

a.    Pendapatan Ibu bapa tidak melebihi RM1500
b.    Mendapat kepujian dalam:
   • Bahasa Melayu
   • Matematik Moden
   • Sains atau Fizik atau Kimia atau Biologi
   • 2 subjek lain dan;
   • Lulus Bahasa Inggeris

Oleh yang demikian, pihak sekolah diminta untuk mengenal pasti 2 orang murid Melayu (seorang lelaki dan seorang perempuan) lepasan SPM 2012 yang gagal menerima sebarang tawaran IPT serta berminat untuk memohon biasiswa tersebut.
Borang permohonan yang telah dilengkapkan boleh dihantar melalui Unit Hal Ehwal Murid, Jabatan Pendidikan Pulau Pinang pada atau sebelum 9 September 2013.

Sebarang pertanyaan mengenai program boleh dikemukakan kepada:

    Pihak Sekretariat
    Program Biasiswa Pendidikan 1 Malaysia (PBP1M)
    Tel :019-9152334 dan 012-9281085
    Fax: 04-9771948

Berikut adalah dokumen berkaitan:
>>  Borang Permohonan
>>  Jadual Pelaksanaan
>>  Slaid Program

:: MASALAH PEMBUKAAN AKAUN BSN

Terdapat sedikit masalah teknikal terhadap sesetengah penerima biasiswa (BKP) yang terdiri daripada murid-murid tingkatan 1 yang ingin membuka akaun BSN.  Masalah teknikal ini disebabkan murid-murid tersebut mempunyai no KP yang dimulai dengan "00...."   Pihak BSN induk telah memaklumkan akan menyelesaikannya pada minggu hadapan awal bulan September.  Oleh yang demikian, guru-guru boleh menyuruh murid-murid yang menghadapi masalah membukanya semula pada minggu hadapan.  Guru-guru boleh mengemaskini maklumat akaun pada atau sebelum 12 September 2013

:: SURAT TAWARAN DAN PEMBUKAAN AKAUN BSN

Sukacita dimaklumkan bahawa KPM telah meluluskan permohonan seramai 3,659 orang murid bagi Biasiswa Kecil  Persekutuan (BKP) yang melibatkan peruntukan sebanyak RM 3.1 juta bagi negeri Pulau Pinang.  Oleh yang demikian, pihak sekolah diminta untuk mencetak surat tawaran BKP bagi pemohon-pemohon yang berjaya. 

Surat tawaran tersebut boleh dicetak terus dari laman sesawang:  http://apb.moe.gov. Tatacara proses tawaran juga boleh dimuat turun dari laman sesawang tersebut melalui ikon Demo Manual di sebelah kiri. Pelajar-pelajar yang berjaya dikehendaki membuka akaun BSN dengan kadar segera.  Pihak sekolah dikehendaki untuk mengemas kini no akaun di dalam sistem bagi pelajar-pelajar yang tidak dibekalkan dengan no akaun secara berkelompok.

:: PELANJUTAN TEMPOH PERMOHONAN BKPU 2013

Permohonan Biasiswa Kelas Persediaan Universiti (BKPU) telah dibuka pada 8 hingga 14 Julai 2013.  Walau bagaimanapun disebabkan terdapat beberapa masalah teknikal yang dihadapi oleh pihak sekolah, KPM telah bersetuju untuk melanjutkan tempoh permohonan sehingga 16 Julai 2013.  Diharap dengan pelanjutan tempoh ini akan membolehkan pihak sekolah menyiapkan proses permohonan dengan sempurna.

:: MENU BARU DALAM APB

Menu carian murid telah selesai diwujudkan bagi memudahkan pihak sekolah mengenal pasti mengapa senarai murid yang layak memohon BKP dan BKPU tidak muncul di Aplikasi Pengurusan Bantuan (APB).
Pihak BPM telah mewujudkan sub menu baru (Carian Murid) di bawah menu :
Permohonan Baru (login oleh Sekolah)
Menu ini boleh digunakan oleh sekolah sekiranya ingin menyemak maklumat yang belum lengkap di isi dalam APDM dan menyebabkan murid tidak dipaparkan dalam senarai APB.



