:: TARIKH PEMOHONAN BKP / BKPU SECARA ATAS TALIAN TAHUN 2014

Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP) / Biasiswa Kelas Persediaan Universiti (BKPU) Zon 3 bagi Negeri Pulau Pinang, Perlis, Kedah, Perak dan Negeri Sembilan akan dibuka pada 5 Mei  hingga 11 Mei 2014.

Sehubungan dengan itu, Guru Biasiswa perlu mengambil tindakan sewajarnya.  Data permohonan BKP/BKPU adalah berdasarkan kepada data Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM).

Proses permohonan biasiswa atas talian BKP/BKPU boleh dilakukan pada laman sesawang:  http://apb.moe.gov.my   Semasa proses permohonan atas talian, pihak sekolah hanya perlu mengemas kini data calon layak serta yang memohon sahaja (Maklumat akademik & kokurikulum).  Kaedah pengisian markah peperiksaan seperti jadual diberikan.


Kegagalan pihak sekolah mengemas kini data akan menyebabkan keciciran permohonan murid.


:: KECICIRAN NAMA SENARAI BKN 2014

Pihak Jabatan Pendidikan Pulau Pinang telah menerima data BKN tertanggung 2014 daripada pihak sekolah.  Walau bagaimanapun pihak SUK Pulau Pinang telah menyenaraikan senarai nama murid tertanggung yang telah dibayar pada tahun sebelum tiada dalam senarai nama yang dihantar oleh pihak sekolah.  Oleh yang demikian, pihak sekolah yang terlibat dikehendaki memberi maklumbalas sekiranya murid sekolah tuan terlibat. Sama ada pihak sekolah terlepas pandang atau murid berkenaan telah berhenti atau bertukar sekolah luar negeri Pulau Pinang.

>>  Muat turun senarai nama.

Maklum balas hendaklah dihantar sesegera mungkin atau pada/sebelum 22 April 2014. Penghantaran data (format excel) boleh dibuat melalui Telegram atau email : amatsazali@yahoo.com

:: SEMAKAN DATA PERMOHONAN BARU MELALUI APB

Pihak sekolah diminta untuk menyemak data kelayakan permohonan biasiswa melalui Aplikasi Pengurusan Bantuan (APB) yang bermula 7 - 20 April 2014.  Semakan ini dibuat untuk memastikan murid-murid yang layak memohon terdapat di dalam senarai layak di dalam APB.  Sila lawati : http://apb.moe.gov.my/ Kelayakan ini berkait rapat dengan data Aplikasi Pangkalan Data Murid.  Sekiranya terdapat murid yang layak tetapi tidak tersenarai, sila kemaskini data APDM terlebih dahulu.  Medan-medan yang penting perlu disemak adalah seperti Pendapata Ibubapa, tanggungan, Status Warganegra, dan Status Yatim.

Permohonan Biasiswa BKP/BKPU secara atas talian bagi Negeri Pulau Pinang (Zon 3) adalah pada 5 - 11 Mei 2014