:: BIASISWA BANK NEGARA MALAYSIA 2011

Bank Negara Malaysia (BNM) ingin menawarkan Skim Biasiswa Bank Negara Malaysia bagi pelajar-pelajar yang mencapai keputusan cemerlang dalam PMR2010.

Skim biasiswa ini bertujuan untuk mengenal pasti pelajar-pelajar yang berpotensi tinggi bagi menyertai Program Biasiswa Bank. Skim ini juga akan ditawarkan kepada 20 orang pelajar-pelajar di kawasan pedalaman di setiap negeri yang terdiri daripada keluarga yang berpendapatan rendah sebanyak RM2,000.00 sebulan.

Kriteria pencalonan pelajar-pelajar adalah seperti berikut.
a. Warganegara Malaysia
b. Pencapaian keputusan cemerlang dalam PMR2010 sekurang-kurangnya 7A
c. Penglibatan aktif dalam aktiviti ko-kurikulum dan sukan di peringkat negara, negeri, daerah dan sekolah,
d. Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM2,000.00 sebulan, dan
e. Belum menerima tajaan daripada mana-mana pihak.

Sila kembalikan borang kepada Unit Hal Ehwal Murid, Jabatan Pelajaran Pulau Pinang (u.p. Amat Sazali bin Abu Hassan) pada atau sebelum 7hb. Februari 2011

Klik >>>> : Borang Biasiswa Bank Negara.

:: BIASISWA TELEKOM MALAYSIA 2011

Yayasan Telekom Malaysia telah membuka permohonan biasiswa kecil kepada pelajar-pelajar Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 pada tahun 2011 yang memenuhi syarat dan kelayakan yang ditetapkan.
Permohonan hanya boleh dibuat secara “online” di laman web Yayasan Telekom Malaysia di alamat : http://ytm.tm.com.my/ mulai 19 Disember hingga 18 Februari 2011.

:: PERUBAHAN DASAR BKP/BKPU/BS

Mulai tahun 2011, beberapa pindaan telah dibuat daripada segi kriteria kelayakan dan tatacara pengurusan Biasiswa Kecil Persekutuan, Biasiswa Kelas Persediaan Universiti dan Biasiswa Sukan. Antara pindaan yang dibuat untuk BKP dan BKPU adalah :

a. Pendapatan Ibu Bapa/Penjaga mestilah tidak melebihi RM1,500.00
b. Faktor dan peratusan dalam pengiraan merit
- 50% Prestasi Akademik
- 40% Pendapatan
- 10% Kokurikulum

Kelayakan dan tatacara pengurusan BKP/BKPU adalah berbeza dengan Biasiswa Sukan (BS). Surat Pekeliling Kewangan BKP/BKPU dan BS telah diasingkan bagi mengelakkan kekeliruan berikutan terdapat perbezaan tatacara pengurusan di antara biasiswa tersebut. Oleh yang demikian, pihak sekolah dikehendaki untuk memuat turun 2 Surat Pekeliling Kewangan Bil. 9 dan Bil.10 (Ruangan Muat Turun Fail)

:: TAKWIM PENGURUSAN BIASISWA 2011

Sila muat turun Takwim Pengurusan Biasiswa bagi tahun 2011 (Ruangan Muat Turun Fail) untuk rujukan sepanjang tahun ini.

:: KUTIPAN DATA 2011

Seperti biasa pihak sekolah perlu menghantar data biasiswa pada awal tahun bagi tujuan pembayaran biasiswa kepada pelajar. Data pelajar perlu dikemaskini dan penerima baru 2010 perlu dimasukkan. Semua penerima BKP/BKPU dan BKN perlu terdapat di dalam sistem bagi memastikan tiada pelajar yang tercicir bayaran tahun 2011. Oleh yang demikian pihak sekolah perlu menyemak penerima biasiswa terlebih dahulu sebelum menghantar data.

Data hendaklah dihantar melalui Muat Naik Data Biasiswa pada atau sebelum 14 Januari 2011. Jika pihak sekolah gagal menghantar secara online, penghantaran boleh dibuat dengan menggunakan disket, tarikh penghantaran tetap sama.