Tanggungan salah seorang pada ibu/bapa tidak diisi. Ini menyebabkan maklumat tidak dapat dipaparkan di dalam APB. Data murid tidak dipaparkan dalam APB dan kriteria asas permohonan biasiswa seperti dinyatakan dalam page di bawah


:: PEMOHONAN BKPU SECARA ATAS TALIAN TAHUN 2013

Adalah dimaklumkan bahawa permohonan Biasiswa Kelas Persediaan Universiti (BKPU) akan dibuka pada 8 hingga 14 Julai 2013.

Data permohonan BKPU adalah berdasarkan kepada data Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM).  Oleh yang demikian pihak sekolah dikehendaki untuk menyemak semula pelajar-pelajar yang layak memohon di dalam APDM.

Proses permohonan biasiswa atas talian BKP/BKPU boleh dilakukan pada laman sesawang:
http://apb.moe.gov.my

Semasa proses permohonan atas talian, pihak sekolah hanya perlu mengemas kini data calon layak serta yang memohon sahaja (Maklumat akademik & kokurikulum).  Kegagalan pihak sekolah mengemas kini data akan menyebabkan keciciran permohonan pelajar

:: PENCALONAN PROGRAM BIASISWA RMHC 2013

Seperti tahun-tahun lepas, RMHC Malaysia atau Persatuan Kebajikan Ronald McDonald Malaysia sekali lagi ingin meneruskan pemberian biasiswa kepada pelajar-pelajar yang layak.
Kriteria kelayakan adalah seperti berikut:
1.  Tingkatan 1 sekolah harian pada tahun 2013
2.  Pendapatan tidak melebihi RM1500
3.  Keputusan cemerlang UPSR - sekurang-kurangnya 4A
4.  Aktif ko kurikulum & sukan
5.  Rekod disiplin yang baik.

Pihak sekolah di negeri Pulau Pinang yang ingin mencalonkan murid yang layak (2orang murid setiap sekolah) bolehlah memuatturun fail berkaitan.  Borang permohonan tersebut hendaklah dihantar kepada Penolong Pengarah Tajaan dan Biasiswa, Unit Hal Ehwal Murid, Jabatan Pelajaran Pulau Pinang selewat-lewatnya pada atau sebelum 12 Jun 2013 jam 12.00 tengahari.  Borang-borang yang lewat diterima tidak akan dilayan.

Muatturun Borang

:: PEMBAYARAN BIASISWA KECIL NEGERI (BKN)

Jabatan Pelajaran Negeri telah menerima cek bagi pembayaran Biasiswa Kecil Negeri (BKN) bagi tahun 2013.  Sehubungan dengan itu pihak sekolah diminta untuk mengambil cek berkaitan di Unit Hal Ehwal Murid, Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang dengan kadar segera.  Cek tersebut boleh diambil mulai 14 Mei 2013 sehingga 23 Mei 2013

:: TAKLIMAT APLIKASI PENGURUSAN BANTUAN KEPADA GURU BIASISWA

Adalah dimaklumkan bahawa pada tahun ini Kementerian Pelajaran Malaysia akan menggunakan Aplikasi Pengurusan Bantuan(APB) bagi permohonan Biasiswa Kecil Persekutuan(BKP) dan Biasiswa Kelas Persediaan Universiti (BKPU) bagi tahun ini bermula pada 13 – 19 Mei 2013. 

Oleh yang demikian, satu taklimat berkaitan akan diadakan mengenai penggunaan Aplikasi Pengurusan Bantuan(APB). Guru biasiswa dijemput untuk menghadiri taklimat yang akan diadakan  :

PPD Barat Daya dan Timur Laut
Tarikh :  17hb. April 2013 (Rabu)
Masa  :  8.30 – 4.30 petang
Tempat :  PPD Barat Daya

PPD Utara, Tengah dan Selatan
Tarikh :  18hb. April 2013 (Khamis)
Masa  :  8.30 – 4.30 petang
Tempat :  PPD Utara

Guru biasiswa diminta untuk membawa komputer riba, wayar sambungan dan broadband (jika ada) untuk mengurangkan kesesakan penggunaan.

