:: TAKLIMAT PENGURUSAN BIASISWA 2010

Satu taklimat pengurusan biasiswa bagi tahun 2010 akan diadakan mengikut daerah pada :

12 Julai 2010 Daerah Pulau - SK Bukit Gelugor
13 Julai 2010 Daerah Utara/Tengah - SMK Tinggi Bukit Mertajam
14 Julai 2010 Daerah Selatan - PPD Selatan
Masa : 8.30 pagi

Sila bawa maklumat berikut:
a. Senarai penerima BKP/BKN
b. Senarai nama tercicir Tahun 2010
c. Bilangan pelajar yang telah dan belum menerima kad biasiswa

:: DATA SMM TING 6 RENDAH

Permohonan Biasiswa Kelas Persediaan Universiti (BKPU) akan dibuat secara online pada 8 - 14 Julai 2010, berikutan dengan itu pihak sekolah dikehendaki menghantar data Sistem Maklumat Murid bagi pelajar Tingkatan 6 Rendah dengan kadar segera ke Unit Hal Ehwal Murid.
Data tersebut hendaklah diserahkan pada atau sebelum 8 Jun 2010. Kegagalan pihak sekolah menghantar data akan menyebabkan murid-murid sekolah berkenaan akan tercicir bagai permohonan online tersebut.

:: PROSES 'KEY-IN' PERMOHONAN BKP/BKPU

Sukacita dimaklumkan bahawa proses key-in permohonan Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP) dan Biasiswa Kelas Persediaan Universiti (BKPU) bagi Zon 3 yang melibatkan negeri Perak, Pulau Pinang, Kedah, Perlis dan Negeri Sembilan akan bermula 25 April hingga 1 Mei 2010.

Bagi mengelakkan sebarang kesulitan, pihak sekolah dinasihatkan proses key-in permohonan BKP dan BKPU dilakukan awal dan tidak dilakukan pada hari-hari akhir. Proses key-in boleh dilakukan di http://apps.emoe.gov.my/bkp/

:: SEMAKAN AKAUN PELAJAR TERTANGGUNG

Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengkreditkan wang bantuan biasiswa BKP/BKPU pada 10 Mac 2010 yang lalu. Diharap pihak sekolah dapat membuat semakan/pengemaskinian buku akaun pelajar di Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berdekatan.

Jika terdapat pelajar yang tercicir, sila buat tuntutan dengan kadar segera. Sila masukkan semula wang lebihan pembayaran ke akaun Pengarah, Jabatan Pendidikan Pulau Pinang (jika ada)

:: TAKWIM PENGURUSAN BKP / BKPU / BS 2010

Takwim Pengurusan Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP), Biasiswa Kelas Persediaan Universiti (BKPU) dan Biasiswa Sukan boleh dimuatturun di bahagian Muat Turun Fail.

:: BIASISWA KECIL YAYASAN TELEKOM MALAYSIA 2010

Yayasan Telekom Malaysia ( Yayasan TM ) sekali lagi membuka permohonan biasiswa kecil kepada pelajar-pelajar di Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 pada tahun 2010 dan memenuhi syarat dan kelayakan yang ditetapkan.

Permohonan hanya boleh dibuat secara 'online' di laman web : http://ytm.tm.com.my mulai 20 Januari dan tarikh tutup permohonan adalah pada 18 Februari 2010.

Tatacara Memohon, syarat dan kelayakan boleh diperolehi dari laman web berkenaan.

:: PERMOHONAN BIASISWA SUKAN 2010

Permohonan Biasiswa Sukan 2010 sedang diedarkan ke semua sekolah. Borang yang lengkap dan telah disahkan pengetua sekolah hendaklah dihantar oleh pihak pengurusan sekolah ke Unit Sukan JPNPP sebelum 31 Mac 2010.

Permohonan/key-in secara atas talian (on-line) akan diuruskan oleh Unit Sukan yang berkaitan di JPN mulai pada 18 April 2010 dan talian akan ditutup pada 24 April 2010.

Permohonan daripada Sekolah Sukan Malaysia hendaklah dihantar ke BSSK sebelum 31 Mac 2010.

Pihak sekolah boleh muatturun Borang Permohonan beserta Panduan untuk makluman dan tindakan.

Muatturun borang dan panduan.

:: PERMOHONAN BIASISWA BKP/BKPU 2010

Permohonan Biasiswa BKP/BKPU telah bermula di peringkat sekolah. Pihak sekolah boleh mengedar borang permohonan kepada pelajar-pelajar yang layak berdasarkan pendapatan, akademik dan kokurikulum.

Permohonan tersebut perlu diproses terlebih dahulu untuk memastikan hanya pemohon yang layak sahaja dipilih untuk dikemaskini semasa permohonan online yang akan diadakan pada 18hb. - 24hb. April 2010

:: PEMBAYARAN BIASISWA 2010

Pada tahun 2010 ini, pembayaran biasiswa akan dibuat terus oleh Kementerian Pelajaran Malaysia kepada akaun pelajar. Jabatan pelajaran hanya memantau kemasukan wang ke dalam akaun. Walau bagaimanapun maklumat pelajar akan dikemaskini oleh JPN berdasarkan data yang diperolehi dari pihak sekolah.
Pihak sekolah dikehendaki menghantar data pada atau sebelum 22hb. Januari 2010. JPN perlu mengemaskini data sebelum 31 Januari 2010. Kegagalan pihak sekolah menghantar data yang betul dan tepat akan menyebabkan keciciran bayaran.