:: TAWARAN BARU BIASISWA KECIL PERSEKUTUAN (BKP) DAN BIASISWA KELAS PERSEDIAAN UNIVERSITI (BKPU) TAHUN 2012

Pada tahun ini, KPM telah meluluskan permohonan sebanyak 4202 orang murid bagi negeri Pulau Pinang untuk tawaran baru bagi tahun 2012.   Kelulusan permohonan pada tahun ini juga bergantung kepada markah minima 65%.
Jabatan Pelajaran Negeri telah mengeluarkan surat tawaran kepada semua sekolah.  Pihak sekolah diminta berhati-hati di dalam pengurusan penawaran biasiswa BKP/BKPU supaya tiada murid yang tercicir dalam proses pembayaran yang akan dibuat oleh KPM sedikit masa lagi.
Berikut adalah dokumen yang telah dihantar kepada semua sekolah:
a.    Senarai nama murid yang berjaya dalam permohonan biasiswa
b.    Lampiran H (Surat Persetujuan/Aku Janji)
c.    Lampiran F/G (Surat Tawaran)
d.    Proses Kerja
e.    Buku Manual Prosedur Kerja (MPK) terbaharu.

Mengikut MPK terbaharu terdapat sedikit perubahan kepada beberapa lampiran.  Ini termasuklah Lampiran M dan M1 telah diubah kepada Lampiran F dan G.

Terdapat sedikit ralat pada Lampiran F (Surat Tawaran - Akaun BSN Berkelompok) yang sepatutnya terdapat nombor akaun pelajar.  Pihak sekolah dikehendaki untuk memasukkan nombor akaun pelajar yang terdapat pada senarai nama yang disertakan.

Pihak sekolah boleh menghubungi pegawai berkaitan di Unit HEM JPNPP sekiranya terdapat masalah.