:: DAFTAR PENGGUNA UNTUK SISTEM PENGURUSAN BANTUAN 2013

Pada tahun ini KPM akan menggunakan Aplikasi Pengurusan Bantuan bagi permohonan online tahun 2013 dan pengurusan data tertanggung.  Sebelum pihak sekolah menggunakannya, pengguna(guru biasiswa) perlu mendaftar sebagai guru biasiswa di dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) (sila rujuk dengan penyelaras APDM peringkat sekolah) sebelum boleh menggunakannya.  Permohonan online akan dibuka pada 13 - 19 Mei 2013 bagi negeri Pulau Pinang di sesawang :  http://biasiswa.sekolahmalaysia.com/ 

http://apb.moe.gov.my

Sebelum itu, pihak sekolah dikehendaki menyemak data APDM bagi melihat kelayakan murid untuk memohon BKP secara online nanti.  Semakan boleh dibuat pada 8 - 14 April 2013.
Untuk maklumat lanjut sila hubungi En. Amat Sazali, Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang.

:: TAKWIM 2013

Pihak sekolah diminta untuk memuatturun takwim BKP/BKPU/BS bagi tahun 2013.  Pihak sekolah dikehendaki memastikan mematuhi tarikh yang dinyatakan supaya tidak berlaku kesukaran dalam pengurusan biasiswa di peringkat sekolah.

Muatturun Takwim

Pembayaran Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP) dan Biasiswa Kelas Persediaan Universiti (BKPU) bagi negeri Pulau Pinang telah dikreditkan ke akaun pelajar oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) pada 13 Mac 2013.

Pihak sekolah diminta untuk mengemaskini / menyemak akaun pelajar dan seterusnya membuat tuntutan jika berlaku keciciran kepada Unit Hal Ehwal Murid dengan kadar segera.  Sila hantar tuntutan keciciran pada atau sebelum 30 April 2013

:: TAWARAN BIASISWA KECIL YAYASAN TELEKOM MALAYSIA

Seperti tahun-tahun lalu, Yayasan Telekom Malaysia ( Yayasan TM) sekali lagi membuka permohonan biasiswa kecil kepada pelajar-pelajar Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 pada tahun 2013 yan memenuhi syarat dan kelayakan yang ditetapkan.  Permohonan boleh dibuat secara "online: di laman web http://tm.com.my/ytm  Tarikh tutup permohonan tersebut adalah 28 Februari 2012.

:: KUTIPAN DATA BIASISWA JANUARI 2013

Adalah dimaklumkan bahawa seperti biasa, pihak sekolah dikehendaki mengemas kini maklumat murid penerima biasiswa (BKP, BKPU dan BKN)  di dalam Sistem Pengurusan Biasiswa untuk pembayaran bagi tahun 2013. Data yang telah dikemas kini perlu dieksport  dan dimuat naik / upload  pada atau sebelum 12 Februari 2013 (Selasa)

Data boleh dihantar sama ada menggunakan versi 3 atau versi 4.  Di samping itu,  pihak sekolah seharusnya telah mengedarkan borang permohonan biasiswa berserta syarat-syarat kelayakan kepada pelajar yang ingin memohon biasiswa bagi tahun 2013. Sila kutip semula borang permohonan tersebut selewat-lewatnya pada 11 Mac 2013.  Borang tersebut perlu melalui proses tapisan dan saringan.  Senarai pendek permohonan hendaklah dikemukakan secara online yang akan dibuka pada 29 April – 5 Mei 2013 nanti

:: PEMBATALAN SPB VERSI 4.0

Penggunaan Aplikasi Sistem Pengurusan Biasiswa Versi 4.0 terpaksa dibatalkan.
Pembatalan ini adalah disebabkan Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM) Kementerian Pelajaran Malaysia akan mengeluarkan versi atas talian / online tidak lama lagi (tahun 2013)
Walau bagaimanapun pengguna boleh menggunakannya untuk sementara waktu untuk memudahkan proses eksport dan beberapa kemudahan lain disediakan.  Pengguna boleh mengeksport data sedia ada kemudian mengeksport kemudian mengeksport semula data tersebut ke dalam aplikasi sedia ada.

:: APLIKASI SPB VERSI 4 & KUTIPAN DATA TAHUN 2013

Pihak sekolah dikehendaki mengemas kini maklumat murid penerima biasiswa (BKP, BKPU, BS dan BKN)  di dalam Sistem Pengurusan Biasiswa untuk pembayaran bagi tahun 2013.  Pada tahun ini, pihak sekolah perlu mengemas kini data menggunakan Aplikasi Pengurusan Biasiswa versi terbaharu (versi 4) yang boleh dimuat turun melalui laman ini.  Data yang telah dikemas kini perlu dieksport  dan dimuat naik / upload melalui laman berkenaan pada atau sebelum 6 Februari 2013 (Rabu).
---------------------------------------------------BATAL ---------------------------------------------------------
Sila pastikan semua maklumat murid penerima bantuan biasiswa (BKP, BKPU, BS dan BKN)  dimasukkan ke dalam sistem.  Pada tahun ini penerima Biasiswa Sukan juga perlu dimasukkan ke dalam sistem bagi tujuan pemantauan.  Cetak Maklumat Pengesahan Data melalui sistem  untuk menyemak senarai murid serta menghantar cetakan tersebut setelah dibuat pengesahan oleh Pengetua Sekolah kepada Unit Hal Ehwal Murid, Jabatan Pelajaran Pulau Pinang dengan kadar segera.  Sekiranya pihak sekolah gagal memastikan kesahan data serta terdapat murid yang tiada di dalam sistem, ini akan menyebabkan keciciran pembayaran kepada murid berkenaan.
---------------------------------------------------BATAL ---------------------------------------------------------
Di samping itu,  pihak sekolah juga seharusnya telah mengedarkan borang permohonan biasiswa berserta syarat-syarat kelayakan kepada pelajar yang ingin memohon biasiswa bagi tahun 2013. Sila kutip semula borang permohonan tersebut selewat-lewatnya pada 11 Mac 2013.  Borang tersebut perlu melalui proses tapisan dan saringan.  Senarai pendek permohonan hendaklah dikemukakan secara online yang akan dibuka pada 29 April – 5 Mei 2013 nanti.  Permohonan pada tahun ini akan berdasarkan data APDM tahun semasa.
---------------------------------------------------BATAL ---------------------------------------------------------
Muat turun aplikasi...

:: SKIM BIASISWA BANK NEGARA 2013

Bank Negara Malaysia (BNM) ingin menawarkan Skim Biasiswa Bank Negara Malaysia bagi pelajar-pelajar yang mencapai keputusan yang cemerlang di dalam PMR 2012. Skim biasiswa ini bertujuan untuk mengenal pasti pelajar-pelajar yang berpotensi tinggi bagi menyertai Program Biasiswa BNM.
Pihak jabatan ingin meminta kerjasama daripada pihak sekolah untuk mencalonkan dua orang (2) orang sahaja pelajar cemerlang bagi setiap sekolah berdasarkan kepada keputusan PMR 2012 untuk disenarai pendek bagi menjalani proses penilaian dan temuduga. Untuk makluman tuan/puan, kriteria-kriteria pencalonan pelajar-pelajar adalah seperti berikut :

       (a)   Warganegara Malaysia;
       (b)   Pencapaian keputusan cemerlang dalam PMR 2012 sekurang-kurangnya 7A;
       (c)   Penglibatan aktif dlm aktiviti ko-kurikulum dan sukan di peringkat negara/negeri/daerah/sekolah
       (d)   Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM2,000.00 sebulan; dan
       (e)   Belum menerima tajaan daripada mana-mana pihak

Pihak Bank Negara memerlukan senarai nama tersebut pada atau sebelum 17 Januari 2013.  Oleh itu, pihak Jabatan akan mengemukakan sepuluh (10) pelajar terawal serta paling berkelayakan yang mengemukakan pencalonan.  Sila download borang di bawah lengkapkan kemudian email kepada amatsazali@yahoo.com dengan kadar segera.  Borang cetakan yang telah ditandatangani boleh dihantar pada minggu yang berikutnya pada atau sebelum 24 Januari 2013 di Unit Hal Ehwal Murid, untuk perhatian Penolong Pengarah Tajaan dan Biasiswa.

Download Borang.